Skim Biaya Rumah Untuk B40 Bakal Di Kaji

Skim Biaya Rumah Untuk B40 Bakal Di Kaji

Memahami keperitan sebahagian rakyat negara yang berdepan kekangan untuk memiliki kemampuan beli kediaman, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini sedang meneliti potensi untuk pelbagaikan skim pembiayaan perumahan. Tidak hanya untuk B40 bahkkan kumpulan bersasar terpilih.

Setakat ini mengikut laporan pada sidang negara telah menawarkan inisiatif seperti Skim Sewa-untuk-Milik (RTO) dengan 6,066 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara. Ketika ini sejumlah 4,690 keluarga telah menerima skim tersebut.

Selain penawaran itu, terdapat juga penawaran Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) yang menampilkan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) iaitu membenarkan golongan yang tidak miliki pendapatan tetap melunaskan wang pendahuluan bagi pembiayaan perumahan mereka.

Moratorium Untuk Mangsa Banjir – Bank Islam

Moratorium Untuk Mangsa Banjir – Bank Islam

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) mengumumkan pelaksanan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan kemudahan pembiayaan perumahan, peribadi dan kenderaan yang terjejas dengan bencana banjir. Bagaimanapun, permohonan penangguhan bayaran ansuran bulanan sehingga tempoh enam bulan itu tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan. Bank Islam, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kemudahan moratorium itu turut disediakan kepada pelanggan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sebagai meneruskan Program Prihatin Banjir untuk membantu para pelanggan pembiayaan yang terjejas.

“Selain itu, Bank Islam juga tidak akan mengenakan sebarang caj bagi penggantian kad kredit-i dan debit-i serta buku cek yang rosak atau hilang ekoran bencana yang berlaku,” katanya.
Bank tersebut memaklumkan kemudahan Bantuan Bencana (DRF) untuk industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) khusus untuk pelanggan pembiayaan Perniagaan-i yang terkesan.

“Di bawah kemudahan ini, perusahaan mikro yang layak boleh memohon pembiayaan sehingga RM150,000. Pembiayaan berjumlah RM700,000 disediakan untuk PKS dengan tempoh tujuh tahun, termasuk moratorium selama enam bulan.

Permohonan Program Prihatin dan DRF boleh dibuat di cawangan Bank Islam terdekat dalam tempoh tiga bulan selepas kejadian dan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.bankislam.com/program-prihatin-banjir/. Pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan Bank Islam di contactcenter@bankislam.com.my atau 03- 26 900 900 sementara pelanggan perniagaan boleh menghantar e-mel ke smeassist@bankislam.com.my.

 

Kredit: Bernama

iMedia Ambil Alih Oleh Catcha Digital – RM43.92 Juta

iMedia Ambil Alih Oleh Catcha Digital – RM43.92 Juta

Catcha Digital kini secara rasminya meraih keseluruhan kepentingan ekuiti pada operasi iMedia Asia bernilai RM43.92 juta tunai dan saham, langkah ini sekaligus menoktahkan penyelesaian pengambilalihan kumpulan. Menerusi aturan itu, sekaligus memperlihatkan perolehan Catcha Digital pada segmen penyelesaian media digital bersepadu dengan penawaran perkhidmatan kepada lebih 100 jenama bersama 12.7 juta pengguna.

Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia ini, usaha ini akan membantu Catcha laksana pelan penstrukturan semula syarikat dan membuka ruang untuk pihak mereka meneroka pelaburan baharu pada segmen digital, teknologi di rantau Asia Tenggara.

Kerajaan Sarawak Bakal Pertimbangkan Pendaftaran Perniagaan Guna Alamat Rumah

Kerajaan Sarawak Bakal Pertimbangkan Pendaftaran Perniagaan Guna Alamat Rumah

Susulan aliran perniagaan beroperasi secara atas talian semakin rancak, Sarawak kini dalam pertimbangan untuk membenarkan warga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menggunakan alamat kediaman bagi langkah pendaftaran perniagaan. Usaha itu kelak akan dikaji dan diteliti bersama perincian jenis bentuk perniagaan yang dibenarkan miliki syarat pendaftaran sedemikian.

Makluman itu telah dikongsikan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak pada laporan Bernama. Usaha ini secara langsung akan meningkatkan peluang buat warga PKS negeri untuk meraih sebarang penawaran insentif kerajaan di masa akan datang. Setakat ini, Sarawak merekodkan seramai 89,000 usahawan PKS telah berdaftar pada pasaran ekonomi negara.

Sebanyak 47% Rakyat Malaysia Tidak Mampu Beli Rumah Harga RM350K Ke Atas

Sebanyak 47% Rakyat Malaysia Tidak Mampu Beli Rumah Harga RM350K Ke Atas

Persekitaran kos semasa ditambah peningkatan kos bahan binaan kini secara langsung telah mengekang keupayaan rakyat negara untuk memiliki rumah di paras RM350,000 dan ke atas. Tinjauan di bawah Kajian Sentimen Pengguna H1 2023 PropertyGuru Malaysia ini memperincikan sekitar separuh pengguna negara tidak berupaya membeli kediaman tanpa insentif kerajaan. Didapati 3 daripada 4 responden ingin kerajaan menggandakan usaha insentif pada pemilikan rumah.

Selain usaha meningkat bantuan kewangan untuk rakyat negara, literasi kelayakan pemilikan rumah juga dilihat wajar diperkasa dalam kalangan pengguna. Ini kerana, masih terdapat kumpulan pengguna yang berdepan ketirisan wang susulan aliran perbelanjaan mereka terkesan disebabkan tekanan kos semasa dan bebanan pinjaman perumahan.

Berdasarkan tinjauan didapati 58% pengguna negara terdiri daripada kelas pendapatan pertengahan yang berusia kalangan 22 tahun sehingga 41 tahun – memiliki hasrat untuk membeli hartanah susulan telah mencapai paras simpanan mereka, diikuti 22% memiliki simpanan cukup untuk membeli rumah sekarang. Namun tekanan kos semasa telah mengekang tindakan sedemikian. Ini sekaligus menjadikan keutamaan menyewa rumah lebih tinggi berbanding pembelian hartanah. Dijangka tingkahlaku ini akan berlarutan dalam tempoh beberapa tahun.

Selain tekanan kos, persekitaran kediaman khususnya melibatkan risiko iklim – secara langsung telah menjadi tumpuan 98% responden pada langkah pembelian kediaman, khususnya dalam kalangan mereka berusia 50 tahun dan ke atas. Berikutan situasi itu, 52% mula menyatakan ketersediaan mereka melanggan insurans premium untuk melindungi hartanah mereka.

Online
Hi! Boleh kami bantu?