Hutang Negara Membangun Kini Naik Lebih Dua Kali Ganda – Bank Dunia

Hutang Negara Membangun Kini Naik Lebih Dua Kali Ganda – Bank Dunia

Bank Dunia terus memberi isyarat bahawa risiko ketidaktentuan ekonomi akan terus meningkat dari semasa ke semasa – apabila negara membangun kini mencatatkan kenaikan paras hutang dua kali ganda kepada $9 trilion pada tahun 2021.

Krisis hutang ini terus melonjak dalam tempoh 10 tahun lalu. Namun perlu diakui tindakan pinjaman berganda adalah hasil tindak-balas negara susulan ekonomi global alami ketirisan ketika fasa pandemik COVID-19, dua tahun lalu.

Maka pendekatan komprehensif diperlukan untuk mengurangkan hutang, meningkatkan ketelusan dan memudahkan penstrukturan semula yang lebih pantas – supaya negara boleh memberi tumpuan kepada perbelanjaan yang menyokong pertumbuhan dan mengurangkan kemiskinan.

Buat pengetahuan umum, selain situasi peningkatan hutang negara membangun – turut didapati negara termiskin yang layak meminjam daripada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA) pula kini perlu membelanjakan lebih sepersepuluh daripada hasil eksport mereka untuk membayar hutang luar negeri jangka masa panjang. Data itu adalah paras perbelanjaan tertinggi sejak 2000.

Perbankan Menunjukkan Prestasi Terus Teguh 2022

Perbankan Menunjukkan Prestasi Terus Teguh 2022

Walaupun berdepan tekanan ketidakpastian global, prestasi bank-bank di Malaysia kekal menawarkan perkhidmatan yang stabil, disamping terus menyokong permintaan pengguna di pasaran.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), ia dapat diperhatikan apabila sistem perbankan negara berjaya kekalkan kemudahan tunai dengan merekodkan nisbah liputan kecairan sebanyak 152.5% pada September lalu. Secara langsung ia menyokong aktiviti pengantaraan.

Pengukuhan ini turut disokong hasil pertumbuhan deposit yang positif serta agregat nisbah pinjaman kepada dana juga yang semakin naik dipaparkan iaitu 82.5%.

Malah kenaikan OPR sebanyak 4 kali kepada 2.75% juga dilihat telah memberi manfaat kepada sektor perbankan bersama margin faedah bersih yang dijangka akan terus meningkat.

Untuk makluman dalam tempoh 9 bulan tahun 2022, aliran pinjaman negara telah memaparkan kenaikan 6.4% dari tahun ke tahun dan 0.6% bagi bulan ke bulan. Aliran pinjaman ini bagi tahun 2023 disasarkan akan meningkat pada paras pertumbuhan 5.0%-6.0%.

Ekonomi Negara Asean Dijangka Suram Awal 2023, Malaysia Berdaya Saing

Ekonomi Negara Asean Dijangka Suram Awal 2023, Malaysia Berdaya Saing

Aliran ekonomi di awal tahun 2023 bakal menyaksikan kelembapan pertumbuhan dalam kalangan negara Asia. Situasi ini disokong susulan tekanan inflasi dan risiko gangguan rantaian bekalan serta perubahan iklim semasa.

Mengikut tinjauan ICAEW, Institut Akuantan Bertauliah England dan Wales ia memperincikan kemerosotan dijangka berlaku untuk dua suku pertama tahun 2023 ke atas negara Asia dan seterusnya tekanannya itu akan semakin berkurangan.

Antara yang akan memperlihatkan kesan menurun mendadak dalam tempoh berkenaan adalah negara berorentiasikan eksport Asia iaitu Korea dan Taiwan yang akan alami penurunan 40% pada pertumbuhan eksport. Secara asasnya penurunan hasil pengeluaran pada ekonomi maju turut akan menghalang pertumbuhan pengeluaran negara Asia.

Mengikut jangkaan pertumbuhan, negara Asia Tenggara akan menyaksikan kadar pemulihan yang lebih perlahan pada 2023 – antaranya Malaysia.

Setakat ini pada pengamatan nisbah hutang, Malaysia menjadi antara negara memiliki nisbah hutang kasar kerajaan kepada KDNK yang tertinggi di rantau Asia – susulan defisit belanjawan tidak disasarkan menurun dengan tinggi menyebabkan ruang fiskal lebih terhad untuk imbangi dasar.

