Belanjawan 2025: Pemotongan Cukai Dicadangkan bagi Pemilik Haiwan Peliharaan

Belanjawan 2025: Pemotongan Cukai Dicadangkan bagi Pemilik Haiwan Peliharaan

Peningkatan kos semasa ketika ini tidak sekadar memberi tekanan kepada individu bahkan turut memberi kesan ke atas keperluan kebajikan buat haiwan peliharaan – yang memerlukan suatu perbelanjaan konsisten pada setiap bulan. Menerusi kesan tersebut, kini terdapat cadangan pelepasan cukai wajar disediakan ke atas pemilik haiwan peliharaan bagi meringankan kos tanggungan mereka.

Jelas laporan bersama Persatuan Haiwan Malaysia ini, pengecualian seperti cukai pendapatan dan penawaran subsidi bagi pemotongan harga barangan haiwan peliharaan adalah suatu tindakan wajar yang boleh dilaksanakan.

Usaha ini sekaligus turut akan memberi nilai-tambah kepada perbelanjaan barangan dan perkhidmatan berkaitan haiwan di pasaran negara.

Susulan setakat 2021 sahaja, menurut data Rakuten didapati lebih 50% penduduk Malaysia miliki haiwan peliharaan dan hanya 41% sahaya tidak memiliki tanggunjawab tersebut. Melihat pada peratusan itu, cadangan ini secara langsung akan meningkatkan tahap kesejahteraan haiwan peliharaan di negara.

Sejak 2006, Terdapat 26 Negara Termiskin Kini Berdepan Krisis Kewangan Terburuk – Bank Dunia

Sejak 2006, Terdapat 26 Negara Termiskin Kini Berdepan Krisis Kewangan Terburuk – Bank Dunia

Dikala terdapat beberapa negara memperlihatkan pemulihan pada pertumbuhan di pasaran, masih terdapat sebilangan negara berdepan masalah kewangan yang getir. Mengikut tinjauan Bank Dunia, terdapat 26 buah negara termiskin di dunia kini berdepan isu kewangan yang lebih teruk, sejak tahun 2006.

Buat pengetahuan umum, jumlah kumpulan negara ini mewakili 40% penduduk paling miskin di dunia – di mana sebagai perincian kumpulan ini mencatatkan pendapatan per kapita tahunan kurang dari $1,145. Tidak hanya itu, secara puratanya didapati nisbah hutang KDNK negara ini adalah sekitar 72% dan ia adalah rekod tertinggi dalam tempoh 18 tahun.

Lebih membimbangkan, separuh daripada senarai adalah berdepan dengan tekanan hutang. Antara negara yang terlibat meliputi Burundi, Malawi, Congo, Burkina Faso dan Uganda.

Maka bagi melandaikan tekanan tersebut, Bank Dunia kini dalam usaha mengumpul dana sekitar $100 bilion bagi mengisi semula tabung pembiayaan buat negara termiskin ini menerusi Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA). Tindakan pengisian semula dana ini, susulan tahap kebergantungan ke atas ini telah mulai meningkat secara berkala.

Siri GROW Diperkenalkan Oleh AKPK, Bantu Rakyat Malaysia Bebas Jerat Kewangan

Siri GROW Diperkenalkan Oleh AKPK, Bantu Rakyat Malaysia Bebas Jerat Kewangan

Bersempena bulan literasi kewangan tahun ini, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) kini tampil dengan siri pendidikan ekonomi bagi menambah-baik pengetahuan urusan kewangan kalangan rakyat Malaysia. Siri GROW ini dimaklumkan menampilkan 4 terbitan sumber rujukan.

Ianya meliputi  pendedahan pengetahuan, kenalpasti potensi, mengoptimumkan sumber dan pengaturan kekayaan di hari tua.

Menerusi siri tersebut, AKPK ingin memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan tentang simpanan, belanjawan, nilai bersih dan skor kredit yang sihat. Diikuti membimbing pekerja muda berkenaan mengurus pinjaman dan kad kredit, membina dana kecemasan dan mempelajari asas pelaburan. Seterusnya membimbing keluarga untuk memaksimumkan sumber kewangan mereka demi masa depan yang terjamin dan mampan melalui instrumen perlindungan dan pelaburan yang betul, manakala yang keempat memberikan panduan kepada bakal pesara tentang cara merancang persaraan, mengurus harta pusaka dan mengoptimumkan simpanan KWSP.

