by Faiz Riziq | Feb 22, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Berjaya Food, syarikat induk disebalik sejumlah jenama makanan di Malaysia, termasuk Starbucks di Malayisa kini telah mengeluarkan penyata tahunan untuk suku berakhir 31 Disember 2023 lepas. Melaluinya, ia memperlihatkan kerugian sebanyak RM42.58 juta.
Kerugian ini dilihat adalah disebabkan oleh boikot yang berlaku disebabkan oleh konflik melanda Palestin. Mengikut pendapatan yang direkodkan, Berjaya Food menjana RM182.55 juta pada suku lepas, berbanding RM295.32 juta untuk tempoh sama sebelumnya.
Pihak Berjaya Food sendiri menyatakan boikot memberikan kesan terhadap pendapatan mereka ini. Mengikut sasaran awal, Berjaya Food percaya prestasi pendapatan akan meningkat pada suku tahunan akan datang.
by Faiz Riziq | Feb 19, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu kini berkongsi menyatakan Sarawak bakal menjadi jelapang padi kedua di Malaysia, sekaligus memperlihatkan keupayaan dan peluang di negeri tersebut dalam memperluaskan lagi pengeluaran beras. Pada hari ini, Sarawak menyumbang 6.5% daripada pengeluaran beras di Malaysia, dimana agak jauh jikalau dibandingkan dengan Kedah yang mengeluarkan sekitar 36.6% beras negara.
Namun, kerajaan negeri Sarawak kini dilihat komited dalam terus meningkatkan industri padi dan beras di negeri tersebut. Kementerian Pertanian juga dijangka akan menjalinkan kerjasama dengan Sarawak dalam melakukan perkongsian teknologi dalam bidang pertanian – sekaligus meningkatkan lagi pengeluaran beras di negeri tersebut.
by Faiz Riziq | Feb 19, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi
Nike, jenama kasut yang popular di dunia, kini mengumumkan akan membuang sekitar 2% tenaga kerja mereka, sekaligus memberikan kesan kepada lebih 1500 orang pekerja. Nike menyatakan ini adalah sebahagian daripada proses penstrukturan semula mereka.
Selari dengannya juga, Nike menyatakan akan memfokuskan kepada beberapa kategori utama, seperti kasut untuk berlari, kasut wanita, dan juga jenama Jordan dibawah Nike. Nike tidak menyatakan secara spesifik pekerja yang akan dibuang ini daripada bahagian yang mana.
Penstrukturan semula ini hadir selari dengan pelbagai ramalan memperlihatkan industri peruncitan terutamanya melibatkan pakaian yang memperlihatkan perkembangan yang perlahan pada tahun ini. Disamping Nike, sejumlah syarikat lain rentas industri turut telah mula melakukan pembuangan pekerja sejak bermulanya tahun 2024 – termasuk sejumlah besar syarikat teknologi global.
by Faiz Riziq | Feb 19, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi
Bermula 1 Mac 2024, kerajaan akan mengimplementasi kadar cukai perkhidmatan sebanyak 8% – yang ditingkatkan daripada kadar 6% sedia ada. Ini secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada sejumlah perkhidmatan, termasuk perhotelan.
Menyentuh mengenainya, presiden Persatuan Hotel Malaysia dipetik mengatakan harga hotel mungkin meningkat naik antara 10% ke 30% selepas implementasi kadar cukai SST 8% yang baharu, berkuat-kuasa 1 Mac 2024.
Peningkatan ini adalah disebabkan impaknya yang menyeluruh pada perkhidmatan seperti pembersihan, pengangkutan, infrastruktur dan juga operasi lain yang berkaitan. Walaubagaimanapun, ia ditekankan yang mana harga hotel di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau Asia Tenggara ini.
by Faiz Riziq | Feb 14, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) — Malaysia merupakan antara pemungut hasil cukai terendah di Asia Tenggara dengan nisbah cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada 11.8 peratus.
Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata Malaysia tertinggal di belakang Singapura serta Thailand dan sedang berusaha untuk mengejar. Kedua-duanya menggunakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) termasuk Nilai Tambah (VAT).
“Kita sebenarnya jauh tertinggal disebabkan negara jiran menggunapakai GST dan baru-baru ini misalnya Singapura telah meningkatkan kadar cukai, jadi, kutipan cukai kita masih jauh lebih rendah.
“Semasa mengenakan GST dahulu, Malaysia mengutip sehingga RM40 bilion, sekarang dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kita hanya kutip kurang daripada RM30 bilion dan hasil daripada sektor perkhidmatan tidak sampai separuh,” katanya kepada Bernama.
Barjoyai berkata secara keseluruhan, kutipan SST hanya menyumbang kira-kira 15 peratus daripada jumlah kutipan cukai.
Ketua Cukai Tidak Langsung PwC Malaysia, Raja Kumaran berkongsi pandangan yang sama, sambil menyatakan bahawa kerajaan tidak akan dapat mengembangkan sumbangan cukainya kepada KDNK jika sistem cukai tidak meliputi rantaian bekalan sepenuhnya.
Raja berkata dengan menaikkan kadar SST mulai 1 Mac 2024 kepada 8.0 peratus berbanding 6.0 peratus, Kementerian Kewangan telah menganggarkan tambahan RM3 bilion hasil pada tahun depan.
Kadar baharu ini tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi, tempat letak kereta serta logistik, tetapi skop perkhidmatan bercukai telah diperluaskan merangkumi pembrokeran, pengunderaitan dan karaoke, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2024 pada tahun lepas.
Beliau mencadangkan agar Malaysia mengenakan cukai ke atas perkhidmatan kesihatan, pendidikan swasta, penyewaan hartanah komersil dan infrastruktur bagi meluaskan skop cukai, sekali gus meningkatkan pendapatan negara.
“Saya fikir kita bergerak lebih ke arah cukai penggunaan yang boleh dipercayai dan kita berharap apabila ekonomi bergerak naik, sumbangan cukai tidak langsung akan bertambah tetapi untuk mempunyai sistem pengagihan cukai yang baik, kita perlu mempunyai infrastruktur yang berkesan, penguatkuasaan yang wajar dan komunikasi yang jelas termasuk ketelusan kepada pelabur,” katanya.
Secara keseluruhan, kerajaan persekutuan mengunjurkan kutipan hasil pada 2024 menokok 1.5 peratus kepada RM307.6 bilion, didorong oleh kutipan cukai yang lebih tinggi.
— BERNAMA
by Faiz Riziq | Feb 14, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Microsoft kini mencapai nilai pasaran $3 trilion, sekaligus memposisikan ia sebagai syarikat paling bernilai di dunia, mendahului Apple. Sebelum ini, Apple menjadi yang pertama mencapai nilai pasaran berkenaan, tetapi memperlihatkan penurunan selepas itu.Sementara untuk Microsoft, pelaburan dalam arena kecerdasan buatan dilihat membawa kepada peningkatan harga saham.
Microsoft sendiri, selain memfokuskan kepada sokongan kecerdasan buatan pada storan awanan Azure, Microsoft juga telah mula mengintegrasikan ia secara lebih mendalam pada pelbagai produk mereka, termasuk Microsoft Office, Microsoft Teams dan sebagainya. Ciri dinamakan Copilot juga turut diintegrasikan menyeluruh pada Windows, selain ditawarkan sebagai aplikasi pada platform lain, termasuk melalui web.
Recent Comments