Bekukan Gaji Pengurusan, Kos Operasi Dikurangkan – Grab

Bekukan Gaji Pengurusan, Kos Operasi Dikurangkan – Grab

Grab Holdings, firma teknologi Asia Tenggara yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pengangkutan dan makanan kini dimaklumkan sedang laksana langkah penjimatan kos bagi depani ketidaktentuan ekonomi semasa. Menurut notis firma tersebut, langkah penjimatan ini turut merangkumi tindakan membekukan pengambilan pekerja, menghentikan pembayaran gaji pengurusan kanan serta mengurangkan kos perbelanjaan operasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Anthony Tan pada notis memaklumkan usaha ini adalah langkah persediaan Grab untuk memasuki tahun 2023, bagi memperkasakan pertumbuhan yang lebih menguntungkan. Berdasarkan prestasi semasa, Grab pada tahun suku ketiga 2022 berjaya mencapai tahap kerugian yang lebih kecil dengan nilai $342 juta dan berjaya meningkatkan segmen penghantaran makanan serta runcit lebih awal berbanding sasaran firma. Selanjutnya menyasarkan pertumbuhan pendapatan tahunan mencapai $1.35 bilion kelak.

Thailand Mempunyai Kuasa Membeli Dari Rakyat Malaysia

Thailand Mempunyai Kuasa Membeli Dari Rakyat Malaysia

Malaysia terus menjadi sumber penting bagi segmen pelancong di Thailand, apabila jumlah pelancong negara ke sana kini telah mencapai lebih 1 juta pelancong, bermula Januari sehingga Oktober 2022. Lebih menarik, pergerakan ini tidak hanya disumbangkan melalui khidmat penerbangan, tetapi turut merangkumi perjalanan melalui bas, kereta api serta kereta persendirian.

Pejabat Penguasa Thailand (TAT) memaklumkan, kehadiran pelancong Malaysia penting untuk sektor pelancongan mereka susulan kuasa beli pengguna negara yang tinggi. Dijangka menjelang akhir tahun ini, jumlah pelancong Malaysia ke Thailand akan meningkat sekitar 1.8 juta pelancong.

IMF Tidak Lulus Dana

IMF Tidak Lulus Dana

Sri Lanka, negara yang kini sedang bergelut akan beban hutang yang tinggi dijangka tidak akan menerima pembiayaan $2.9 bilion pada akhir tahun ini. Susulan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dimaklumkan tidak akan membincangkan langkah penyelamatan Sri Lanka itu pada bulan ini.

Menurut Reuters, dana tersebut mungkin tidak diluluskan seperti apa yang dijangka oleh Sri Lanka dan pembiayaan menyelamat itu disasarkan akan berlanjutan sehingga Januari 2023. Langkah lanjutan ini diperkukuhkan lagi apabila tiada sebarang perbincangan dilaksanakan IMF berhubung Sri Lanka pada akhir Disember ini.

Menerusi pembiayaan itu, IMF dimaklumkan akan menekankan kepentingan rundingan bersama tiga pemiutang yang terlibat iaitu China, Jepun dan India.

Berdasarkan permohonan dana itu, Sri Lanka meletakkan sasaran untuk tingkatkan hasil cukainya kepada 15% daripada KDNK menjelang 2026 – bagi meningkatkan aliran tunai dan pelunasan hutang.

Kejatuhan Saham Tesla, Bukan Lagi Orang Terkaya Di Dunia – Elon Musk

Kejatuhan Saham Tesla, Bukan Lagi Orang Terkaya Di Dunia – Elon Musk

Elon Musk, pemilik disebalik sejumlah syarikat, termasuk Tesla, SpaceX dan juga Twitter kini dilihat jatuh ke tangga kedua manusia paling kaya di dunia. Punca utama kejatuhan ini adalah kerana penurunan nilai saham Tesla kebelakangan ini.

Menerajui senarai manusia terpaling kaya di dunia adalah Bernard Arnauil. Mengikut kekayaan semasa, beliau mempunyai kekayaan berjumlah $171 biliion, berbanding dengan Elon Musk sebanyak $164 bilion.

Bernard Arnault merupakan pengasas bersama untuk syarikat LVMH yang terkenal dengan jenama mewah Louis Vuitton.

Menduduki tangga ketiga adalah Gautam Adani dengan kekayaan berjumlah $125 bilion, dan Jeff Bezos bersama Bill Gates dengan nilai kekayaan sama sebanyak $116 bilion di tangga ke-4.

CITI Group Bakal Memberhentikan Pekerja

CITI Group Bakal Memberhentikan Pekerja

Citigroup ketika ini dalam perancangan untuk memberhentikan sebilangan petugasnya, dimaklumkan jumlah kecil tersebut kurang daripada 1% pekerja yang bakal terjejas di rantau Eropah, Timur Tengah dan Afrika.

Mengikut Reuters, langkah tersebut adalah tindak balas kumpulan berhubung ketidaktentuan ekonomi susulan kadar faedah yang tinggi, diikuti tekanan inflasi beserta ketidakpastian kesan perdagangan Ukraine-Rusia.

Berdasarkan laporan, pembuangan ini akan melibatkan kedudukan pengurusan tertinggi dan terdapat juga tindakan pemberhentian secara sukarela.

Setakat ini, Citi memiliki sekitar 6,000 pekerja merentasi segmen perbankan pasaran modal dan bahagian khidmat pengaturcara di seluruh dunia. Manakala pendapatan operasi pada suku ketiga telah memaparkan penyusutan lebih satu perlima daripada suku sebelumnya dan prestasi pendapatan tahunan pula telah merosot 64%.

Online
Hi! Boleh kami bantu?