Sementara sasaran pertumbuhan untuk tahun 2022 pula, Malaysia memperlihatkan prestasi dan unjuran yang positif dalam penilaian ekonomi. Di mana meningkat 9.2% berbanding negara Asean lain, akan tetapi tahun 2023 menjadi negara kedua terendah, lebih perlahan dan menyusut dalam meraih pertumbuhan ekonomi – sekitar 2.7%.

 

Sebanyak RM560 Juta Malaysia Telah Rugi Akibat Jenayah Siber

Sebanyak RM560 Juta Malaysia Telah Rugi Akibat Jenayah Siber

Tahun lalu sahaja, Malaysia berdepan dengan rekod lebih 20,0000 kes jenayah siber yang membawa kerugian kepada RM560 juta. Berlandaskan tinjauan Suruhanjaya Sekuriti (SC) itu, untuk sepanjang tahun ini terdapat juga beberapa kes jenayah serangan siber berprofil tinggi berlaku seperti pencerobohan data iPay88 dan AirAsia. Ia sekaligus memperlihatkan risiko ancaman siber semakin melonjak pada era ini.

Selain rekod tersebut, Malaysia pada Mei lalu turut berdepan dakwaan ketirisan data peribadi melibatkan 22.5 juta rakyat Malaysia di bawah platform myIDENTITI API yang membolehkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengakses data warganegara. Serangan sedemikian secara langsung tidak hanya mendatangkan kerugian bahkan mampu mengugat reputasi firma terlibat.

Maka menangani risiko ini, SC di bawah Pelan Induk Pasaran Modal 3 akan menjadi inisiatif meningkatkan kesejahteraan daya tahan siber negara. Antaranya :

  • Perkukuhkan keupayaan perisikan SC dan industri untuk meningkatkan kesediaan terhadap potensi pelanggaran dan ancaman yang akan berlaku
  • Bangunkan pendekatan untuk memperkukuh keupayaan pertahanan siber industri
  • Merangka kerja untuk mengawal risiko teknologi secara lebih holistik

Selain penerapan pelan ini, SC turut memaklumkan pengeluaran Rangka Kerja Pengawalseliaan baharu Pengurusan Risiko Teknologi akan dilaksanakan pada awal tahun 2023 – melalui rangka kerja itu ia berperanan tingkatkan ketahanan pasaran modal dengan mengesan serta mengurangkan risiko yang hadir bersama teknologi baharu.

Usaha ini akan membantu Malaysia meningkatkan lagi tahap sekuriti untuk melindungi pelabur dan pasaran negara.

Sebanyak 58% Rakyat Malaysia Tidak Memilih Ansuran

Sebanyak 58% Rakyat Malaysia Tidak Memilih Ansuran

Meskipun khidmat Bayar Nanti Pakai Lekas (BNPL) di negara semakin melonjak, perlu disedari masih terdapat 59% rakyat Malaysia yang tidak menggunakan produk tersebut.

Tinjauan RMFLS2022 dapati kumpulan responden ini melihat tiada kepentingan konkrit yang memperuntukkan mereka untuk menggunakan BNPL. Di mana 44% lebih gemar melaksana pembayaran penuh, diikuti kebimbangan terlepas bayaran dan pengenaan caj kelewatan bayaran (40%), perkhidmatan jenama tidak menawarkan bayaran secara BNPL (7%), miliki tanggapan kurang memuaskan (3%) dan faktor lain (5%).

Sementara 41% rakyat Malaysia yang menggunakan BNPL pula, 19% daripadanya mengakui penggunaan tersebut didorong untuk membantu kumpulan responden ini menguruskan perbelanjaan mereka, diikuti 18% pula gemar akan ganjaran yang dimiliki bagi setiap transaksi dan 15% pula akui tidak mampu laksana pembayaran penuh, memilih ansuran.

Melihat pada dinamik tersebut, tinjauan turut merumuskan rata-rata penggunaan BNPL dilaksanakan bagi pembelian barangan elektronik dan peranti pintar (45%), barangan kediaman (29%) dan kosmetik, fesyen (23%).

 

 

 

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?