Kaedah Percukaian Dua Tonggak Dijangka Laksana Pada 2024

Kaedah Percukaian Dua Tonggak Dijangka Laksana Pada 2024

Malaysia telah bersetuju untuk melaksanakan “pendekatan dua tonggak” dalam percukaian untuk mewujudkan persekitaran berdaya saing bagi pelaburan langsung asing dan domestik, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Pendekatan itu, yang turut mencegah pengelakan cukai rentas sempadan sedang dikaji pada masa ini dan dianggarkan bermula pada 2024, katanya dalam ucap tama pada Mesyuarat Tahunan ke-51 Kumpulan Kajian Mengenai Pentadbiran dan Penyelidikan Cukai Asia Pasifik (SGATAR) 2022 di sini hari ini.

Pendekatan dua tonggak itu berpandukan kepada inisiatif Hakisan Asas dan Peralihan Keuntungan (BEPS) 2.0 oleh Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dan G20. Tengku Zafrul berkata kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan sistem invois elektronik (e-invois) secara berperingkat mulai tahun depan untuk meningkatkan kecekapan sistem cukai kerajaan.

“Pelaksanaan e-invois ini akan turut membantu pelaksanaan ekosistem perniagaan elektronik yang mampan dan menyediakan jejak audit lebih dipercayai, sekali gus meningkatan ketelusan cukai, dan dilihat sebagai antara strategi utama untuk menaikkan hasil cukai,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, ini akan melengkapkan satu daripada sasaran kerajaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu mendigitalkan 90 peratus daripada operasi PKS menjelang 2025.

“Pelaksanaan e-invois juga akan menyokong penggunaan Nombor Pengenalan Cukai yang wajib dilaksanakan untuk semua dokumen dan instrumen.

“Ini akan menjadi satu langkah untuk meluaskan kutipan cukai pendapatan, memastikan sumber hasil yang mampan kepada kerajaan,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, pelaksanaan itu juga konsisten dengan laporan OECD mengenai pengenalan diri digital pembayar cukai yang memperakui ciri tersebut sebagai antara elemen teras bagi pengurusan cukai secara lancar pada masa depan. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Mohd Nizom Sairi berkata e-invois tersebut akan memperketat ketirisan dalam sistem percukaian dan persiapan bagi pelaksanaannya akan dilaksanakan pada 2023.

“Kita juga berhasrat untuk menjalankan projek rintis yang berkemungkinan pada 2024,” katanya kepada pemberita di luar acara itu.

Beliau berkata, SGATAR telah memainkan peranan penting dalam mengetengahkan satu platform untuk meningkatkan prestasi pentadbiran cukai di rantau Asia Pasifik dengan menggalakkan kerjasama serta komunikasi dalam kalangan anggota pentadbir cukai.

“Kali ini, ketua-ketua delegasi ini akan menumpukan tiga aspek perbincangan iaitu menangani cabaran baharu dalam pentadbiran cukai dengan fokus merangkumi sumber manusia dan struktur organisasi; meningkatkan pematuhan secara sukarela serta perkembangan baharu dalam pembangunan pentadbiran cukai serta kemas kini berkaitan pembaharuan cukai,” katanya.

Kriptowang Bukanlah Ancaman Untuk Bank Digital – CEO Binance

Kriptowang Bukanlah Ancaman Untuk Bank Digital – CEO Binance

Usaha bank pusat dari serata dunia, dalam mengkaji pelaksanaan mata wang digital (CBDC) mengikut negara dilihat bukanlah suatu bentuk ancaman buat kriptowang di pasaran.Kenyataan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Binance, Zhao Changpeng ini menjelaskan pelancaran CBDC pada platform kewangan digital dalam kalangan bank pusat secara langsung akan mengesahkan penerapan teknologi rantian-blok mereka dan membina kepercayaan dalam kalangan kumpulan skeptik terhadap kripto.

Tambahan pelaksanaan mata wang digital tersebut turut akan merancakkan lagi perkembangan kewangan digital dunia dalam arena perdagangan. KriSetakat ini, mengikut Reuters terdapat beberapa bank pusat negara sedang mempertimbangkan penawaran mata wang digital pada aliran pembayaran mereka. Antaranya India, Singapura, AS, England dan Eropah.

