by Faiz Riziq | Nov 2, 2019 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan

Jika anda memang peka dan sentiasa ambil berat tentang skor kredit anda – tahniah saya ucapkan. Tetapi, jika anda masih samar-samar tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan “credit score”, teruskan baca kerana ini adalah panduan yang paling lengkap tentang penilaian markah kredit.
Apa Itu Skor Kredit Sebenarnya
Secara ringkas, skor kredit adalah satu sistem pemarkahan
yang menentukan kesihatan kredit, atau kesihatan kewangan anda.
Setiap pinjaman anda, Skor kredit adalah satu faktor
terpenting yang menentukan permohonan pinjaman atau kad kredit anda lulus atau
tidak. Walaupun skor pemarkahan kredit ini sangat memainkan peranan dalam
permohonan pinjaman dan kad kredit, masih ramai yang tak ambil kisah atau tak
nak ambil tahu tentang skor kredit.
kad kredit, bayaran ansuran, atau komitmen kewangan yang
lain akan direkodkan. Rekod ini kemudiannya dipaparkan di dalam laporan kredit
anda.
Laporan kredit yang paling asas ialah laporan kredit
peribadi daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikenali sebagai laporan
Centralized Credit Reference Information System (CCRIS). Saya rasa ramai yang
dah tahu tentang sistem CCRIS ni.
Fungsi Skor Kredit
Skor atau markah yang dipaparkan di dalam laporan kredit
memberikan analisis tentang komitmen anda dari segi pembayaran semula hutang-hutang
anda. Sama ada anda sentiasa buat bayaran tepat pada masa, atau sentiasa
terlewat dengan bayaran ansuran anda atau ada tunggakan bayaran – semua ini
akan direkodkan dan akan mempengaruhi markah kredit anda.
Markah ini kemudiannya akan dirujuk oleh pihak institusi
kewangan seperti bank, koperasi atau pemberi pinjaman wang berlesen (PPW)
setiap kali anda mohon pinjaman atau kad kredit. Setiap institusi kewangan
mempunyai akses kepada penilaian kredit anda.
Dalam erti kata lain, sebarang pinjaman yang anda mohon, sama ada pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan atau kad kredit – pihak institusi kewangan akan melihat skor kredit anda untuk menentukan sama ada mereka akan meluluskan permohonan anda atau tidak.
Skor Kredit Bank
Sesetengah bank juga mempunyai cara mengira markah kredit
mereka yang tersendiri. Dan, cara kiraan ini juga berbeza antara bank. Pihak
institusi kewangan juga tidak akan mendedahkan bagaimana mereka mengira skor
kredit individu untuk mengelakkan maklumat ini disalahguna oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab.
Oleh itu, tidak ada cara atau kaedah “standard” yang
ditetapkan untuk mengira skor kredit individu.
Tidak ada cara lain untuk anda mengetahui markah kredit anda
selain mendapatkan laporan daripada pihak Biro Kredit Malaysia, CTOS atau
RAMCI.
Malah, jika anda menyertakan laporan CCRIS dan laporan CTOS anda sebagai dokumen sokongan dalam permohonan pinjaman anda – bank akan melihat anda sebagai serius dan bersungguh untuk memohon pinjaman tersebut. Dalam sesetengah kes, boleh meningkatkan peluang lulus permohonan anda.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Skor Kredit Anda
1. Rekod Pembayaran
Sejarah pembayaran anda adalah komponen utama atau faktor
terpenting dalam penilaian markah kredit. Adakah anda buat bayaran bulanan anda
tepat pada masa, atau anda “miss payment” pada bulan tersebut.
Jika anda lewat buat bayaran sebulan mungkin tidak akan
mempengaruhi credit score anda. Tetapi, jika setiap bulan anda lewat bayar –
markah kredit anda mungkin terjejas.
