by Faiz Riziq | Feb 13, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan
Ternyata sekitar 30% rakyat negara akui, tanggungjawab hutang ketika ini dilihat membebankan aliran tunai mereka dalam jangka masa panjang. Dapatan Bank Negara Malaysia (BNM) berlandaskan Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan (FCI) 2021 itu, turut menjelaskan perolehan hutang sebahagiannya telah disumbang hasil gaya hidup yang tidak sihat di awal permulaan kerjaya. Iaitu berbelanja melebihi daripada kemampuan bulanan, ini secara langsung menjerumuskan segelintir rakyat ke paras hutang yang membebankan – ini merangkumi pinjaman peribadi, kenderaan dan perumahan.
Perkongsian BNM pada sidang Cabaran Kesejahteraan Sosial baru-baru ini turut memperincikan sekitar 47% rakyat Malaysia menghadapai kesukaran menyediakan dana kecemasan sebanyak RM1,000. Ini sekaligus mencerminkan kadar simpanan rakyat juga semakin berkurangan.
Selain itu, terdapat satu pertiga rakyat juga akui tidak berminat untuk dapatkan sokongan insurans atau perlindungan takaful. Di samping 60% turut akui keperluan takaful dan insurans ini dikategorikan sebagai sokongan mewah dan mahal.
Data ini secara langsung membenarkan dapatan UOB bahawa ekonomi Malaysia masih bergantung kepada perbelanjaan isi rumah. Ia bermakna, perolehan tunai bulanan akan diagihkan mengikut keutamaan termasuklah pembiayaan pada skim kesejahteraan.
by Faiz Riziq | Feb 13, 2023 | Tips, Tinjauan & Statistik
Selepas meninggalnya seseorang, perkara pertama yang perlu disegerakan adalah urusan pengebumian jenazah. Kos dan perbelanjaan pengebumian ini perlu ditanggung oleh pusaka si mati. Antara kos-kos yang perlu ditanggung melalui harta pusaka si mati ialah:
- pembelian kain kafan,;
- pembelian kelengkapan mandian;
- upah gali kubur;
- upah pengangkutan jenazah;
- lain-lain kos berkaitan pengebumian
Kos dan perbelanjaan lain yang sering masyarakat melayu belanjakan untuk tujuan kenduri tahlil, bayaran duit saguhati kepada individu yang bersolat untuk jenazah, upah batu nisan bukanlah tanggungan harta pusaka si mati dan tidak boleh mengunakan harta puska simati untuk membiayai kos dan perbelanjaan tersebut.
Kita perlu jelas bahawa kenduri tahlil tidak wajib dan tidak termasuk dalam perkara-perkara yang wajib dilaksanakan dalam pengurusan jenazah. Tidak salah untuk waris membuat kenduri tahlil, tetapi ia menjadi satu kesalahan jika mereka menggunakan harta peninggalan si mati untuk menanggung kos kenduri tahlil tersebut tanpa persetujuaan semua waris Faraid. Walaubagaimanapun ia adalah dibenarkan dan halal bagi tujuan tersebut jika semua waris Faraid simati bersetuju untuk menggunakan harta peninggalannya bagi membiayai kenduri tahlil dengan syarat semua waris Faraid si mati itu waras atau dewasa. Jika ada dikalangan waris tersebut yang tidak waras atau kanak-kanak di bawah umur maka tidak dibenarkan.
by Faiz Riziq | Feb 11, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Untuk memastikan kekuatan tunai rakyat negara kekal terpelihara, selain daripada usul membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – pentadbiran negara tidak lama lagi akan berkongsikan peluang buatt golongan B40 untuk jana pendapatan tambahan.
Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada laporan selain usaha itu, langkah untuk mengurangkan beban hidup rakyat juga akan dimaklumkan pada pembentangan Belanjawan 2023 kelak. Ini termasuklah usaha negara untuk merangka dasar yang jelas melibatkan pertumbuhan gaji menerusi Kajian Separuh Penggal RMK-12 ketika ini.
Melalui rangka yang kukuh bagi tempoh 2 tahun hingga 5 tahun, ia akan memberi jaminan kepada kenaikan gaji rakyat negara, yang seharusnya tidak bersandarkan kepada pasaran semata-mata.
Gambaran awal ini sekaligus turut bertujuan memastikan kesejahteraan simpanan hari tua rakyat negara dapat dipertingkatkan untuk mendepani tekanan kos sara hidup semasa. Setakat ini, makluman awal itu akan diperincikan setelah pembentangan Belanjawan 2023 dilaksanakan.
by Faiz Riziq | Feb 10, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country, Tips, Tinjauan & Statistik
Susulan persekitaran ekonomi luaran disasar lebih mencabar pada tahun ini, ia secara langsung membawa kepada perkembangan yang lebih sederhana pada pertumbuhan negara dan ia juga dijangka akan mengekalkan paras inflasi Malaysia kekal tinggi pada 2023.
Makluman Bank Negara Malaysia (BNM) pada tinjauan Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Suku Keempat 2022 hari ini, didapati paras inflasi keseluruhan negara yang menjadi lebih sederhana namun kekal di paras tinggi.
Tekanan tersebut didorong atas faktor kesan asas yang rendah pada 6 bulan pertama 2022 sebelum, menjadikan kawalan harga dan subsidi bahan api ketika ini masih tidak seimbang. Sekaligus membawa kepada paras inflasi yang tinggi.
Tidak hanya itu, aliran inflasi juga dilihat bergantung kepada perubahan dasar sesebuah negara dan perkembangan harga komoditi global. Maka secara langsung potensi untuk berlakunya sebarang kejutan ekonomi adalah besar.
Setakat ini, kos inflasi negara di paras 3.8% sedikit menurun namun paras kos makanan di pasaran masih tinggi. Dan sebagai perbandingan, Malaysia menjadi negara Asia Tenggara kedua terendah pada paras inflasi selepas Brunei dengan 3.1%, manakala ini paras negara Asia Tenggara lain;
- Vietnam (4.55%)
- Indonesia (5.5%)
- Thailand (5.89%)
- Singapura (6.5%)
- Filipina (8.1%)
by Faiz Riziq | Feb 10, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Tips, Tinjauan & Statistik
Walaupun kadar pengangguran negara semakin menurun sebanyak 1.9%, dengan pengurangan 11,400 individu kepada 600,500 individu setakat suku keempat 2022 lalu. Namun jumlah besar pengangguran di Malaysia dilihat terus didominasi oleh golongan belia.
Di mana mengikut data terbaru Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), berlandaskan kumpulan umur – ternyata bilangan penganggur berusia 15 tahun hingga 24 tahun mencatatkan sekitar 299,400 individu, diikuti 25-34 tahun (191,100 individu), 35-44 tahun (59,900 individu), 45-54 tahun (26,400 individu) dan 55-64 tahun (23,700 individu).
Meskipun kumpulan belia ini memaparkan jumlah yang besar, namun ia turut alami penurunan berbanding data sebelumnya sekitar 301,300 individu pada suku ketiga 2022. Sementara paras pengangguran mengikut negeri pula – menunjukkan kebanyakkan negeri telah memaparkan penurunan namun kadar pengangguran yang terendah telah diungguli di Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 1.6%, Perlis (2.2%), Pulau Pinang (2.3%), Johor (2.4%) dan Negeri Sembilan (2.6%).
Recent Comments