Pada Hujung 2022, Dijangka Kuasa Membeli Berkurang – Malaysia

Pada Hujung 2022, Dijangka Kuasa Membeli Berkurang – Malaysia

Walaupun terkesan dek peningkatan inflasi dan kos, sektor runcit negara dilihat masih stabil berikutan permintaan yang mengukuh. Akan tetapi situasi kelembapan ekonomi dapat dilihat lebih jelas menjelang suku akhir 2022 ini. Menurut Retail Group Malaysia (RGM), aliran perbelanjaan pengguna yang disasar akan lebih perlahan ini akan bergantung pada perubahan tingkahlaku pembelian pengguna dan corak perbelanjaan pengguna pada ekonomi semasa.

 

Malah semua pihak perlu sedari tekanan inflasi dan ketidakseimbangan kos turut akan membebankan perniagaan dari semasa ke semasa, ditambah juga tekanan ketiadaan permintaan pekerjaan dalam bidang tertentu. Setakat ini pertumbuhan bagi suku pertama hingga suku ketiga lebih tinggi, namun anggaran pertumbuhan suku keempat diteliti akan mencapai bawah 3.6% kepada 1.0% – sasaran itu merangkumi ketidaktentuan ekonomi industri runcit kelak.

 

Oleh itu, bagi merancakkan pertumbuhan RGM pada laporan melihat pemain industri perlu mempelbagaikan saluran pembelian runcit kepada pengguna. Tidak hanya tertakluk kepada kedai fizikal semata tetapi terus menggalakkan penyertaan promosi medium media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Aplikasi serta platform e-dagang.

Krisis Ekonomi China Yang Perlu Anda Tahu

Krisis Ekonomi China Yang Perlu Anda Tahu

Seperti yang semua sedia maklum, China merupakan salah satu kuasa besar dunia pada masa ini. China juga merupakan sebuah negara yang sangat berjaya mengembangkan ekonomi mereka sejak tahun 2020. Kadar pertumbuhan ekonomi di China mencapai 12% dan konsisten dalam tempoh lebih 10 tahun.

Pada waktu pandemik covid-19, ekonomi China pernah berada di tempat pertama mengalahkan pesaingnya Amerika Syarikat. China juga menjadi tempat asal untuk penyebaran virus covid-19 iaitu di Wuhan. Kerajaan China komited dalam memerangi pandemik ini. Mereka telah menetapkan polisi Zero Covid-19 di China.

Usaha kerajaan dalam melawan covid-19 telah menekan kesihatan ekonomi di sana dan juga penawaran kerja kepada penduduk China. Berikut beberapa perkara penting yang perlu anda tahu tentang krisis di China.

 

1. Kadar Pengangguran Anak Muda

Syarikat Alibaba merupakan antara syarikat terbesar di China yang menjalankan perniagaan sebagai penyedia platform jual beli atas talian. Alibaba ditubuhkan pada hujung tahun 90-an dan tersenarai dalam pasaran saham Amerika sejak tahun 2014. Sejak tahun lepas, Alibaba terumbang-ambing untuk mencatatkan keuntungan yang baik.

Baru-baru ini, Alibaba tidak berjaya untuk mencatatkan pertumbuhan jualan. Ini adalah prestasi kewangan yang terendah sejak mula memasuki pasaran saham. Alibaba mengumumkan telah menamatkan perkhidmatan 13,000 orang staf mereka sejak awal tahun 2022. Hal ini terpaksa diambil bagi mengurangkan kos operasi syarikat dan prestasi kewangan yang tidak baik

 

 

Selain itu, Tencent juga antara syarikat terbesar di China telah menamatkan 5,500 orang staf mereka sejak tiga bulan yang lalu. Kadar pengangguran anak muda di China melonjak sehingga 15.3% pada Mac lalu dan mencatatkan peningkatan sejak bulan ke bulan. Julai mencatatkan rekod tertinggi iaitu pada kadar 19%. Ini merupakan data terburuk sejak 40 tahun yang lalu. Menurut CNN, kini terdapat hampir 20 juta anak muda di China yang menganggur di bandar-bandar besar.

