by Faiz Riziq | Oct 1, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Mengambilkira paras inflasi yang rendah bersama prospek pertumbuhan pasaran terus mengukuh, terdapat potensi bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal di paras 3.0% sebelum dikurangkan pada tahun 2026.
Pengamatan firma penyelidikan BMI-Fitch Solutions ini disusuli perancangan negara untuk melaksanakan pelan rasionalisasi subsidi pada pasaran negara kelak. Situasi itu berupaya meningkatkan harga domestik secara langsung menuntut pelarasan OPR yang lebih rendah.
Secara menyeluruh, berlandaskan petunjuk pasaran semasa, prestasi negara kekal di bawah kawalan. Ini termasuklah kedudukan ringgit berikutan kadar faedah yang semakin mengecil antara AS dan Malaysia, di mana AS berpotensi menurunkan kadar faedah kepada 4.25% pada akhir 2024, disusuli 3.00% pada akhir 2025. Situasi tersebut secara jelas memberi kelebihan kepada kedudukan mata wang negara.
Tambahan keyakinan ke atas pasaran eksport turut mengukuhkan lagi keyakinan ke atas pasaran negara berikutan dorongan kenaikan kemasukan pelaburan berkaitan teknologi global.
by Faiz Riziq | Sep 27, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi
Tahun 2022 memperlihatkan kadar kemiskinan mutlak meningkat kalangan isi rumah di Malaysia, dengan mencatatkan 4.5% berbanding 3.8% pada tahun 2019.
Miskin Mutlak – adalah isi rumah berpendapatan di bawah PGK Keseluruhan (2022: RM2,589), di mana pendapatan isi rumah ini tidak mencukupi untuk penuhi keperluan asas dan bukan makanan untuk hidup sihat serta aktif.
Data di bawah Institusi Penyelidikan Khazanah (KRI) ini menjelaskan jumlah peningkatan ini berlaku kesan daripada krisis COVID-19 yang mengakibatkan lebih banyak isi rumah berdepan kesukaran pendapatan.

Mengikut perincian, Kuala Lumpur menjadi lokasi yang berdepan peningkatan isi rumah berstatus miskin mutlak dengan 6,774 isi rumah, disusuli Kuala Muda sekitar 5,229 isi rumah dan Kota Kinabalu pula 5,117 isi rumah. Malah berikutan krisis tersebut, ia menuntut lebih banyak pihak menggunakan simpanan persaraan mereka dengan mengeluarkan dana di bawah KWSP. Tindakan itu secara jelas membawa kepada lebih 90% pencarum KWSP yang berusia bawah 30 tahun tidak miliki simpanan asas yang mencukupi iaitu RM240,000 sekiranya mereka ingin pencen kelak.
by Faiz Riziq | Sep 26, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan
Tatkala aliran ekonomi Malaysia kian memulih bersama penambahbaikan dalam aspek asas pendapatan bersama kumpulan pekerja – masih terdapat banyak pihak lagi berdepan kekangan akan tekanan kos semasa. Mengikut tinjauan semasa, sekitar 53% rakyat Malaysia masih bergantung sepenuhnya kepada gaji mereka – malah adanya berbelanja lebihi pendapatan mereka. Situasi ini secara langsung menyebabkan kumpulan ini tidak miliki kapasiti untuk melakukan simpanan.

Lebih membimbangkan dapatan di bawah Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus 2024 (RMFLS2024) ini menjelaskan hanya 33% rakyat negara menyimpan lebih RM500 pada setiap bulan. Sementara 55% responden pula akui kekal cemas akan status kewangan semasa mereka susulan berdepan komitmen yang tinggi.
Selanjutnya, tinjauan turut dapati terdapatnyapenambahbaikan status kewangan dalam kalangan wanita di Malaysia. Ketika ini 28% wanita di negara melaksanakan simpanan lebih RM500 setiap bulan, diikuti 38% akui mampu bertahan lebih 4 bulan sekiranya mereka tidak bekerja dan lebih membanggakan adalah 57% wanita di Malaysia telah bertindak merancang pelan persaraan mereka demi kesejahteraan hari tua kelak.
Penambahbaikan ini menurut RinggitPlus, jelas menunjukkan komitmen wanita untuk meningkatkan taraf hidup mereka kian melonjak. Secara menyeluruh untuk perancangan pelan persaraan ini, masih terdapat 40% rakyat negara tidak berbuat sebarang perancangan berhubung persaraan mereka. Di mana didapati 26% daripada beranggapan mereka masih muda untuk laksana perancangan kewangan hari tua.
by Faiz Riziq | Sep 26, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Luar Negara, English & Other Country
Setelah aturan rasionalisasi minyak diesel dilaksanakan, kini tumpuan pengguna negara beralih kepada pelaksanaan yang sama ke atas subsidi petrol RON95 yang lebih bersasar tidak lama lagi. Berdasarkan permerhati ekonomi negara, aturan itu berpotensi diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini.
