Sebanyak 43% Pekerja Akan Dikurangkan Di Malaysia Menjelang 2025 – AI

Sebanyak 43% Pekerja Akan Dikurangkan Di Malaysia Menjelang 2025 – AI

Perkembangan segmen kecerdasan buatan (AI) kini semakin berkembang dan didapati pada sektor ekonomi tempatan, antaranya dalam sektor kesihatan, kewangan, pembuatan, pengangkutan dan peruncitan negara. Setakat ini menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM), penyertaan negara pada pelaburan berkaitan AI telah dipergiatkan melalui Program Transformasi Kerjaya Digital dan MyDigital. Langkah itu bertujuan membuka ruang mempromosikan pembangunan kepakaran tempatan Malaysia berhubung AI. Namun susulan tindakan itu, ia secara langsung memberi kesan dari aspek penglibatan tenaga kerja negara.

Kesan itu turut diakui pada tinjauan World Economic Forum (WEF) yang menjangkakan 43% perniagaan di Malaysia berpotensi mengurangkan bilangan pekerja mereka berikutan usaha penerapan automasi dan AI menjelang 2025.

Sementara bagi tempoh yang sama juga, didapati 24% perniagaan pula akan bertindak meningkatkan jumlah pekerja mereka disebabkan peluang pertumbuhan pekerjaan baharu dapat diwujudkan. Bagaimanapun, KSM melihat pengurangan tenaga kerja ini masih tertakluk pada jenis industri, pekerjaan yang terlibat dan kadar perubahan teknologi yang berlaku di Malaysia.

Setakat 2020 hingga akhir Februari 2023 lalu, didapati sejumlah 209,903 pekerja telah kehilangan pekerjaan dan ini pecahan bilangan tersebut mengikut sektor ekonomi;

 

  • Pembuatan – 47,168 individu
  • Perdagangan Borong & Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor & Motosikal – 31,434 individu
  • Penginapan & Aktiviti Perkhidmatan Makanan dan Minuman – 20,460 individu
  • Aktiviti Profesional, Saintifik & Teknikal – 18,731 individu
  • Pembinaan — 15,686 individu
UBS Beli Credit Suisse  – $5.4 Billion

UBS Beli Credit Suisse – $5.4 Billion

Ekoran aliran saham yang semakin merosot lebih 20% susulan berdepan ketirisan keyakinan pelabur Credit Suisse, penyedia khidmat kewangan serta pelaburan multinasional milik Switzerland itu bakal dibeli oleh Union Bank of Swizterland (UBS) iaitu pesaingnya – untuk menyokong kestabilan kewangan antarabangsa. Melalui tindakan itu UBS akan membayar 3 bilion Swiss francs ($3.3 bilion) dan menanggung kerugian sehingga $5.4 bilion dalam kesepakatan yang dijangka akan dilaksana pada tahun ini.

Lebih menarik, berikutan ingin mengekang dari berlakunya krisis perbankan – Rizab Persekutuan AS bersama bank pusat di Kanada, England, Jepun dan Kesatuan Eropah kini memaklumkan ketersediaan mereka untuk bergabung – bagi meningkatkan aliran dolar AS pada sistem kewangan antarabangsa. Tindakan ini bertujuan memastikan aliran kredit kepada pengguna terus terjamin. Setakat ini, berdasarkan pemberitaan gabungan itu, indeks dolar diperhatikan kekal didagang rendah sekitar 103.77, dibandingkan nilai kumpulan mata wang utama.

RM1,000 Tanggung Kos Haji Untuk B40 – Kerajaan

RM1,000 Tanggung Kos Haji Untuk B40 – Kerajaan

Bagi memastikan ibadah haji Malaysia terus dipermudah, khususnya buat golongan B40 – kerajaan melalui Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini memaklumkan akan menanggung kenaikan kos haji sebanyak RM1,000 bagi setiap jemaah kumpulan B40 bagi tahun ini.

Untuk makluman, kumpulan B40 kini berdepan kenaikan kos haji sekitar RM1,000, bagaimanapun kos tersebut akan ditanggung di bawah Kementerian Kewangan (MOF) bagi memudahkan proses ibadah dilaksanakan kalangan penduduk pendapatan rendah. Langkah ini sekaligus melenyapkan kenaikan kos yang perlu dipikul jemaah B40.

