Ekoran aliran saham yang semakin merosot lebih 20% susulan berdepan ketirisan keyakinan pelabur Credit Suisse, penyedia khidmat kewangan serta pelaburan multinasional milik Switzerland itu bakal dibeli oleh Union Bank of Swizterland (UBS) iaitu pesaingnya – untuk menyokong kestabilan kewangan antarabangsa. Melalui tindakan itu UBS akan membayar 3 bilion Swiss francs ($3.3 bilion) dan menanggung kerugian sehingga $5.4 bilion dalam kesepakatan yang dijangka akan dilaksana pada tahun ini.
Lebih menarik, berikutan ingin mengekang dari berlakunya krisis perbankan – Rizab Persekutuan AS bersama bank pusat di Kanada, England, Jepun dan Kesatuan Eropah kini memaklumkan ketersediaan mereka untuk bergabung – bagi meningkatkan aliran dolar AS pada sistem kewangan antarabangsa. Tindakan ini bertujuan memastikan aliran kredit kepada pengguna terus terjamin. Setakat ini, berdasarkan pemberitaan gabungan itu, indeks dolar diperhatikan kekal didagang rendah sekitar 103.77, dibandingkan nilai kumpulan mata wang utama.
Recent Comments