Selepas meninggalnya seseorang, perkara pertama yang perlu disegerakan adalah urusan pengebumian jenazah. Kos dan perbelanjaan pengebumian ini perlu ditanggung oleh pusaka si mati. Antara kos-kos yang perlu ditanggung melalui harta pusaka si mati ialah:

  • pembelian kain kafan,;
  • pembelian kelengkapan mandian;
  • upah gali kubur;
  • upah pengangkutan jenazah;
  • lain-lain kos berkaitan pengebumian

Kos dan perbelanjaan lain yang sering masyarakat melayu belanjakan untuk tujuan kenduri tahlil, bayaran duit saguhati kepada individu yang bersolat untuk jenazah, upah batu nisan bukanlah tanggungan harta pusaka si mati dan tidak boleh mengunakan harta puska simati untuk membiayai kos dan perbelanjaan tersebut.

Kita perlu jelas bahawa kenduri tahlil tidak wajib dan tidak termasuk dalam perkara-perkara yang wajib dilaksanakan dalam pengurusan jenazah. Tidak salah untuk waris membuat kenduri tahlil, tetapi ia menjadi satu kesalahan jika mereka menggunakan harta peninggalan si mati untuk menanggung kos kenduri tahlil tersebut tanpa persetujuaan semua waris Faraid. Walaubagaimanapun ia adalah dibenarkan dan halal bagi tujuan tersebut jika semua waris Faraid simati bersetuju untuk menggunakan harta peninggalannya bagi membiayai kenduri tahlil dengan syarat semua waris Faraid si mati itu waras atau dewasa. Jika ada dikalangan waris tersebut yang tidak waras atau kanak-kanak di bawah umur maka tidak dibenarkan.

Online
Hi! Boleh kami bantu?