Begitu juga tempoh tunggakan anda. Berapa bulan anda lewat
bayar? Sebulan? 2 Bulan? Atau akaun anda telah diletakkan di bawah Akaun
Pemerhatian Khas (Special Attention Account – SAA).
Rekod pembayaran pinjaman atau kad kredit anda boleh
menentukan sama ada anda mempunyai skor kredit yang baik ataupun skor yang
buruk. Sesetengah pihak menggunakan kriteria rekod pembayaran sehingga 45%
daripada kiraan markah kredit anda.
2. Jumlah Nisbah Hutang (Debt Service Ratio – DSR)
Faktor ke dua yang penting di dalam kiraan credit score
adalah nisbah jumlah hutang, atau debt-service-ratio (DSR). Debt service ratio
merujuk kepada jumlah hutang anda berbanding pendapatan anda.
Jumlah hutang disini merujuk kepada komitmen bulanan anda seperti
pinjaman, kad kredit, gadai janji dan sebarang komitmen yang dimasukkan ke
dalam laporan CCRIS. Jumlah hutang ini kemudiannya dibahagikan dengan jumlah
pendapatan anda untuk mendapatkan DSR anda.
Jika nisbah hutang anda tinggi, institusi kewangan anda
menganggap anda berhutang lebih daripada kemampuan anda dan akan meletakkan
markah yang rendah pada skor kredit anda.
Walaupun kiraan DSR ini nampak mudah, cara kiraan ini
sebenarnya lebih kompleks. Sebagai contoh anda mungkin buat pinjaman sebanyak RM10,000
– tetapi terdapat caj tunggakan lewat bayar yang dikenakan – semua ini akan
dimasukkan ke dalam kiraan DSR anda.
Begitu juga penggunaan kad kredit anda. Jika anda berbelanja
menggunakan kad kredit anda hampir kepada had kredit (credit limit) setiap
bulan, situasi ini juga akan dikira dengan kaedah DSR. Faktor ini menyumbang
kepada penilaian skor kredit anda.
3. Tempoh Rekod Kredit
Sejarah rekod kredit juga diambil kira dalam kiraan skor
kredit. Berapa lama anda mempunyai rekod kredit dan bila anda mula mempunyai
rekod kredit, berbanding umur anda ketika anda mohon pinjaman atau kad kredit.
Jika anda mempunyai sejarah rekod kredit yang panjang dan
tidak ada bayaran lewat atau tunggakan – anda akan mempunyai skor kredit yang
baik. Sebaliknya jika anda mempunyai rekod yang panjang tetapi penuh dengan
bayaran lewat dan tunggakan.
4. Kes Mahkamah
Sekiranya anda terlibat di dalam kes undang-undang, skor
kredit anda mungkin akan terjejas. Sebarang denda, atau apa sahaja kes yang
melibatkan mahkamah akan diambil kira di dalam kiraan penilaian kredit anda.
Walau bagaimanapun ini juga adalah faktor yang tidak penting
dan hanya sesetengah institusi kewangan atau pihak ketiga sahaja yang
memasukkan faktor ini dalam kiraan mereka. Sebagai contoh pihak CTOS tidak menjadikan
kriteria ini sebagai salah satu faktor untuk pemarkahan kredit mereka.
Faktor-faktor di atas adalah antara faktor-faktor yang
digunakan untuk mengira skor kredit anda. Walau bagaimanapun, tidak semua
faktor ini digunakan. Seperti yang telah dinyatakan, cara kiraan adalah
bergantung kepada setiap institusi kewangan atau pihak ketiga.
Tetapi, sejarah rekod kredit yang pendek tidak semestinya
menentukan anda akan mempunyai credit score yang rendah. Yang penting ialah
rekod pembayaran anda. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, faktor rekod
pembayaran menentukan hampir separuh daripada markah kredit anda.
