by Faiz Riziq | Apr 6, 2020 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
KUALA LUMPUR: Maybank akan mengecualikan fi RM1 bagi transaksi pengeluaran tunai antara bank di terminal mesin juruwang automatik (ATM)/layan diri berkuat kuasa mulai 6 April 2020 hingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.
Langkah ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan pelanggan bagi semua bank yang mungkin perlu membuat pengeluaran tunai di terminal ATM/layan diri terdekat, berikutan pergerakan terhad susulan lanjutan PKP untuk memerangi COVID-19, menurut Maybank dalam kenyataan di sini, hari ini.
Maybank mempunyai lebih 2,900 terminal ATM/ layan diri di seluruh negara.
Sumber: Bharian
by Faiz Riziq | Apr 6, 2020 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
KUALA LUMPUR: BIMB Holdings Bhd (BHB) bersama anak syarikat milik penuhnya, Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menyampaikan sumbangan berjumlah RM1.6 juta bagi menyokong usaha kemanusiaan dan berkaitan perubatan dalam menangani pandemik COVID-19.
BHB menyumbang RM1.0 juta kepada Tabung #MusaadahCOVID-19 yang dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri untuk membantu petugas barisan hadapan Islam dan bukan Islam yang terjejas teruk akibat wabak berkenaan
Manakala, Bank Islam, menerusi cabang tanggungjawab sosial korporatnya, AMAL, turut menyediakan peruntukan sebanyak RM600,000 untuk beberapa inisiatif termasuk bantuan kewangan kepada usahawan mikro yang perniagaannya terjejas teruk akibat pandemik.
Selain itu, inisiatif itu turut merangkumi sokongan bantuan langsung yang akan digunakan untuk menyalurkan bantuan makanan dan barangan keperluan kepada universiti, rumah anak yatim, rumah orang tua dan orang kelainan upaya (OKU), serta keperluan asas perubatan kepada hospital dan klinik kesihatan daerah; serta pembelian barangan keperluan untuk hospital di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif BHB dan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, adalah menjadi amanah syarikat untuk menjaga kesejahteraan pihak berkepentingan dan masyarakat setempat.
“COVID-19 memberikan kesan negatif terhadap kesejahteraan dan kebajikan masyarakat dan aktiviti ekonomi di seluruh dunia, lebih-lebih lagi terhadap pengamal perubatan dan usahawan mikro.
“Sumbangan sebanyak RM1.6 juta ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk membantu masyarakat terjejas dan kurang bernasib baik yang menerima kesan signifikan ekoran pandemik ini.
“Melalui inisiatif yang dilaksanakan, kami berharap ia dapat meringankan beban semua pihak yang terbabit,” katanya.
Sumbangan ke Tabung #MusaadahCOVID-19 disampaikan kepada Zulkifli Mohammad.
Sumber: Bharian
by Faiz Riziq | Apr 5, 2020 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
KUALA LUMPUR: Sektor swasta, terutamanya bank-bank komersial, mempunyai peranan penting dalam memastikan ekonomi Malaysia kekal utuh dalam jangka masa panjang, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC). Dalam kenyataan hari ini, katanya institusi perbankan komersial boleh membantu menyokong ekonomi dengan berkesan menggunakan mudah tunai yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan memberi pinjaman kepada perniagaan yang memerlukan seperti perusahaan kecil dan sederhana dengan prospek yang baik.
“Ini berdasarkan pengalaman daripada krisis kewangan global (2008-2009) yang menunjukkan pertumbuhan pinjaman meningkat dengan perlahan di Amerika Syarikat (AS) menjadi sebab utama di sebalik pemulihan ekonomi, walaupun suntikan mudah tunai yang besar oleh Rizab Persekutuan AS melalui dasar pelonggaran kuantitatif,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. MARC berkata sektor perbankan berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding kemelesetan pada 1998 dan 2009.
Pada Februari 2020, jumlah nisbah modal sektor itu lebih tinggi pada 18.4 peratus berbanding 12.6 peratus pada 2009.Kualiti aset tetap stabil pada tahun lepas dengan nisbah susut nilai pinjaman kasar (GIL) pada akhir tahun sebanyak 1.5 peratus. “Berdasarkan senario semasa, bagaimanapun, pinjaman terjejas boleh meningkat, dan pinjaman kepada perniagaan akan berisiko.”Bagaimanapun, penting untuk mengetahui jika perniagaan tidak mendapat bantuan yang diperlukan, mungkin terdapat implikasi ekonomi yang lebih besar.” GIL bank boleh meningkat kepada paras lebih tinggi dan ini akan menjadi beban ekonomi yang lebih berat kepada bank,” katanya.
