Pasukan Khas Tangani Inflasi Dihentikan Kerana Tidak Efektif

Pasukan Khas Tangani Inflasi Dihentikan Kerana Tidak Efektif

Tahun lalu, pada akhir Jun 2022 – bagi menangani isu sekuriti makanan segera sebuah Pasukn Khas Jihad Tangani Inflasi telah dibentuk oleh pentadbiran lalu. Kini penubuhan pasukan tersebut diumumkan telah dibubar.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada sidang Parlimen, tindakan ini susulan pendekatan tersebut tidak memberi kesan yang efektif pada langkah negara untuk menangani kadar inflasi di Malaysia. Sehubungan itu, tiada lanjutan pada jawatankuasa tersebut.

Selain isu inflasi, KPDN juga kekal meneruskan langkah berhubung kenaikan tarif elektrik yang dikenakan kepada pengguna bervoltan sederhana (MV) dan tinggi (Hv) dalam kalangan industri – untuk membolehkan harga barangan dapat diturunkan. Usaha berterusan ini akan membantu rakyat meningkatkan kuasa beli mereka di samping membantu negara meningkatkan aliran perbelanjaan pada sektor ekonomi.

Kerajaan Akan Teliti Untuk Pinjaman Khas Untuk B40

Kerajaan Akan Teliti Untuk Pinjaman Khas Untuk B40

Menyedari pendekatan di bawah konsep Rahmah berupaya membantu golongan B40, dan kumpulan berkeperluan miliki aliran tunai yang lebih baik – kerajaan kini bercadang meluaskan usaha tersebut bersama syarikat kewangan, termasuklah perbankan untuk tawaran pinjaman khas.

Usaha melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) buat masa ini sedang diteliti bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Setakat ini perbincangan telah disemak bersama MBSB Bank dan kelak akan diperluas bersama pemain industri kewangan lain.

Selain bank, mengikut laporan BH usaha ini turut berpotensi diperluas bersama penyedia insurans dengan pertimbangan cadangan skim perlindungan khas. Bagaimanapun usaha ini akan dimaklumkan secara berperingkat kepada umum setelah mencapai kata sepakat bersama pentadbiran dan pemain industri.

Dividen RM40 Billion Dibayar Pada Kerajaan – Petronas

Dividen RM40 Billion Dibayar Pada Kerajaan – Petronas

Selepas memaparkan prestasi cemerlang pada laporan kewangan menyeluruh dengan meraih pendapatan RM375.3 bilion dan keuntungan bersih RM101.6 bilion. Disasarkan PETRONAS berpotensi menyumbang sehingga RM40 bilion kepada kerajaan persekutuan pada tahun ini. Sasaran itu mengikut laporan Bernama meliputi sumbangan dalam bentuk dividen kepada negara dijangka antara RM35 bilion sehingga RM40 bilion.

Bagaimanapun jumlah agihan itu akan dimuktamadkan setelah kumpulan mengambil-kira berdasarkan kemampuan serta pemantauan pada obligasi hutang, pelaburan serta keperluan tadbir urus operasi. Buat pengetahuan umum, tahun 2022 PETRONAS telah melaksana pembayaran RM50 bilion dividen kepada pentadbiran negara, diikuti beberapa keperluan pembayaran melibatkan cukai dan petroleum.

 

 

Sumbangan Tunai Rahmah B40 Sebelum Aidilfitri

Sumbangan Tunai Rahmah B40 Sebelum Aidilfitri

Bagi memastikan aliran tunai rakyat negara terus terpelihara, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan agihan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 akan dilaksanakan sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pengagihan bantuan tunai yang dijangka pada pertengahan Ramadan ini akan dikreditkan kepada golongan B40 secara terus dalam akaun bank mereka. Oleh itu bagi penerima yang layak, dinasihatkan untuk laksana permohonan bantuan tunai sebelum 31 Mac ini – bagi memastikan pengagihan bantuan tunai ini dapat dikreditkan pada tempoh yang ditetapkan.

Mengikut perkongsian PM Anwar pada hari ini, setakat pertengahan Mac didapati terdapat 320,103 permohonan baharu telah direkodkan negara di bawah insiatif STR. Untuk makluman bagi fasa 1 sejumlah RM1.67 bilion telah diperuntukan negara untuk agihan tunai tersebut.

200,000 Usahawan Gulung Tikar, Kesan Covid-19 & Kos Naik

200,000 Usahawan Gulung Tikar, Kesan Covid-19 & Kos Naik

Sejak April 2020 sehingga November 2022, didapati sejumlah 193,409 usahawan di pasaran negara telah menutup operasi perniagaan mereka berikutan kesan berpanjangan COVID-19 dan tekanan kenaikan harga barang berlaku.

Data di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini memperincikan jumlah bilangan usahawan yang terkesan adalah 104,785 (April 2020), 37,415 (Jun 2021), 17,371 (Februari 2022) dan 33,838 (November 2022).

Namun dalam usaha memulihkan kembali ekosistem perniagaan negara, didapati 97.8% daripada jumlah tersebut telah menyatakan ketersediaan untuk memulakan kembali perniagaan mereka dan antara keperluan yang dizahirkan melibatkan geran, pembiayaan, latihan serta bimbingan keusahawanan.

Selain itu, dimaklumkan akan terdapat usaha sokongan di bawah Pelan Strategik Kementerian 2023 yang mengandungi 185 program dan dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 543,080 usahawan dan bakal usahawan.

Tidak hanya usaha sedemikian, terdapat juga langkah di bawah SME Corp dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menawarkan pendidikan berhubung literasi kewangan dalam kalangan usahawan negara. Melalui usaha ini, ia akan memberi pendedahan lanjut berkenaan pengurusan wang dan tahap kredit. Langkah secara terus memudah, membantu usahawan dan PKS untuk lebih cakna dalam membuat keputusan perbelanjaan operasi.

Online
Hi! Boleh kami bantu?