 

2. Ketidakstabilan sosial

Bukan saja sektor teknologi yang terkesan dengan polisi kerajaan China sekarang, hampir kesemua sektor perniagaan di China terjejas. Semua industri dalam ekonomi China tidak dapat menjalankan perniagaan seperti sedia kala. Kerajaan China akan mengenakan lockdown pada bandar-bandar walaupun terdapat 1 atau 2 kes covid-19.

 

China larang pembinaan bangunan pencakar langit

 

Ini telah menganggu operasi perniagaan di sana dan syarikat terpaksa memberhentikan ramai pekerja. Apabila ramai yang kehilangan sumber pendapatan, mereka tidak mampu untuk membayar komitmen bulanan seperti rumah dan kereta. Bank-bank di China melaporkan peningkatan peminjam yang tidak mampu untuk membayar pinjaman rumah mereka. Hal ini telah mencetuskan rusuhan di jalanan untuk mengesa kerajaan menghentikan polisi zero covid-19 dan akur untuk hidup dengan covid-19.

 

 

Oleh kerana China mempunyai simpanan dana kerajaan yang kukuh mereka telah memberikan bantuan kepada rakyat untuk meredakan ketegangan sekarang. China mengumumkan bantuan 1 trillion yuan untuk semua rakyatnya. China mengunjurkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 3% pada tahun ini

Mengapa Kadar Faedah Di Amerika Syarikat Terus Naik?

Mengapa Kadar Faedah Di Amerika Syarikat Terus Naik?

Isu kegawatan ekonomi yang bakal berlaku pada tahun depan kini hangat diperkatakan. Ramai penganalisis ekonomi yang bertauliah telah mengeluarkan pendapat mereka mengenai kegawatan ekonomi yang bakal berlaku pada tahun hadapan. Dengan maklumat dan data stastistik yang mereka perolehi, mereka percaya bahawa tahun hadapan merupakan tahun dijangka melesetnya ekonomi dunia. Amerika Syarikat (AS) merupakan negara yang bakal berdepan dengan krisis ekonomi pada tahun hadapan.

Perkara tersebut menjadi topik yang hangat dalam media perdana di negara itu. Seperti yang sedia maklum, AS merupakan kuasa besar dunia yang pertama dalam dunia ini dan menguasai sebanyak hampir 50% ekonomi dan perdagangan dunia.Sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi di AS, ia akan memberi kesan domino kepada hampir seluruh negara dalam dunia.

 

 

Kitaran Normal Ekonomi Bagi Sesebuah Negara

 

Ramai penganalisis yang menyatakan pendirian mengenai kemungkinan kemelesetan yang akan berlaku pada tahun hadapan disebabkan faktor semula jadi yang terdapat dalam sistem ekonomi sendiri. Ia dipanggil sebagai kitaran ekonomi yang mana terdapat empat bahagian yang utama. Bahagian tersebut disebut sebagai expansion, peak, contraction, dan trough. Empat fasa ini wajib dialami dalam setiap kitaran ekonomi dalam dunia ini.

Kebiasaanya kitaran ekonomi yang berlaku mengambil masa dalam satu dekad. Selepas berlakunya krisis ekonomi dunia pada tahun 2008, dunia dijangka mengalami peristiwa yang sama pada tahun 2018. Malangnya perkara itu tidak berlaku secara tepat dan ekonomi mula merosot apabila berlaku pandemik Covid pada tahun 2020. Pada tahun tersebut, kita dapat melihat bagaimana hampir semua sektor lumpuh akibat daripada berlakunya wabak Covid yang memaksa banyak ekonomi ditutup.

Setelah kebanyakan negara telah berjaya membanteras wabak tersebut yang akhirnya menjadi endemik pada bulan April tahun ini, kita dapat melihat ekonomi pun mula rancak. Ramai rakyat di dunia mula berbelanja dengan kadar yang luar biasa, sehingga menyebabkan kadar permintaan terhadap sesuatu produk melebihi pengeluaran. Ini menyebabkan terdapat beberapa barangan penting mula terjejas akibat daripada stok terhad; sekaligus menyebabkan harganya melambung tinggi.

