Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini memaklumkan jumlah pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2024 adalah melibatkan 4.75 sen seunit kepada pemegang unit dana harga tetapnya, Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3).

Pengagihan pendapatan ASM 3 ini menurut ASNB akan merangkumi pembayaran berjumlah RM837.89 juta dan akan memanfaatkan sejumlah 650,487 pemegang unit – meliputi pemegang 17.64 bilion unit.

Menurut ASNB, pengagihan 4.50 sen seunit ini telah mengatasi sasaran awal yang ditetapkan pada pulangan Deposit Tetap 12 Bulan Maybank pada paras 2.69% sebanyak 206 mata asas. Menerusi prestasi ini ia antaranya disumbangkan pada aliran dividen, pelaburan domestik dan antarabangsa.

Secara menyeluruh sejumlah RM820.32 juta pendapatan bersih direalisasikan bagi rekod ASM 3. Maka berlandaskan pengagihan tersebut, ASNB menjelaskan aturan itu akan dilaburkan semula secara automatik selaku unit tambahan pada akaun pengguna pada 1 Oktober ini.

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?