6.4 Juta Pinjaman Rumah Tidak Akan Jejas Jika OPR Naik

6.4 Juta Pinjaman Rumah Tidak Akan Jejas Jika OPR Naik

Sebarang pelarasan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada pasaran Malaysia, dilihat tidak akan menjejaskan sekitar 50.3% iaitu bersamaan 6.4 juta akaun pinjaman isi rumah di negara. Makluman Kementerian Kewangan pada sidang parlimen kali ini memperincikan jumlah akaun itu adalah terdiri daripada pinjaman berkadar tetap – yang tidak terjejas akan peningkatan OPR. Dan daripada jumlah itu sekitar 3.5 juta akaun adalah dalam kalangan B40, yang tidak akan terjejas.

Penerangan ini bertujuan memberi gambaran kepada umum akan kerunsingan berhubung jangkaan kenaikan OPR yang disasarkan berlaku, tidak lama lagi. Buat pengetahuan umum, hanya peminjam yang miliki pinjaman jenis berkadar terapung akan terkesan.

Harga Petrol RM95, Diesel Tidak Diturunkan – MOF

Harga Petrol RM95, Diesel Tidak Diturunkan – MOF

Pentadbiran negara kini mengekalkan keputusan untuk tidak melaras sebarang penurunan harga siling yang ditetapkan pada RON95 dan Diesel ketika ini. Penjelasan secara bertulis itu menurut Kementerian Kewangan (MOF) berhubung isu penstrukturan semula had harga siling petrol di sidang Parlimen, memperincikan kerajaan tidak berhasrat untuk menurunkan had tersebut ke paras yang lebih rendah iaitu seperti yang diusulkan kepada RM1.50/liter.

Ini kerana, penetapan harga siling yang dilakukan dilihat secara langsung melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak mentah di pasaran global. Untuk makluman sehingga kini, harga sebenar bagi kedua produk telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan oleh negara.

Meskipun tidak berhasrat untuk tawarkan harga siling yang lebih rendah, MOF memaklumkan ketika ini kerajaan sedang meneroka langkah baharu untuk laksana pemberian subsidi bersasar kepada rakyat negara, ia tidak sekadar bertujuan mengurangkan ketirisan subsidi tetapi turut ingin mengoptimumkan perbelanjaan di samping membantu negara meningkat semula pertumbuhan ekonomi. Setakat ini, paras siling RON95 masih kekal sekitar RM2.05/liter, diikuti Diesel dengan RM2.15/liter.

 

Labur RM210 Juta Projek Durian Di Malaysia

Labur RM210 Juta Projek Durian Di Malaysia

MyFarm, syarikat pertanian bersepadu yang berpangkalan di Kyoto, Jepun di bawah unitnya Millennnium Agriculture Technologu (MAT) kini telah bertindak laksana pelaburan pada industri durian Malaysia iaitu projek durian PLS Plantations Bhd dengan nilai RM210 juta.

Kemasukan angka pelaburan ini sekaligus menjadikan ia antara pelaburan terbesar pada industri durian tempatan. Usaha ini untuk makluman memperlihatkan kesepakatan firma bersama Akar Barat Sdn Bhd, yang menyasarkan penanaman durian berskala besar iaitu seluar 1,000 hektar di Pahang. Kedua pihak menyasarkan usahasama perkembangan pertanian antara negara ini dijangka dapat diselesaikan sekitar 30 April kelak untuk melengkapkan peringkat pertama pelaburan kedua pihak.

Pekerja Airbnb Diberhentikan, Ekonomi Kritikal

Pekerja Airbnb Diberhentikan, Ekonomi Kritikal

Airbnb, platform penawaran rumah persinggahan atau inap desa kini telah bertindak memberhentikan sebilangan pekerja melibatkan petugas pada bahagian sumber manusia global. Tindakan platform tempahan penginapan itu bagaimanapun diperincikan hanya menjejaskan kumpulan kecil petugas sahaja iaitu sekitar 0.4% daripada jumlah 6,800 petugas. Langkah pengurangan kecil ini bukanlah suatu tindakan yang baharu – sebelum ini pada 2020, hampir 1,900 petugas telah diberhentikan susulan kedudukan ekonomi ditahap yang kritikal pada ketika itu.

Meskipun telah laksana pengurangan pekerja, dijangka pertambahan pekerja pada segmen lain akan dilaksanakan mengikut laporan Reuters. Iaitu pertumbuhan pertambahan pekerja ini bermungkinan berlaku sehingga 4% pada tahun ini.

Harga Kelengkapan Barang Sekolah Naik

Harga Kelengkapan Barang Sekolah Naik

Menjelang pembukaan sekolah pada pertengahan Mac ini, diperhatikan kos kelengkapan barangan sekolah semakin meningkat – susulan tekanan harga semasa. Berdasarkan perkiraan, kos kelengkapan bagi pakaian seragam pelajar wanita biasa sahaja telah mencecah lebih RM200 untuk sepersalinan. Ini tidak merangkumi kelengkapan sekolah yang lain seperti peralatan atau buku tambahan.

Situasi ini turut diperkukuhkan apabila mengikut laporan terdapat sekumpulan ibubapa mengakui berlakunya kenaikan kos pada perbelanjaan pembukaan sekolah kelak. Antara anggaran yang dimaklumkan, kos berupaya mencapai sehingga RM300 untuk kelengkapan sekolah seorang anak. Namun kenaikan kos ini diperhatikan telah diturunkan dengan tindakan pembelian secara berperingkat oleh kumpulan ibu bapa, untuk mengurangkan tekanan kos yang dibelanjakan secara menyeluruh.

 

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?