RHB Investment Bank menjangkakan perincian tindakan rasionalisasi subsidi petrol RON95 itu berupaya disertakan dalam perbincangan pada sidang bajet kelak. Jangkaan ini dilihat selari dengan komitmen yang pernah dizahirkan Kementerian Ekonomi negara pada tahun lalu dengan menyasarkan pelaksanaan tersebut pada separuh kedua 2024 ini.
Sekadar imbasan buat makluman pembaca, penggunaan petrol RON95 ketika ini telah menjadi antara penggunaan utama bagi kelas pendapatan tinggi, T20. Berlandaskan tinjauan DOSM sebelum ini, sekitar 32% golongan T20 menggunakan RON95 diikuti M40 sekitar 46% dan B40 pula 22%.
Pecahan itu secara langsung membawa kepada sejumlah RM8 bilion subsidi telah dimanfaatkan T20, sementara M40 (RM13 bilion) dan B40 pula RM6 bilion). Data ini secara jelas menunjukkan jumlah subsidi yang dimanfaatkan T20 adalah tinggi dan hampir menyamai peruntukan bantuan tunai pada tahun 2022.
Oleh itu, adanya pelaksanaan subsidi yang lebih bersasar pada penggunaan RON95 ini – ia dijangka dapat meluaskan lagi manfaat kepada kumpulan yang memerlukan di Malaysia. Usaha ini sekaligus akan memberi nilai tambah kepada aliran perbelanjaan di pasaran negara kelak.
by Faiz Riziq | Sep 26, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Klook, penyedia tempahan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti pelancongan kini meraikan operasi mereka kali ke-10 dengan pencapaian yang membrangsangkan pada ekonomi pelancongan di pasaran global. Tahukah anda, tahun 2023 telah memperlihatkan Klook menyumbang $7.2 bilion kepada pasaran Asia Pasifik dengan menyokong lebih 219,000 pekerjaan di pasaran ini. Usaha itu secara langsung terus mengukuhkan lagi segmen ekonomi pelancongan di rantau ini.
Apa yang menarik, lebih 80% rakan kongsi bersama Klook adalah kalangan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Pada perkembangan itu, kesepakatan ini telah meluaskan lagi peluang ekonomi buat komuniti peniaga kecil pada pasaran global.
Tidak terhenti disitu, selaku sebahagian Majlis Perlancongan Lestari Global (GSTC) – Klook kini memanfaatkan peranannya dengan menyediakan pelbagai inisiatif pelancongan menarik pada perkhidmatan dan meluaskan pendedahan berhubung amalan kemampanan dalam ekonomi pelancongan. Usaha itu sekaligus memperkasakan lagi ekonomi pelancongan dalam memelihara warisan penempatan dan budaya.
by Faiz Riziq | Sep 24, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Memiliki lebih 20 juta pengguna pada perkhidmatan semasa dengan menyokong lebih 2 juta peniaga tempatan dan membolehkan transaksi merentas 40 buah negara – TNG Digital, pengendali Touch ‘n Go eWallet kini dilaporkan berhasrat meluaskan sokongan dana mereka dengan melaksanakan penyenaraian awam di Bursa bagi tempoh 3 tahun mendatang di pasaran kelak.
Aturan itu menurut makluman Reuters, akan melibatkan pengumpulan lebih $300 juta. Melihat pada potensi ini, sekiranya berjaya direalisasikan – ia berupaya membawa TNG Digital kepada status penilaian yang lebih tinggi dengan mencapai nilai lebih $1 bilion pada tempoh tersebut.
Buat pengetahuan umum, TNG telahpun ditubuhkan pada 2017 menerusi perkongsian antara TNG dan Ant Financial. Setelah itu TNG Digital meluaskan peranan mereka dengan penawaran pelbagai khidmat pembayaran digital dan khidmat kewangan kepada pengguna. Secara menyeluruh perkembangan TNG Digital turut disokong bersama beberapa pelabur utama – antaranya Lazada, syarikat induk TNG, AIA dan Ant Financial. Berdasarkan rekod setakat 2022, rekod pelaburan yang diraih adalah melibatkan sekitar RM750 juta.
Recent Comments