 

Amerika Syarikat Menaikkan Kadar Faedah Bagi Mengukuhkan Nilai Dolar Di Pasaran

 

Disebabkan permintaan yang melebihi penawaran berlaku dalam pasaran AS, Federal Reserve Amerika Syarikat (Fed) telah menaikan kadar faedah negara itu bagi menghalang kenaikan kadar inflasi yang dilihat semakin rancak berlaku. Sepanjang tahun ini sahaja , Federal Reserve telah menaikan sebanyak 4 kali kadar faedah bagi menentang kenaikan kadar inflasi. Ketika Covid-19 berlaku pada kemuncaknya pada tahun lepas, Federal Reserve telah meletakan kadar faedah pada kadar sifar peratus bagi memberi galakan kepada pengguna supaya berbelanja.

Apabila Federal Reserve menaikan kadar faedah, ia bertujuan untuk mengurangkan mana-mana pihak untuk berbelanja. Perkara ini menyebabkan pinjaman kad kredit, perumahan, pinjaman kereta dan pinjaman untuk pengajian tinggi akan mahal.

 

Selain itu, kadar faedah yang tinggi kepada mana-mana pengilang sangat tidak bagus kerana ini menjadikan kos pengeluaran semakin mahal. Akibatnya, pengilang akan mengurangkan pengeluaran mereka. Seterusnya apabila barangan dan pinjaman semakin mahal, kebanyakan orang tidak akan berbelanja.

Hal ini dapat mengurangkan kadar inflasi di mana duit tidak perlu dicetak banyak ke dalam pasaran. Kesan daripada peristiwa ini menyebabkan ekonomi berada dalam keadaan meleset. Walaupun ia bagus untuk mengurangkan kesan jangka masa yang panjang, kesan jangka pendeknya ia akan menjadikan sesebuah negara itu menghadapi krisis ekonomi yang teruk. Buat masa ini AS telah menaikkan kadar faedah bagi mengurangkan kadar inflasi di negara tersebut untuk mengurangkan kemelesetan yang dijangka berlaku pada tahun hadapan.

Sumber Rujukan:
CNBC

Sebanyak 6% Rakyat Malaysia Tidak Berbelanja Atas Talian

Sebanyak 6% Rakyat Malaysia Tidak Berbelanja Atas Talian

Tabiat pembelian kalangan pengguna Malaysia kini dilihat semakin meluas, apabila berlakunya peningkatan dalam sektor atas-talian meskipun sekatan pergerakan telah ditamatkan. Perubahan itu menurut tinjauan Perkhidmatan Kewangan 2022 GlobalData, menyasarkan pasaran e-dagang negara berpotensi berkembang sekitar 19.9% dengan nilai mencecah $9.2 bilion (RM38.2 bilion) pada tahun ini, 2022.

Jangkaan tersebut bermakna bakal menyaksikan jualan e-dagang di Malaysia meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan kompun (CAGR) sekitar 16.1% bagi tempoh 2022-2026 dengan nilai mencapai 16.6 bilion menjelang tahun 2026 kelak. Aliran ini diperhatikan sejak jualan atas talian sebanyak $7.6 bilion dicatatkan negara pada tahun 2021.

Walaupun potensi e-dagang Malaysia melonjak dan dianggarkan hampir 90% pengguna Malaysia memanfaatkan platform pembelian atas talian seperti e-dagang namun didapati sekitar 6% pengguna Malaysia tidak menunjukkan sebarang tingkahlaku terlibat dalam pembelian atas talian. Seterunsya GlobalData pada masa yang sama turut menakrifkan Malaysia antara pasaran e-dagang yang pesat di serantau Asia Tenggara. Ini didorong penggunaan telefon pintar yang tinggi serta penembusan internet yang semakin meluas dalam kalangan penduduk negara.

Online
Hi! Boleh kami bantu?