by Faiz Riziq | Jan 3, 2023 | Luar Negara, English & Other Country
Setelah diberi lanjutan masa untuk mengemukakan penyata kewangan bersama laporan juruaudit bagi penilaian kewangan berakhir 30 Jun lalu, Serba Dinamik kini gagal mengemukakannya. Ini bermakna mulai (23 Disember) saham urus niaganya akan digantung.
Mengikut makluman kepada Bursa Malaysia, fasa audit itu masih belum selesai kerana terdapat beberapa isu berbangkit. Pihaknya menjelaskan akan laksana pengumuman seterusnya jika terdapat perkembangan kelak. Disebabkan gagal kemukakan laporan tahunan 2022 pada hari ini (22 Disember) maka dagangan saham Serba Dinamik akan digantung pada jam 9 pagi esok sehingga notis selanjutnya dimaklumkan Bursa.
by Faiz Riziq | Jan 3, 2023 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Dalam menangani masalah scam yang makin berleluasa, kini OCBC perkenal sebuah ciri baharu, dinamakan OCBC Kill Switch. Melalui ciri ini, pengguna boleh mengaktifkannya, sekaligus ia akan membekukan akaun bank dan juga kad pengguna tersebut. Ini sekaligus mengelak sebarang transaksi wang keluar berlaku pada akaun dan kad pengguna tersebut.
Dengan langkah ini, pengguna boleh mengambil langkah proaktif dan membekukan akaun mereka apabila mereka mendapati sebarang aktiviti yang mencurigakan berlaku. Sebaik sahaja ia diaktifkan, semua transaksi akan dibekukan, termasuk secara digital, melalui ATM, atau cawangan OCBC.
Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu membuat panggilan ke talian 03-8317 5000 dan memilih pilihan “8”. Pengguna juga seterusnya boleh nyah-beku OCBC Kill Switch, dan mengembalikan akaun mereka seperti biasa selepas itu.
by Faiz Riziq | Jan 3, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Tahun 2023 ketika ini digambarkan bakal menjadi tahun yang sukar buat ekonomi dunia, apabila satu pertiga daripadanya dijangka berdepan kemelesetan.Jangkaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) itu didasari pada aliran ekonomi besar seperti Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah dan China yang disasar akan bergerak lebih perlahan pada tahun ini.
Situasi tersebut secara langsung akan memberi kesan kepada negara-negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, antaranya Malaysia. Selain tekanan inflasi, kadar faedah, perang perdagangan dan ketirisan sumber – ekonomi global turut dibebani dengan penularan COVID-19 di China yang kekal meruncing. Rentetan tekanan ketidaktentuan ini, menurut laporan CBC IMF telah bertindak mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi global 2023 pada Oktober lalu kepada sekitar 2.7%.
by Faiz Riziq | Dec 16, 2022 | Luar Negara, English & Other Country
Tan Sri Syed Mokhtar, kini dilihat sedang mempertimbangkan aturan strategik bagi penyatuan kepentingannya dalam DRB-Hicom. Mengikut laporan Bloomberg, tinjauan tersebut bagaimanapun masih diperingkat awal dan tiada sebarang keputusan muktamad dicapai. Setakat ini TS Syed Mokhtar memiliki 56% pegangan pada DRB-Hicom dan firma tersebut kini memiliki nilai pasaran berjumlah RM2.9 bilion.
Sekiranya TS Syed Mokhtar bertindak memiliki hak pegangan DRB-Hicom sepenuhnya, langkah ini akan mengukuhkan lagi spekulasi sebelum ini yang menjangkakan penswastaan pada DRB-Hicom turut dilaksanakan.
Ia akan menjadi tindakan yang sama setelah pihaknya menyahsenarai MMC Corp daripada bursa tempatan dan telah diambil alih secara persendirian pada 2021. Bagaimanapun setakat ini pihak DRB-Hicom bersama TS Syed Mokhtar tidak memberi sebarang maklum-balas berhubung tindakan tersebut. Buat pengetahuan umum DRB Hicom ketika ini memiliki pegangan 50.1% pada Proton, diikuti 70% Bank Muamalat dan 54% pula pada Pos Malaysia.
by Faiz Riziq | Dec 16, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Bank Negara Malaysia (BNM), dijangka kekal menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada Januari 2023 kelak, susulan langkah Perbendaharaan (Fed) AS dilihat akan terus meningkatkan kadar faedahnya dalam makluman semalam.
Kenaikan itu sekaligus akan berpotensi melihat paras OPR negara mencapai 3.00% pada Januari 2023. Menurut pemerhati MIDF Research, langkah peningkatan ini tidak hanya berlaku disebabkan langkah Fed tetapi turut bergantung kepada asas ekonomi domestik Malaysia. Yang mana akan diukur berasaskan tekanan inflasi peringkat domestik, di samping kedudukan Ringgit negara.
Meskipun aliran inflasi dilihat semakin perlahan namun ia tidak memberi keyakinan sepenuhnya untuk melandaikan tekanan kos semasa, maka peningkatan kadar faedah atau dinaikkan paras sebelum pandemik wajar diteruskan. Untuk Malaysia, sejak Mei lalu negara telah meningkatkan paras OPR sebanyak 4 kali yang kini mencapai paras 2.75% dan setakat ini negara telah alami kenaikan OPR sekitar 100 bps bagi sepanjang tahun 2022.
Recent Comments