Selaras dengan agenda negara untuk menampilkan paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) baru, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bersama Kementerian Ekonomi kini sedang meneliti aturan tersebut melalui kaedah pengukuran baharu sejak Januari 2022.
Semakan ini akan mengambilkira pelbagai faktor yang didepani oleh rakyat – melibatkan 92,000 isi rumah terpilih di negara. Antara aspek yang diteliti merangkumi situasi sosio-ekonomi semasa, pendapatan, perbelanjaan, pola permintaan, harga barangan dan perkhidmatan serta kesan kenaikan kos sara hidup semasa. Sebelum ini Kementerian Ekonomi pernah berkongsikan makluman – pelaksanaan itusedang dijalankan dan dijangka akan dipaparkan pada pertengahan tahun ini.
Menurut makluman secara lisan pada sidang Parlimen minggu ini, setakat akhir Februari lalu data eKasih menunjukkan terdapat 427,213 ketua isi rumah di Malaysia telah direkodkan pada kategori kemiskinan ini. Dan 124,519 ketua isi rumah adalah tergolong dalam miskin tegar, diikuti 302,694 ketua isi rumah pula dalam kategori miskin.
Selain usaha itu, kementerian sebelum ini turut memaklumkan akan menambah baik kaedah pengukuran kemiskinan melalui Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) – yang menyentuh pelbagai aspek seperti akses kesihatan, pendidikan dan kemudahan asas. Pada usaha ini, dijangka langkah membasmi tahap kemiskinan negara dapat direalisasikan seiring dengan agenda di bawah Rancangan Malaysia 12 bagi tempoh sehingga 2025 kelak.
Recent Comments