5. Jenis Kredit
Jenis-jenis hutang atau kredit anda juga memainkan peranan
dalam kiraan skor kredit. Adakah anda mempunyai kategori kredit bercagar
(gadai-janji rumah, sewa beli kereta) atau tidak bercagar (pinjaman peribadi,
kad kredit) dan lain-lain.
Faktor ini tidak begitu penting dalam kiraan markah kredit,
oleh itu tidak bermaksud jika anda hanya mempunyai sejenis kategori kredit
sahaja, contoh pinjaman perumahan – anda harus memohon kategori kredit baru
seperti kad kredit dan sebagainya.
6. Kredit Baru
Adakah anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman baru-baru
ini? Jika anda terlalu kerap mohon kredit dalam jangka masa yang singkat,
institusi kewangan atau pemberi pinjaman akan melihat anda sebagai seorang yang
suka berhutang.
Kebanyakan institusi kewangan akan melihat rekod kredit
pemohon antara 6 bulan hingga 12 bulan dari tarikh permohonan – terutama untuk
permohonan pinjaman peribadi. Oleh itu jika terlalu banyak rekod kredit baru
dalam tempoh tersebut, ini akan beri kesan kepada skor kredit anda.
Sesetengah institusi kewangan seperti bank menetapkan 3 kali
permohonan kredit dalam tempoh 12 bulan adalah jumlah maksimum. Lebih daripada
itu akan buat bank berasa curiga dan akan merendahkan nilai markah kredit anda.
7. Tiada Rekod Kredit
Tiada komitmen bulanan atau tiada rekod kredit sering
dijadikan alasan oleh pihak institusi kewangan ketika menolak permohonan untuk
pinjaman, terutama pinjaman peribadi tak bercagar. Jika anda tidak mempunyai
rekod kredit di laporan CCRIS, ini bermaksud anda tidak pernah mempunyai pinjaman,
kad kredit dan sebagainya.
Ini perkara biasa bagi mereka yang masih muda dan baru
bekerja. Tetapi, ada juga individu yang mempunyai fahaman songsang bahawa jika
mereka tidak pernah buat pinjaman, iaitu tiada rekod kredit – permohonan
pinjaman mereka akan lebih mudah lulus pada masa hadapan – ini adalah fakta yang
salah.
Faktor tiada rekod kredit adalah antara faktor yang diambil
kira dalam penilaian skor kredit individu. Tetapi, faktor ini hanya faktor
kecil dan tidak memainkan peranan besar dalam menentukan credit score anda baik
atau buruk.
by Faiz Riziq | May 11, 2019 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan

Dengan kemelesetan ekonomi sekarang ni, ramai yang menghadapi masalah menguruskan kewangan mereka. Salah satu punca utama ialah “money management” yang failed – terutama bagi yang baru bekerja.
Pengurusan Kewangan Yang Betul
Mesti ramai yang pernah rasa macam ni – gaji dah tinggi, tapi masih tak cukup untuk belanja bulan-bulan, pelik kan? Sampaikan ada yang terpaksa berhutang dengan saudara mara dan kawan-kawan.
Selalunya masalah ini timbul bukan kerana jumlah gaji yang tak cukup, tetapi cara anda menguruskan gaji anda.
Perkara asas untuk pengurusan kewangan yang baik adalah dengan membahagikan gaji anda dengan bijak. Jika anda berjaya menguruskan gaji anda setiap bulan, dengan mudah anda dapat menguruskan kewangan anda.
Tip Menguruskan Gaji
Pakar dalam bidang hartanah, Tuan Azizul Azli Ahmad telah sudi berkongsi cara terbaik untuk menguruskan gaji setiap bulan. Berikut ialah cara-cara membahagikan gaji anda.
55% Perbelanjaan
Ini adalah perbelanjaan utama anda, termasuklah hutang kereta, hutang peribadi, makan, belanja rumah, yuran gym, rokok, kesihatan, dan lain-lain – semuanya termasuk dalam kategori ni.
