Memiliki lebih 20 juta pengguna pada perkhidmatan semasa dengan menyokong lebih 2 juta peniaga tempatan dan membolehkan transaksi merentas 40 buah negara – TNG Digital, pengendali Touch ‘n Go eWallet kini dilaporkan berhasrat meluaskan sokongan dana mereka dengan melaksanakan penyenaraian awam di Bursa bagi tempoh 3 tahun mendatang di pasaran kelak.
Aturan itu menurut makluman Reuters, akan melibatkan pengumpulan lebih $300 juta. Melihat pada potensi ini, sekiranya berjaya direalisasikan – ia berupaya membawa TNG Digital kepada status penilaian yang lebih tinggi dengan mencapai nilai lebih $1 bilion pada tempoh tersebut.
Buat pengetahuan umum, TNG telahpun ditubuhkan pada 2017 menerusi perkongsian antara TNG dan Ant Financial. Setelah itu TNG Digital meluaskan peranan mereka dengan penawaran pelbagai khidmat pembayaran digital dan khidmat kewangan kepada pengguna. Secara menyeluruh perkembangan TNG Digital turut disokong bersama beberapa pelabur utama – antaranya Lazada, syarikat induk TNG, AIA dan Ant Financial. Berdasarkan rekod setakat 2022, rekod pelaburan yang diraih adalah melibatkan sekitar RM750 juta.
Recent Comments