by Faiz Riziq | Oct 28, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Malaysia disasarkan bakal menaikkan gaji pekerja pada kitaran 2.2% bagi tahun hadapan, 2023. Jangkaan ini sekaligus meletakkan negara antara 10 negara di dunia yang akan menaikkan gaji pekerja mereka. Tinjauan di bawah ECA International berkaitan laporan Trend Gaji ini jelas menunjukkan Malaysia di kedudukan ke-6, yang akan menaikkan gaji pekerja. Berdasarkan perkiraan, peningkatan gaji benar ini didasari pertumbuhan gaji nominal ditolak dengan kadar inflasi.

Selain Malaysia, beberapa negara Asia lain turut disasarkan menaikkan gaji benar rakyat mereka – antaranya Vietnam (4.0%), Thailand (2.2%) dan Filipina (1.6%).
- India (4.6%)
- Vietnam (4.0%)
- China (3.8%)
- Arab Saudi (2.3%)
- Kemboja (2.2%)
- Malaysia (2.2%)
- Thailand (2.2%)
- Oman (2.0%)
- Rusia (1.9%)
- Taiwan (1.8%)
- Filipina (1.6%)
- Hong Kong (1.6%)
- Macau (1.6%)
by Faiz Riziq | Oct 27, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Seagate Technology kini memaklumkan pihaknya merancang untuk mengurangkan 8% daripada tenaga kerja di seluruh dunia.
Dalam laporan suku pertama fiskal 2023, Seagate menyatakan Lembaga Pengarah Syarikat baru-baru ini telah meluluskan pelan penstrukturan semula untuk mengurangkan struktur kos. Ia bagi menyelaraskan keperluan operasi syarikat dengan lebih baik, mengambil kira keadaan ekonomi semasa.
Pelan itu termasuk memberhentikan bilangan pekerja kira-kira 3,000 di seluruh dunia, atau 8% daripada tenaga kerja global, serta langkah-langkah penjimatan kos yang lain. Dalam pada itu, Seagate menjangkakan pelan penstrukturan semula berkenaan akan menjimatkan kira-kira $110 juta (~RM518 juta) setahun, bermula suku ketiga fiskal 2023. Perancangan Seagate untuk memberhentikan pekerja ini memberikan petanda terbaharu bahawa permintaan untuk PC dan pelayan awan adalah semakin merosot.
by Faiz Riziq | Oct 26, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Sejak Mei 2022 lalu, paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) Malaysia tidak lagi berpegang kepada 1.75% – apabila Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak menaikkan had tersebut kini kepada 2.50%. Maka menjelang sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada November kelak, dijangka paras OPR tersebut akan berterusan alami peningkatan sekitar 25 mata asas (bps).
Kenaikan ini menurut pemerhatian HSBC Global Research bersama MIDF Research didorong akan permintaan domestik negara yang semakin mengukuh, meskipun tekanan inflasi ketika ini di paras tinggi 4.5%. Malah tindakan kenaikan paras OPR ini turut didorong hasil tindak balas bank negara untuk melandaikan tekanan inflasi dan jangkaan perkembangan ekonomi yang lebih perlahan pada tahun hadapan.
by Faiz Riziq | Oct 25, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Peratusan inflasi di Malaysia terus memaparkan peningkatan, apabila setakat September lalu memperlihatkan kenaikan 3.3% kepada 4.5% paras inflasi untuk tempoh 9 bulan 2022.Pertambahan aliran inflasi itu, dilihat telah didorong hasil tekanan harga makanan dan minuman bukan alkohol yang menyumbang 29.5% daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP). Di mana tekanan harga makanan di luar rumah telah naik sebanyak 8.7%, diikuti tekanan harga makanan di rumah pula sebanyak 5.7%.
Situasi ini berlaku berikutan kenaikan harga bahan makanan seperti mee, tepung gandum, ayam dan sayur-sayuran. Antara makanan di luar rumah yang alami kenaikkan mengikut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada laporan IHP adalah seperti berikut;
- Roti Canai (15.4%)
- Nasi Campur (12.3%)
- Masakan berasaskan Sayur (12.3%)
- Masakan berasaskan Daging (10.2%)
- Makanan berasaskan Mee (10.1%)
Maka melihat pada kenaikan, pemerhati ekonomi kini menjangkakan tekanan harga makanan akan terus meningkatkan risiko lonjakan inflasi negara pada bulan mendatang. Meskipun kenaikan inflasi mungkin lebih kecil, namun kenaikan secara berterusan ini kekal menjadi tanda amaran buat pengguna – untuk terus bersedia depani kekangan aliran tunai kelak.
Recent Comments