10% Simpanan Tetap
Ini adalah duit simpanan tetap anda. Jangan ganggu duit ni, simpan dan pejam mata. Anggap sebagai simpanan untuk hari tua. Sekali lagi diulang, jangan ganggu duit ni.
10% Simpanan Melabur
Ini adalah duit yang anda simpan untuk pelaburan. Nak beli saham, down payment rumah, down payment kereta, dan sebagainya – semua anda akan guna duit ni. Tetapi awas jangan melabur dalam MLM atau Skim Cepat Kaya.
10% Insurans/Takaful
Sediakan payung sebelum hujan. Ramai yang menganggap melabur untuk insurans merugikan. Tetapi, malang datang tak diduga. Jadi pengguna bijak dan bersedia untuk hari depan.
5% Pendidikan
Jangan anggap dah dapat ijazah, master atau PHD dah tak perlu belajar. Pendidikan adalah sepanjang zaman. Ini adalah bahagian untuk anda beli buku, yuran kursus, seminar dan apa sahaja yang boleh menambah ilmu.
5% Hiburan
Ini adalah belanja untuk anda berhibur. Pergi tengok wayang, karaoke, jalan-jalan makan angin, atau apa sahaja aktiviti yang menghiburkan.
5% Sedekah
Banyakkan bersedekah. Ambil 5% dari gaji anda untuk bersedekah. Sumbang ke masjid, atau mereka yang memerlukan. Zakat 2.5% boleh masuk kat sini.
Bijak Menguruskan Kewangan. Diharap selepas anda baca tip menguruskan kewangan ni, anda lebih bijak dalam membahagikan wang gaji anda.
Semoga berjaya!
by Faiz Riziq | May 11, 2019 | Luar Negara, English & Other Country

Bulan Februari yang lalu menyaksikan banyak perubahan yang berlaku kepada beberapa pelan pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh beberapa Bank di Malaysia. Kemaskini yang dilakukan oleh pihak bank ini merangkumi kemaskini kepada syarat-syarat kelayakan memohon, terutama kelayakan gaji minimum.
Antara institusi kewangan yang terlibat dalam merombak semula syarat pelan pembiayaan peribadi mereka ialah AEON Credit Service, RHB Bank, dan AmBank.
AEON iCash Personal Financing
Pihak AEON Credit Service (M) Berhad telah melakukan perubahan utama kepada skim pembiayaan peribadi mereka yang popular, iaitu AEON iCash.
Jika sebelum ini syarat kelayakan gaji minimum yang diperlukan untuk mohon pembiayaan peribadi AEON iCash ialah RM800 sebulan atau RM9,600 setahun – bermula 1 Februari 2019, kelayakan gaji minimum telah dinaikkan kepada RM1,500 sebulan atau RM18,000 setahun.
Walau bagaimanapun, kelayakan gaji minimum RM800 sebelum ini adalah kelayakan gaji bersih, manakala syarat baru kelayakan gaji minimum RM1,500 adalah kelayakan gaji kasar.
Dengan meletakkan syarat kelayakan baru sebagai gaji kasar, lebih ramai yang boleh mohon AEON iCash berbanding kelayakan gaji bersih sebelum ini.
Anda boleh baca lebih lanjut tentang syarat kelayakan mohon AEON iCash yang lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online di laman AEON iCash Personal Financing.
RHB Easy-Pinjaman Ekspres
RHB Easy atau Easy by RHB adalah antara pinjaman yang paling popular di Malaysia. Pinjaman ini menjadi popular kerana tempoh kelulusan yang sangat pantas. Pada bulan lepas, pihak RHB Bank Berhad telah merombak syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon pinjaman ini.
Sebelum ini RHB Bank menawarkan pinjaman ini kepada semua sektor pekerjaan, tak kira anda berkhidmat di Sektor Awam, Sektor Swasta atau bekerja sendiri. Tetapi, pada Februari 2019 pihak RHB mula membuka permohonan pembiayaan peribadi ini hanya Kakitangan Swasta dan individu yang bekerja sendiri sahaja.
