Arena perniagaan atas talian di Malaysia, dilihat semakin membrangsangkan susulan lebih ramai peniaga tradisional mula memahami akses tersebut di samping sokongan pendigitalan semakin meluas. Namun tatkala eksosistem ini kian rancak, terdapat pula cabaran lain yang perlu diatasi – antaranya kesan kenaikan kos penghantaran.

Mengikut dapatan Milieu, 82% pembeli atas talian di pasaran negara tidak mementingkan jenama syarikat penghantaran malah 44% daripada peratusan itu menjelaskan, tidak kisah akan syarikat penghantaran yang bertanggungjawab menghantar barangan mereka. Tetapi, berbeza dengan peningkatan kos yang dilaksanakan.

Di mana 73% pembeli akui, mereka akan bertindak mengurangkan pembelian sekiranya berlaku kenaikan kos penghantaran. Situasi ini secara jelas memberi ancaman kepada kelangsungan dan aktiviti industri dagangan atas-talian di Malaysia.

Tidak hanya pengguna bahkan para peniaga juga turut berdepan kesan yang tinggi. Antaranya 54% perniagaan menjangkakan keuntungan mereka akan berkurangan kesan kenaikan kos penghantaran, diikuti 58% pula bimbang situasi ini akan menjejaskan kelangsungan operasi mereka untuk jangka masa panjang.

Situasi ini untuk makluman sekadar melibatkan tindakan kenaikan kos penghantaran. Sekiranya melihat pada kualiti perkhidmatan penghantaran pula, terdapat kesan lain yang terpaksa didepani peniaga tempatan. Di mana 35% penjual melaporkan pihaknya kehilangan jualan secara langsung akibat kelemahan khidmat penghantaran. Ia sekaligus memberi cerminan yang kurang baik pada produk jualan mereka.

Maka langkah proaktif perlu dilaksanakan oleh semua pihak berkepentingan. Tinjauan akui walaupun terdapat sebilangan perkhidmatan kini telah hadir dengan jaminan penghantaran serta khidmata percuma – didapati masih terdapat kelompongan yang mengakibatkan kualiti penghantaran memberi kesan kepada pasaran.

Ketidakseimbangan ini menurut tinjauan memerlukan kebersamaan semua pihak berkuada dan industri – antaranya mengoptimumkan proses penghantaran, menamba-baik infrastruktur dan meningkatkan kecekapan operasi antara pihak logistik dan platform dagang atas talian. Usaha menyeluruh ini secara berkala akan membantu aktiviti ekonomi negara lebih konsisten dan memberi pulangan semula kepada peniaga serta pengguna.

Online
Hi! Boleh kami bantu?