Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) kini dijangka akan meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sekitar 25 mata asas (bps) kepada 3.00% mulai 19 Januari ini. Ketika ini paras OPR ditetapkan 2.75% oleh MPC. Sasaran kenaikan itu menurut Standard Chartered Research, sekaligus bakal meletakkan paras OPR kembali ke tahap normal seperti sebelum pandemik COVID-19 pada tahun 2020 lalu.

Peningkatan juga dilihat bakal didorong hasil tekanan inflasi yang dijangka akan meningkat secara perlahan, ditambah tekanan kos perkhidmatan dan kos import yang lebih tinggi. Malah berikutan peningkatan OPR berkemungkinan berlaku pada Januari ini, SC menjangkakan paras tersebut akan dikekalkan seketika pada Mac 2023 dan seterusnya dinaikkan kepada 25 bps pada Mei 2023 kelak.

Malah SC turut mengandaikan dalam tempoh tersebut, tekanan kos semasa negara dilihat akan diimbangi kerajaan dengan pelarasan subsidi pada separuh kedua 2023 kelak. Pelarasan itu berkemungkinan melibatkan penetapan subsidi hanya untuk 20% pengguna RON95 kelak, dan sekiranya situasi itu dilaksanakan ia berpotensi meningkatkan aliran inflasi sebanyak 0.9%.

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?