Syarat kelayakan memohon yang lain masih sama dan tidak berubah.
Walaupun langkah ini boleh dilihat sebagai drastik oleh pihak RHB dengan menutup permohonan untuk kakitangan kerajaan, terdapat banyak lagi pinjaman yang boleh anda mohon sekiranya anda berkhidmat di Sektor Awam.
Lihat semua pinjaman peribadi untuk Kakitangan Kerajaan atau Kakitangan GLC
Layari laman RHB Easy-Pinjaman Ekspres untuk mohon pinjaman ini secara online tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan RHB.
AmBank AmMoneyLine
AmBank (M) Berhad menawarkan dua jenis pinjaman untuk produk AmMoneyLine mereka iaitu AmMoneyLine Personal Loan dan AmMoneyLine Facility-i. AmMoneyLine Personal Loan adalah pinjaman peribadi konvensional manakala Facility-i pula adalah pinjaman peribadi Islamik.
Sebelum ini syarat kelayakan gaji minimum untuk mohon kedua-dua pinjaman ini ialah gaji kasar RM2,000 sebulan atau RM24,000 setahun.
Tetapi pada bulan lepas, pihak AmBank telah menaikkan kelayakan gaji minimum untuk mohon kepada gaji kasar RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun.
Jika sebelum ini kedua-dua pinjaman daripada AmBank ini popular kerana keputusan permohonan yang pantas, perubahan ini mungkin akan menyukarkan mereka yang berpendapatan rendah untuk mohon.
Lihat syarat kelayakan lengkap untuk mohon AmBank AmMoneyLine di laman pinjaman AmMoneyLine Personal Loan atau AmMoneyLine Facility-i.
Walau bagaimanapun, pihak AmBank Islamic tidak melakukan sebarang perubahan kepada AmBank Personal Financing-i mereka. Syarat kelayakan gaji untuk mohon masih gaji kasar RM1,500 sebulan atau RM18,000 setahun.
Cuma AmBank Personal Financing-i hanya ditawarkan kepada kakitangan GLC atau pekerja sektor swasta daripada syarikat terpilih sahaja.
Anda boleh semak sama ada majikan anda tersenarai atau tidak untuk di laman AmBank Islamic Personal Financing-i.
Ringkasan Perubahan Pinjaman Peribadi Februari 2019
Secara ringkas, berikut ialah perubahan-perubahan yang berlaku untuk pelan-pelan pinjaman peribadi di Malaysia pada bulan Februari 2019.
AEON iCash menukar syarat kelayakan gaji minimum dari RM800 (gaji bersih) sebulan kepada RM1,500 (gaji kasar) sebulan.
RHB Easy-Pinjaman Ekspres menutup permohonan untuk Kakitangan Kerajaan dan hanya membuka permohonan kepada pekerja Sektor Swasta dan individu yang bekerja sendiri.
AmBank AmMoneyLine Personal Loan dan Facility-i menaikkan kelayakan gaji minimum dari RM2,000 (gaji kasar) sebulan kepada RM3,000 (gaji kasar) sebulan.
Perubahan-perubahan ini mungkin akan menyukarkan sesetengah pihak untuk mohon, tetapi dalam masa yang sama akan memudahkan pihak yang lain.
by Faiz Riziq | Nov 27, 2018 | Luar Negara, English & Other Country

Apa Itu Unit Trust / Unit Amanah?
Unit Trust lebih dikenali dalam bahasa melayu “Unit Amanah.”Merupakan satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan para pelabur dengan objektif mengumpul simpanan pelabur yang diuruskan oleh pengurus pelaburan secara profesional.Setiap wang pemegang unit akan dilaburkan untuk mencapai matlamat tertentu sebagaimana diistiharkan oleh objektif pelaburan sesuatu skim. Pelaburan Unit Trust membabitkan 3 pihak iaitu,Syarikat Pengurusan dana, Pelabur dan Pemegang Amanah.
