by Faiz Riziq | Feb 9, 2023 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Tips, Tinjauan & Statistik
Statistik Kes Penceraian di Malaysia
Sepanjang tahun 2021, sebanyak 45,420 kes penceraian membabitkan pasangan beragama Islam telah didaftarkan di seluruh negara. Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 8,811 kes, diikuti Johor 5,058 kes, Perak 4,215 kes dan Kelantan 4,093 kes. Kedah merekodkan 3,873 kes penceraian, Pahang (3,409), Terengganu (3,358), Sabah (3,027), Wilayah Persekutuan (2,785), Negeri Sembilan (2,477), Pulau Pinang (1,932), Melaka (1,597) dan Perlis (785).
Situasi penceraian merupakan sesuatu kes yang sukar dijangka bagi pasangan baru dan pelbagai jenis faktor punca penceraian akan berlaku seperti tiada persefahaman antara pasangan, faktor kewangan, gagal menunaikan tanggungjawab memberi nafkah, pasangan curang dan campur tangan keluarga.
Sumber: Berita Harian, 2022
Bagaimana Penceraian Memberikan Kesan Kepada Pembahagian Harta Pusaka?
Suami dan isteri yang bercerai telah terputus hubungannya tiada hak diantara satu sama lain kecuali hak isteri didalam tempoh eddah iaitu nafkah eddah. Namun sekiranya suami atau isteri tersebut meninggal dunia dan tempoh eddah masih belum tamat maka setiap daripada mereka itu mempunyai hak mewarisi seperti yang dinyatakan di bawah.
Berapakah Bahagian Faraid Anda daripada Harta Pusaka Bekas Pasangan yang Meninggal Dunia?
Isteri yang telah diceraikan dan apabila bekas suaminya tersebut meninggal dunia di dalam tempoh eddah maka bekas isteri tersebut berhak mewarisi bahagian Faraid yang ditetapkan untuk isteri iaitu :
- Sebanyak 1/8 daripada harta pusaka suami, sekiranya suami tersebut mempunyai anak; atau
- Sebanyak 1/4 daripada harta Pusaka Suami, sekiranya suami tersebut tidak mempunyai anak
Sekiranya suami tersebut berpoligami dan mempunyai isteri lebih daripada seorang, maka bahagian yang ditetapkan untuk isteri seperti di atas akan diagihkan secara sama rata diantara isteri-isteri yang di tinggalkan Iaitu
- 1/16 (jika mempunyai 2 isteri),
- 1/24 (jika 3 mempunyai isteri) atau
- 1/32 (jika 4 mempunyai isteri)
Manakala bahagian yang diwarisi oleh suami sekiranya isteri yang diceraikan tersebut meninggal dunia dalam tempoh eddah adalah seperti berikut:
- Sebanyak 1/4 daripada harta pusaka isteri sekiranya isteri tersebut mempunyai anak; atau
- Sebanyak 1/2 daripada harta pusaka isteri sekiranya isteri tersebut tidak mempunyai anak
Bagaimana caranya untuk tuntut bahagian harta pusaka?
Anda bolehlah membuat permohonan tuntutan Harta Sepencarian di Mahkamah Syariah bagi harta-harta yang diperolehi semasa tempoh perkahwinan. Melalui tuntutan ini mahkamah akan mendapat bahagian ke atas Harta Sepencarian yang ditentukan oleh Mahkamah Syariah serta bahagian ke atas hak faraid mereka.
Selain daripada tuntutan di Mahkamah Syariah, anda boleh membuat Deklarasi Harta Sepencarian semasa masih berkahwin melalui Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB). Melalui perjanjian ini pihak suami dan isteri membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian masing-masing mengelakkan isu rumah atas 2 nama dan sebagainya. Tambahan pula, dapat mempercepatkan proses pembahagian tanpa membuat tuntutan ke mahkamah.
by Faiz Riziq | Feb 9, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country, Tips, Tinjauan & Statistik
Walaupun aliran semasa ekonomi terus menekan status tunai rakyat Malaysia, namun prestasi arena e-dagang negara telah memperlihatkan lonjakan 4.1%, dengan meraih hasil pendapatan berjumlah RM302.3 bilion bagi suku keempat 2022.
