by Faiz Riziq | Jan 20, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Bank Negara Malaysia (BNM) semalam(19 Januari) mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada paras 2.75% seperti sebelum ini. Keputusan ini dicapai hasil semakan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) melihat usaha ini berupaya melandaikan tekanan kos semasa, di samping membantu aliran pemulihan ekonomi dapat diseimbangkan.
Untuk Malaysia, meskipun terdapat jangkaan berlakunya kemelesetan ekonomi pada tahun ini – pertumbuhan negara dijangka mencapai sekitar 4%. Ia sedikit perlahan namun masih memberangsangkan. Sementara pasaran buruh pula dijangka akan alami pengukuhan dengan kadar 3.5%.
Manakala untuk ekonomi global dijangka penerapan kadar faedah yang lebih tinggi akan terus berlaku, kesan ketidakseimbangan semasa ditambah gangguan perdagangan bersama China. Faktor sedemikian berpotensi mengekalkan paras inflasi teras melebihi tahap purata yang dicatatkan sebelum ini.
Bagi keseluruhan tahun 2023, inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka sederhana namun kekal pada tahap yang tinggi berikutan tekanan permintaan dan kos yang berlarutan. Kawalan harga dan subsidi bahan api sedia ada serta lebihan kapasiti dalam ekonomi pula dilihat akan terus membantu negara mengatasi inflasi dari terus meningkat.
Adanya langkah BNM mengekalkan keputusan OPR ini, ia membolehkan MPC menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif memandangkan kesan sela masa (lag effect) dasar monetari terhadap ekonomi.
Melihat pada risiko ini, diharap para peminjam memanfaatkan pengekalan OPR ini untuk perbaiki aliran perbelanjaan pinjaman. Ini kerana berdasarkan pengamatan Rnggt, terdapat potensi kenaikan OPR negara bakal berlaku pada Mac 2023 dan Mei 2023 kelak.
The Overnight Policy Rate (OPR) is maintained at 2.75% today. Read our official statement here: http://bnm.gov.my/mps-jan23
Please visit our FAQs to learn more about monetary policy, including the OPR: http://bnm.gov.my/mp-faq.
#MPC #OPR #BNM #monetarypolicy #dasarmonetari
by Faiz Riziq | Jan 19, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Dalam usaha meringankan tekanan kos dan keruncingan nilai hutang, Twitter dimaklumkan dalam perancangan untuk memberhentikan sejumlah pekerja dalam beberapa minggu mendatang. Mengikut laporan Reuters ini, notis tersebut dilihat bercanggah dengan matlamat Twitter yang memaklumkan tidak akan laksana sebarang pemberhentian pekerja setelah tindakan tersebut dilaksanakan pada tahun lalu.
Sekiranya rancangan ini benar direalisasikan, ini berpotensi membawa kepada pengurangan pekerja syarikat di bawah 2,000 petugas. Setakat ini difahamkan sekitar 50 kakitangan di bahagian media sosial bakal terkesan daripada pelan tersebut. Namun begitu, Elon Musk pada makluman tidak memberi maklum-balas berhubung pelaporan yang dikongsikan sumber syarikat ini.
by Faiz Riziq | Jan 18, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Ekoran peningkatan kos sara hidup yang semakin meruncing, diperhatikan sekitar 48% tenaga kerja profesional negara menzahirkan hasrat mereka – untuk meraih peningkatan gaji yang lebih setara dengan tekanan kos semasa. Akan tetapi 60% majikan di Malaysia mengakui sukar untuk penuhi tuntutan tersebut.
Mengikut tinjauan pendapatan tahunan Robert Walters, disebabkan faktor itu didapati 95% majikan akui berasa tertekan untuk memastikan kapasiti pekerja profesional mereka dikekalkan. Tekanan ini jelas dapat diperlihat pada industri yang mengutamakan kemahiran teknikal dan pengalaman, seperti bahagian teknologi, kejuruteraan dan sumber manusia.
Untuk menjamin pengekalan pekerja dicapai, setakat tahun lalu 73% firma telah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan produktiviti antara pekerja. Usaha ini merangkumi meningkatkan kemahiran petugas (68%), diikuti menambah faedah kebajikan (65%) dan penerapan polisi bekerja hibrid dilaksanakan (58%).