Setiap skim pelaburan biasanya bertujuan memberikan pulangan melebihi purata dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal dengan kadar risiko yang munasabah. Pelabur Unit Trust tidak membeli saham secara langsung. Saham akan dibahagikan dalam bentuk unit dan setiap pelabur adalah pemegang unit(unitholder). Satu unit dalam Unit Trust adalah sebahagian saham daripada jumlah pelaburan.
Setiap pelaburan individu dalam Unit Trust mereka akan menerima pengesahan hak milik, samaada dalam bentuk penyata(statement)atau sijil unit.Jumlah unit yang dimiliki pelabur bergantung kepada harga setiap unit dimana jumlah wang yang dilaburkan ketika masa membuat pelaburan.Setiap 6 bulan Public Mutual akan menghantar statement (jumlah semasa/terkini) kepada setiap pemegang Unit Trust.Manakala setiap minggu Public Mutual akan menghantar kedudukan pasaran melalui email.
Di Malaysia masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan Unit Trust khususnya bumiputera kerana mereka lebih mengenali pelaburan ASB,ASN dan sebagainya. Malah mereka yang sudah melabur dalam unit trust juga masih kurang tahu kepentingan pelaburan ini yang memberikan pulangan yang lumayan.
Perlu kita tahu dan fahami tujuan dan mengapa kita melabur. UnitTrust merupakan pelaburan untuk jangka masa panjang dimana unit amanah kita akan bertambah dan memberikan pulangan yang lumayan, samaada pelaburan Cash atau KWSP. Manakala pelaburan Unit Amanah melalui KWSPadalah bertujuan menambah pulangan dalam simpanan akaun 1 dengan tujuanmemberikan jumlah pulangan pesaraan pencarum yang lebih lumayan danmenjamin pesaraan yang lebih selesa.
Dengan Public Mutual tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ia adalah sebuah syarikat yang sah dan merupakan syarikat unit trust no 1dimalaysia dan syarikat yang dipercayai dengan jumlah pelabur melebihi 2 juta dan jumlah pelaburan melebihi RM20 Bilion.
Seramai lebih 1.80 juta pemegang akaun Public mutual telah bermanfaat dari pengalaman dan kepakaran kami dalam pengurusan dana selama 28 tahun. Berilah satu alternatif kepada anda sendiri untuk mempelbagaikan tabung simpanan pesaraan anda. Kami ghairah dalam memberi nilai kepada para pemegang unit kami.
Pelaburan Unit Trust menguntungkan?
Memang benar pelaburan Unit Trust amat menguntungkan daripada pelaburan yang lain. Malah lebih menguntungkan dan terjamin daripada pelaburan skim cepat kaya. Antara kelebihannya wang yang dilaburkan akan diuruskan secara professional mengikut kemampuan. Unit Trust mempunyai beberapa jenis pilihan dana termasuklah dana syariah,non syariah, moneymarket,equity,pasaran tempatan dan global.
Unit Trust merupakan pelaburan yang menguntungkan dengan pulangan lebih lumayan untuk jangka masa panjang. Selama ini kita penat bekerja siang dan malam untuk mencari wang dan kehidupan yang lebih selesa.Sekarang ini tiba masanya wang yang kita kumpul selama ini bekerja menjana wang (pendapatan) didalam pelaburan unit trust. Bukankah itucara yang bijak kita menguruskan wang dalam masa yang sama menjamin masa depan dan hari tua yang menguntungkan..
Kenapa melabur dalam Unit Trust?
