Tahun lalu memperlihatkan berlakunya peningkatan rekod kes rasuah di negara, di mana meningkat 25.1% dengan kertas siasatan mencapai 1,026 diikuti rekod tangkapan pula 1,137. Tinjauan Jabatan Perangkaan (DOSM) pada Jenayah Indeks ini memperincikan aktiviti tuntutan palsu memaparkan peningkatan ketara dengan tangkapan 527 kes, diikuti aktiviti tuntutan palsu 293 kes, salah guna kedudukan (90), memberi rasuah (86) dan lain-lain kesalahan (141).
Rekod itu sekaligus memperlihat tangkapan bagi semua kesalahan rasuah telah meningkat pada 2023 kecuali kesalahan memberi rasuah menurun 6.5% berbanding tahun 2022.
Selain itu pada tinjauan indeks yang sama, turut didapati berlakunya peningkatan pada aktiviti jenayah atas talian dalam pasaran negara. Di mana jenayah pada platform e-dagang menjadi penyumbang tertinggi pada kategori tersebut dengan 33.2%. Disusuli jenayah telekomunikasi (30%), pelaburan tidak wujud (15.6%), pinjaman tidak wujud (12.3%), e-kewangan (6.1%) dan penipuan cinta (2.7%).
Menerusi aturan ini, DOSM melihat langkah kesedaran wajar dipergiatkan kepada pengguna negara bersama pihak berkuasa bagi mengekang berlakunya peningkatan ke atas jenayah kewangan. Aturan ini penting untuk memastikan tiada pihak ditindas dan semua masyarakat memahami akan kesan disebalik berlakunya isu jenayah tersebut. Usaha ini secara langsung akan meningkatkan perlindungan ke atas pengguna secara berkala di masa hadapan.

Recent Comments