Selaras dengan kemajuan teknologi di Malaysia, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) kini mengumumkan pelaksanaan Lesen Kenderaan Motor (e-LKM) Digital dan Lesen Memandu Malaysia (e-LMM) Persendirian Digital berkuat kuasa hari ini (10 Februari).
Ini bermakna keperluan tampalan pelekat roadtax dan lesen memandu tidak lagi diwajibkan buat pengguna kereta dan motor persendirian sahaja – kumpulan ini hanya perlu memaparkan lesen digital tersebut Menerusi aplikasi MyJPJ. Pengumuman ini sejajar di bawah pengecualian pemaparan pelekat roadtax dan lesen di bawah Seksyen 127 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Maka orang awam diminta untuk memuat-turun aplikasi MyJPJ atau layari portal awam JPJ. Bagaimanapun untuk fasa pertama ini, penguatkuasaa itu hanya melibatkan lesen persendirian sahaja – selanjutnya akan diperluaskan kepada kenderaan syarikat dan perkhidmatan seru-pandu.
Lebih menarik tidak hanya lesen digital, MOT turut kelak akan mendigitalkan aktiviti pemantauan seperti semakan sekatan jalan raya dijangka kelak akan dilaksanakan secara digital melalui sokongan teknologi.
Sementara bagi pemandu dan pemilik kenderaan yang belum bersedia susulan kekangan peranti pintar atau kekurangan sambungan internet, kumpulan pengguna ini masih dibolehkan memperoleh dan mengekalkan amalan memapar pelekat / kertas LKM dan menggunakan kad fizikal LMM dalam tempoh interim, yang dijangka sehingga akhir tahun ini.
Recent Comments