Semalam, Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata berdasarkan ujian tekanan yang dijalankan ke atas sektor perbankan, impak ekonomi dan kewangan daripada perkembangan ini berada dalam julat kejutan yang terpakai dalam senario yang tidak menggalakkan dalam ujian tekanannya. “Kami melihat daya tahan sektor perbankan kita sebagai aspek yang penting. Ujian tekanan tidak termasuk sebarang campur tangan dasar oleh pihak berkuasa dan tindakan kewangan yang mungkin diambil oleh institusi perbankan itu sendiri. “Dalam senario hari ini, bank dan pihak berkuasa mengambil langkah untuk mengurangkan impak,” katanya.
Dalam Laporan Tahunan 2019 yang dikeluarkan semalam, BNM mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan berada dalam julat antara -0.2 peratus dan 0.5 peratus pada tahun ini berikutan impak daripada pandemik COVID-19 ke atas ekonomi global dan domestik. MARC turut berkongsi pandangan BNM mengenai jangkaan kemerosotan ekonomi Malaysia pada 2020, berikutan perniagaan yang terjejas oleh pandemik tersebut.Katanya kerajaan telah menyediakan bantuan kepada individu dan perniagaan untuk membantu mereka menghadapi tempoh mencabar ini melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion.
Sumber – Bernama
by Faiz Riziq | Apr 4, 2020 | Luar Negara, English & Other Country
KUALA LUMPUR: Polis belum menerima aduan daripada mana-mana pihak berhubung kes transaksi pembayaran secara rawak melalui ‘direct debit’ ke atas pemilik akaun bank CIMB.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad, berkata buat masa ini polis meminta pelanggan merujuk bank terlebih dahulu.
“Setakat ini tiada laporan polis diterima. Pelanggan boleh membuat aduan kepada pihak bank dan mendapatkan penjelasan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai caj secara rawak CIMB ke atas akaun pelanggannya.
Ada segelintir pengguna media sosial termasuk di Twitter turut memuat naik salinan rakam layar transaksi ‘direct debit’ dalam akaun bank masing-masing menunjukkan transaksi yang berlaku membabitkan nilai antara bawah RM10 hingga ribuan ringgit.
Kebanyakannya mendakwa tidak mengetahui untuk apa transaksi berkenaan dibuat sedangkan tidak pernah membuat sebarang bayaran atau aturan pembayaran secara automatik menggunakan akaun CIMB mereka.
Sementara itu, CIMB Bank Bhd (CIMB) dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan transaksi ‘direct debit’ yang tular di media sosial adalah urus niaga kad debit yang sah yang dibuat pelanggan.
Bank itu menjelaskan insiden terpencil itu adalah disebabkan transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan atau perkhidmatan penstriman dalam talian.
Bagaimanapun, katanya, transaksi berkenaan dilabel semula sebagai ‘direct debits’ menyebabkan kekeliruan kepada pelanggannya.
“Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kami akan menghubungi pelanggan yang terbabit secara langsung,” katanya.
Sumber: Bharian.
by Faiz Riziq | Mar 31, 2020 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Wabak pandemik COVID-19 memberi impak yang besar kepada ekonomi global. Secara mendalam, status kewangan individu serta SME amat terkesan dengan wabak ini.
Bagi pelanggan yang meminjam pembiayaan peribadi, pinjaman motor, serta barang anda layak penangguhan pembayaran selama 1 bulan secara automatik bermula 1 April 2020 dari Aeon Credit. Tidak perlu memohon apa-apa. Pelanggan juga tidak dikenakan sebarang caj.
Kecuali kredit kad, dimana anda boleh menukarkan baki kad kredit kepada pinjaman berjangka selama 36 bulan. Anda boleh hubungi pihak AEON CREDIT untuk memohon perkara ini.
Sebarang pertanyaan, anda boleh melyari laman sensawang www.aeoncredit.com.my.
Recent Comments