Seperti yang umum sedia maklum, masih terdapat lebih daripada separuh penduduk dewasa yang bekerja berdepan dengan kekangan simpanan susulan tekanan komitmen yang perlu dipenuhi. Lebih membimbangkan terdapat tinjauan menyimpulkan hanya 33% rakyat negara menyimpan lebih RM500 setiap sebulan sementara 53% pula bergantung sepenuhnya pada pendapatan mereka untuk komitmen bulanan.

Ini bermakna kapasiti menyimpan kalangan penduduk negara kekal terhad dan menunjukkan literasi kewangan masih lagi di paras yang rendah untuk membina status kewangan yang lebih baik pada pasaran semasa.

30% Sahaja Rakyat Malaysia Memiliki Insuran Kesihatan

30% Sahaja Rakyat Malaysia Memiliki Insuran Kesihatan

Tatkala jumlah populasi negara kian meningkat dengan jangkaan seramai 34.1 juta penduduk pada tahun 2024 – didapati masih ramai pihak tidak memiliki perlindungan diri, setakat ini sahaja, hanya 30% rakyat negara diteliti memiliki perlindungan berkaitan insurans kesihatan. Menyedari kelompongan itu, insureKU ingin bertindak selaku penyedia perlindungan untuk menutup jurang tersebut di Malaysia.

insureKU buat pengetahuan umum – adalah platform agregasi digital insurans dan takaful menyeluruh yang pertama dilancarkan di Malaysia, di mana medium ini akan menjadi suatu platform sehenti berhubung penawaran produk perlindungan di pasaran negara.

Bersama 19 rakan penyedia insurans dan takaful, InsureKu memaklumkan kini pengguna Malaysia boleh meraih akses perlindungan dengan lebih pantas. Antara penawaran perlindungan yang akan tersedia adalah melibatkan perlindungan perjalanan, kesihatan, jaminan barangan serta perlindungan untuk kumpulan peniaga. Lebih menarik, insureKU turut akan melancarkan aplikasi buat kemudahan pengguna menjelang tahun 2025.

Ketika ini, ketersediaan produk perlindungan boleh diakses menerusi portal rasmi InsureKu, ini termasuklah proses menjejaki tuntutan perlindungan bersama pengguna. Secara menyeluruh, adanya akses digital berhubung keperluan perlindungan di bawah insureKU – aturan ini akan meningkatkan lagi penyertaan lebih ramai penduduk negara pada akses insurans. Ini kerana masih terdapat 60% pengguna kekal tidak memahami akan kepentingan miliki perlindungan di masa hadapan.

Mata Wang Ringgit Mengukuh Pada Tahap 14.4%, Antara Yang Terbaik Global – BNM

Mata Wang Ringgit Mengukuh Pada Tahap 14.4%, Antara Yang Terbaik Global – BNM

Nilai mata wang negara terus mempamerkan prestasi yang membrangsangkan – apabila menjadi antara mata wang yang berprestasi terbaik dalam pasaran global dengan pengukuhan 14.4% berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi suku ketiga tahun ini.

Prestasi ini menurut pengamatan Bank Negara Malaysia (BNM) antaranya disokong langkah Rızan Persekutuan AS (Fed AS) akan pengurangan 50 mata asas kadar dasar semasa. Malah aturan menggalakkan melibatkan penukaran hasil pendapatan asing oleh syarikat berkaitan kerajaan, pelaburan syarikat berkaitan kerajaan dan korporat turut mengukuhkan lagi prestasi negara.

Di mana ia menyumbang kepada kecairan pasaran pertukaran mata wang asing domestik yang mencukupi, yang mencatatkan purata volum harian sebanyak $17.6 bilion. Tidak hanya itu, keyakinan pelabur terhadap Malaysia yang bertambah baik juga memberi nilai tambah kepada prestasi semasa.

BNM melihat adanya penglibatan pelabur yang seimbang bersama pentadbiran negara – ia  memberi manfaat dalam meningkatkan kesedaran tentang Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik, dan memberi cerminan tegas akan matlamat dan konsistensi dasar Malaysia yang berterusan dalam sektor ekonomi.

Online
Hi! Boleh kami bantu?