Malah, perubahan drastik ekonomi ke arah teknologi digital – turut mendorong para majikan melaksanakan inisiatif kemahiran semula dalam kalangan petugas mereka. Ini kerana meskipun arena teknologi meningkatkan lagi kemahiran pengguna namun pasaran tenaga kerja semasa masih memiliki kekurangan dalam aspek tersebut.
Maka sokongan majikan dalam memastikan pekerja mereka memiliki kemahiran yang diperlukan dalam era teknologi semasa ini, dilihat amat wajar dilaksanakan semua pihak – ini akan dapat membantu meningkatkan produktiviti syarikat dan turut dapat memenuhi keperluan ekonomi negara dari semasa ke semasa.
by Faiz Riziq | Jan 18, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Microsoft – syarikat gergasi teknologi dunia kini dalam perancangan mengurangkan tenaga kerja sebagai tindak-balas operasi menyeimbangkan tekanan kos. Difahamkan sekitar 5% atau 11,000 petugas bakal terjejas akan rancangan tersebut.
Langkah pemberhentian ini mengikut makluman dijangka akan melibatkan bahagian sumber manusia dan kejuruteraan dan aturan ini sekaligus memberi gambar I sektor teknologi akan terus berdepan pengurangan petugas untuk kekalkan momentum kos.
Seperti yang umum sedia maklum, 2023 akan menjadi aliran yang perlahan buat pertumbuhan di AS dan beberapa ekonomi besar dunia, ini bermakna tidak sekadar Microsoft, tetapi firma teknologi lain seperti Amazon dan Metà turut merancang tindakan yang sama pada pasaran buruh dunia.
by Faiz Riziq | Jan 17, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) kini dijangka akan meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sekitar 25 mata asas (bps) kepada 3.00% mulai 19 Januari ini. Ketika ini paras OPR ditetapkan 2.75% oleh MPC. Sasaran kenaikan itu menurut Standard Chartered Research, sekaligus bakal meletakkan paras OPR kembali ke tahap normal seperti sebelum pandemik COVID-19 pada tahun 2020 lalu.
Peningkatan juga dilihat bakal didorong hasil tekanan inflasi yang dijangka akan meningkat secara perlahan, ditambah tekanan kos perkhidmatan dan kos import yang lebih tinggi. Malah berikutan peningkatan OPR berkemungkinan berlaku pada Januari ini, SC menjangkakan paras tersebut akan dikekalkan seketika pada Mac 2023 dan seterusnya dinaikkan kepada 25 bps pada Mei 2023 kelak.
Malah SC turut mengandaikan dalam tempoh tersebut, tekanan kos semasa negara dilihat akan diimbangi kerajaan dengan pelarasan subsidi pada separuh kedua 2023 kelak. Pelarasan itu berkemungkinan melibatkan penetapan subsidi hanya untuk 20% pengguna RON95 kelak, dan sekiranya situasi itu dilaksanakan ia berpotensi meningkatkan aliran inflasi sebanyak 0.9%.

by Faiz Riziq | Jan 17, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Memasuki tahun 2023, Malaysia meletakkan sasaran untuk meraih pertumbuhan sekitar 4% bersama kadar pengangguran di paras 3.5% sepanjang tahun ini. Ekoran matlamat itu, dinamik ini dilihat berpotensi menaikkan paras gaji pekerja negara sehingga 20% – namun ia tertakluk kepada industri.Pelarasan ini menurut tinjauan Pasaran Buruh Ranstad 2023 adalah susulan sokongan teknologi dan perubahan ekosistem pekerjaan negara yang kini mengutamakan kemahiran teknikal pada pertumbuhan ekonomi.
Antara industri yang berpotensi meraih kenaikan gaji ketara adalah teknologi, pembuatan dan pembinaan. Keperluan ini seiring dengan fokus pembangunan negara yang terlibat dalam MyDIGITAL, perluasan 5G, hab nomad digital De Rantau, kemasukan pelaburan pembinaan di bawah MRT3, dan jangkaan kemasukan pelaburan MNC sekitar $2 bilion pada negara menjelang 2027.
Kesemua fokus sedemikian memiliki potensi mengembangkan pasaran buruh negara, sekaligus membolehkan syarikat memenuhi tuntutan kenaikan gaji pekerja seperti yang disasarkan. Maka untuk terus meningkatkan produktiviti dan perolehan hasil, 85% pekerja pada kajian Workmonitar Ranstad sebelum ini telah menzahirkan untuk menerima latihan dan perluasan pengetahuan dalam kemahiran mereka – bagi merancakkan lagi prestasi semasa.
Recent Comments