Selain itu, M40 pula difahamkan berdepan kenaikan kos sekitar RM3,000 diikuti golongan T20 pula perlu melunaskan kos haji secara menyeluruh tanpa subsidi. Setakat ini difahamkan kos menunaikan haji berpotensi meningkat sekitar RM30,850 bagi setiap jemaah – di mana kenaikan RM2,000 mungkin berlaku ke atas para jemaah.

Tiktokers, “Influencer” Disarankan Buat Pengakuan Sukarela – LHDN

Tiktokers, “Influencer” Disarankan Buat Pengakuan Sukarela – LHDN

Seiring dengan usaha pentadbiran untuk meningkatkan hasil negara, kini dijangka seramai 50,000 pembayar cukai akan sertai Program Pengakuan Sukarela bersama sokongan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mulai 1 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024 ini. Agenda itu menurut LHDN sekaligus dapat membuka ruang kepada kumpulan pembayar cukai berkaitan untuk meraih pengampunan penalti 100%, ini termasuklah kepada kumpulan TikTokers dan pempengaruh.

Dimaklumkan kumpulan ini memiliki kategori tersendiri dalam program pengakuan sukarela tersebut. Ia bermakna, proses percukaian dan pelaporan pendapatan mereka akan menjadi lebih mudah kerana kategori tersebut akan membantu kumpulan pempengaruh untuk memahami bentuk pendapatan yang diterima mereka.

Malah LHDN mengakui pihaknya turut akan laksana perbandingan data melalui TIN – Tax Indentification Number iaitu pemberian nombor TIN kepada rakyat Malaysia dan pemaustatin bermula usia 18 tahun dan ke atas, yang telah dijalankan pada tahun lalu.

Menerusi data ini, LHDN akan membanding kumpulan pembayar cukai mengikut kelas pendapatan serta kategori segmen pekerjaan sektor. Secara langsung ia akan memberi data padanan yang mutlak untuk pihak LHDN memperincikan data pembayar cukai.

Adanya usaha sedemikian, ia akan membantu LHDN mengenalpasti dan menggalakkan penyertaan individu yang masih belum berdaftar selaku pembayar cukai. Turut difahamkan melalui program ini dijangka sekitar RM1 bilion kutipan cukai dapat diraih oleh penguatkuasa bersama penawaran pengampunan penalti 100% untuk pembayar cukai terlibat. Oleh itu, untuk pihak berkaitan dinasihati memanfaatkan peluang ini dan tampil melunaskan tanggungjawab anda kepada negara. Sebarang makluman lanjut boleh merujuk pada laman rasmi LHDN.

28,000 Unit Rumah Sudah Siap Tidak Terjual – RM18.41 Billion

28,000 Unit Rumah Sudah Siap Tidak Terjual – RM18.41 Billion

Secara menyeluruh didapati jumlah kediaman yang telah siap dibina, yang tidak terjual ketika ini adalah hampir 28,000 unit – dengan nilai RM18.41 bilion. Perkongsian ini menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Laporan Pasaran Harta 2022 telah memaparkan penurunan yang positif untuk tindakan jualan 2022 berbanding suku pertama tahun 2022 dengan angka lebih 35,000 unit yang tidak terjual.

Sebagai perbandingan jumlah ini turut memaparkan penurunan sekitar 24.7%, diikuti penurunan 19.2% dari aspek nilai berbanding tahun 2021. Sementara jumlah kediaman mengikut negeri pula jelas menunjukkan Johor terus rekod unit kediaman tertinggi yang masih tidak terjual dengan lebih 5,000 unit kediaman, diikuti Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pada kitaran lebih 3,000 unit rumah tidak terjual.

Manakala bagi pecahan jenis kediaman pula, didapati hampir 62% kediaman siap yang tidak terjual adalah unit pangsapuri dan kondominium. Pecahan harga pula menunjukkan hampir 50% unit rumah bernilai lebih RM500,000 tidak terjual dan 23.5% pula kediaman bernilai RM300,000 dan ke bawah.

Online
Hi! Boleh kami bantu?