Melabur hartanah memang nampak mudah dan menguntungkan akan tetapi tidak semua orang mendapat keuntungan seperti yang diinginkan walaupun sudah mempunyai banyak hartanah. Asas kepada pelaburan adalah mempunyai risiko termasuk juga pelaburan hartanah yang tidak lari dari masalah. Pelabur hartanah yang bijak sentiasa mempunyai rancangan atau strategi yang dipanggil Exit Plan. Strategi ini penting bagi memastikan pelaburan hartanah anda tidak mendapat kerugian yang sangat teruk. Saya kongsikan 2 jenis strategi Exit Plan yang anda perlu tahu apabila melabur dalam
hartanah.

1. Jual Bawah Harga Pasaran
Ramai yang menyangka harga rumah di Malaysia sentiasa naik setiap tahun.Kenyataan ini sebenarnya adalah kurang tepat kerana terdapat keadaan apabila harga rumah menjadi murah disebabkan beberapa faktor. Faktor yang menyebabkan harga rumah menjadi lebih murah adalah seperti penjual
terdesak untuk menjual, isu politik semasa, lambakan rumah untuk dijual dan lain-lain lagi. Keadaan ini menyebabkan penjual terpaksa menggunakan Exit Plan bagimemastikan pelaburan hartanah tersebut tidak merugikan secara maksimum 20% “loss value”. Menjual hartanah dibawah harga pasaran merupakan salah satu cara terbaik apabila anda terpaksa bersaing dengan ramai penjual rumah yang lain. Keadaan ini menarik minat pembeli untuk membeli rumah anda dengan lebih cepat.

2. Sewa dengan Murah
Apabila sesuatu kawasan mempunyai unit yang banyak, sewa rumah dikawasan tersebut biasanya adalah rendah. Hal ini kerana ramai pemilik rumah ingin menyewakan rumah mereka dengan cepat walaupun tidak menguntungkan. Jika anda merupakan salah satu pemilik rumah tersebut, anda juga mungkin terpaksa menyewakan rumah tersebut dengan kadar yang lebih murah. Melainkan anda sanggup untuk menunggu penyewa lebih lama lagi.
Semua Exit Plan diatas boleh digunakan apabila anda merasakan hartanah yang anda beli sebenarnya membebankan diri anda.

Online
Hi! Boleh kami bantu?