1- Pegurusan Profressional
Dana Unit Trust diuruskan oleh mereka yang professional yang bekerja sepenuh masa bagi memastikan dana yang dilaburkan memberikan pulangan yang terbaik
2- Penyebaran risiko
Kelebihan utama Unit Trust adalah penyebaran risiko. Unit Trust dilaburkan dalam pelbagai sektor saham, bon dan sekuriti sekaligus dapat mengurangkan risiko jika prestasi sesuatu sektor kurang memberangsangkan. Prestasi sektor yang lain akan membantu memberikan imbangan pulangan yang baik
3- Sesiapa saja boleh melabur dalam unit trust
Dengan modal permulaan serendah RM1000 anda sudah boleh melabur dalam skim dana yang ada dalam Public Mutual.Penambahan pelaburan boleh dilakukan pada bila bila masa dengan kadar serendah RM100
4- Mudah tunai
Unit yang dilaburkan boleh ditunaikan pada bila-bila masa. Anda akan dapat memperolehi nilai tunai yang dijual dalam masa 10 hari setelah mendapat pengesahan Public Mutual
5- Selamat
Pelaburan Unit Trust adalah selamat kerana dana tersebut tidak dibenarkan membuat pinjaman untuk membuat sebarang pelaburan. Ini kerana dana Unit Trust dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan pelabur
6- Tidak memerlukan perhatian khusus
Anda tidak perlu memperuntukkan masa untuk mengendalikan urusan pelaburan dana. Ini kerana semuanya di kawal oleh pengurus dana yang dibertanggungjawab. Anda boleh memperuntukkan masa untuk aktiviti lain.
7- Pulangan yang baik
setakat ini pulangan daripada unit trust adalah sangat menarik. Pulangan sehingga 12 peratus malah terdapat dana yang memberikan pulangan yang lebih tinggi dan lebih baik. Ada kalanya pulangan kurang memberangsangkan namun pelaburan untuk jangka masa penjang jauh lebih baik dari simpanan tetap
8- Berlandaskan kehendak Syariah
Unit Amanah patuh Syariah memberi anda peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan / atau aliran pendapatan sebagai pulangan pelaburan anda.
Berminat untuk melabur dalam unit amanah sama ada individual/syarikat? Boleh hubungi kami di ruangan contact di website ini.
by Faiz Riziq | Nov 27, 2018 | Luar Negara, English & Other Country

ASB vs Unit trust?
Saya selalu ditanya apa beza antara ASB dan Unit trust dari Public Mutual atau CWA. Saya rasa ada yang silap faham sedikit. ASB adalah juga “unit trust”, cuma konsepnya sedikit berbeza. Pelaburan unit trust lebih berisiko rendah berbanding pelaburan saham. Well, high risk high return right?
ASB bermaksud Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang juga merupakan “Unit Trust”. Dana ASB yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini adalah pelaburan “government linked” yang berharga tetap “fixed price”, yang lebih dilaburkan kepada “government linked company” seperti Maybank, CIMB, Petronas, TNB dan lain-lain. Ini bermaksud setiap ringgit yang anda laburkan, anda akan mendapat amount yang sama ketika anda menebus / membuat jualan balik unit ASB anda. ASB memberi pulangan atau agihan pendapatan secara dividend tahunan.
Berbeza sedikit dengan “unit trust” dari Public Mutual atau CWA yang mempunyai harga yang berubah-ubah mengikut harga semasa “fluctuate”. Dana ini yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan melaburkan dana ke dalam pelbagai portfolio yang telah diluluskan seperti : “equity, balanced, fixed income, bond dan money market”, sama ada dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. Setiap portfolio ini mempunyai tahap risiko dan pulangan yang berbeza.
Apabila berlaku jualan semula unit / penebusan unit oleh pelabur, pelabur akan mendapat 2 jenis keuntungan:
1) keuntungan daripada perbezaan harga jual dan harga belian unit amanah;
2) keuntungan daripada agihan (distribution) yang disokong oleh kelebihan compound interest ke atas agihan yang diperolehi pada setiap tahun, dengan syarat agihan tersebut dilaburkan semula sebagai modal tambahan.
Yang mana lebih baik? Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Recent Comments