Tabiat pembelian kalangan pengguna Malaysia kini dilihat semakin meluas, apabila berlakunya peningkatan dalam sektor atas-talian meskipun sekatan pergerakan telah ditamatkan. Perubahan itu menurut tinjauan Perkhidmatan Kewangan 2022 GlobalData, menyasarkan pasaran e-dagang negara berpotensi berkembang sekitar 19.9% dengan nilai mencecah $9.2 bilion (RM38.2 bilion) pada tahun ini, 2022.
Jangkaan tersebut bermakna bakal menyaksikan jualan e-dagang di Malaysia meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan kompun (CAGR) sekitar 16.1% bagi tempoh 2022-2026 dengan nilai mencapai 16.6 bilion menjelang tahun 2026 kelak. Aliran ini diperhatikan sejak jualan atas talian sebanyak $7.6 bilion dicatatkan negara pada tahun 2021.
Walaupun potensi e-dagang Malaysia melonjak dan dianggarkan hampir 90% pengguna Malaysia memanfaatkan platform pembelian atas talian seperti e-dagang namun didapati sekitar 6% pengguna Malaysia tidak menunjukkan sebarang tingkahlaku terlibat dalam pembelian atas talian. Seterunsya GlobalData pada masa yang sama turut menakrifkan Malaysia antara pasaran e-dagang yang pesat di serantau Asia Tenggara. Ini didorong penggunaan telefon pintar yang tinggi serta penembusan internet yang semakin meluas dalam kalangan penduduk negara.
Senang shopping hjung jari je skg ni…tahu2 brg sampai je kt umah…kalau xkena scam laa🤣🤣🤣
Mungkin saya dikalangan 6% itu 🤣🤣🤣
Shopping dihujung jari jee sekarang
Beli barang online Harga lebih murah dan senang
Memudahkan urusan bila shopping online ni.xpayah nak bersesak2 shopping mall selalu😂😂