Mengikut perbandingan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bagi suku sebelumnya, ternyata prestasi pendapatan tersebut telah meningkat dengan ketara. Di mana suku ketiga telah raih RM289.2 bilion dengan peningkatan 0.3%, namun suku keempat pula telah naik sekitar 4.5%.

Sementara berhubung prestasi sektor perkhidmatan mengikut segmen pula memperlihatkan terdapat peningkatan hasil dicatatkan kepada RM528.8 bilion dengan kenaikan 14.9% secara menyeluruh. Dengan segmen borong, runct, makanan dan penginapan mencatatkan hasil RM425.8 bilion, diikuti segmen komunikasi, pengangkutan, maklumat dan penyimpanan sekitar RM75.8 bilion, manakala kesihatan swasta dan pendidikan swasta serta bahagian kesenian, hiburan, rekreasi pula sekitar RM16.4 bilion dan segmen hartanah RM10.9 bilion.
Melalui prestasi positif ini ternyata sektor perkhidmatan bahagian runcit, borong, makanan dan penginapan mencatatkan bilangan pekerja tertinggi berjumlah 3.8 juta petugas – penyertaan tenaga kerja ini telah meningkat sekitar 3.9% iaitu pertambahan 111,400 pekerja berbanding data sebelumnya. Lebih menarik, tidak sekadar penyertaan pekerja dan hasil meningkat – namun aliran gaji dan upah turut naik sekitar 1.1% pada segmen tersebut.

by Faiz Riziq | Feb 8, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country, Tips, Tinjauan & Statistik
Tatkala semua pihak berdepan tekanan kenaikan harga barang, industri pembinaan tidak terkecuali akan lonjakan kos melibatkan harga bahan binaan seperti besi dan simen – yang ketika ini telah naik sebanyak 1.0% dan 2.6% pada Januari 2023 bagi indeks harga seunit.
Peningkatan harga besi dan simen ini mengikut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sekaligus telah didorong akan kenaikan harga bahan mentah, arang batu serta kos penghantaran yang lebih tinggi. Tidak hanya itu, kenaikan indeks harga besi turut didorong akan lonjakan harga bijih besi di pasaran antaranbangsa. Tambahan pembukaan ekonomi China kelak dijangkan akan merangsang semula aktiviti pembinaan, ini sekaligus meningkatkan lagi kos bahan binaan dalam pasaran semasa.
Setakat ini secara puratanya harga simen di pasaran negara telah naik sekitar 3.4% iaitu RM21.66 bagi setiap 50kg berbanding RM20.95 pada Disember lalu dengan kuantiti yang sama. Melalui lonjakan itu ia secara langsung meningkatkan tekanan kos di peringkat pemaju, kontraktor dan berkemungkinan memberi impak pada kos pasaran pengguna. Selain harga bahan binaan itu, dilihat purata harga pasir masih kekal tidak berubah pada pasaran dengan purata RM36.32 satu tan metrik.
by Faiz Riziq | Feb 8, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Tips, Tinjauan & Statistik
Apple sekali lagi mengukuhkan kedudukannya pada pasaran pintar pada segmen jualan telefon pintar di peringkat global 2022. Perolehan ini menurut tinjauan Penyelidikan Counterpoint memperlihatkan Apple raih 85% daripada keuntungan operasi dan 48% daripada hasil adalah daripada jualan telefon pintar sepanjang tahun. Hasil ini dilihat membrangsangkan tatkala pengeluar telefon pintar lain berdepan fasa margin yang lebih rendah.
Meskipun kekal dominasi keuntungan, namun Apple turut alami kejatuhan prestasi selama 4 tahun rentetan ketirisan bekalan komponen dan status ekonomi semasa telah menjejaskan jumlah pendapatan operasinya. Selain Apple, Samsung turut menjadi jenama yang meraih pertumbuhan tinggi hasil pengeluaran telefon pintar premium.
Selanjutnya pada jangkaan prestasi awal tahun ini, diramalkan jualan produk Apple akan terus meningkat ekoran pembukaan ekonomi China. Ini kerana setakat awal Januari didapati jualan telefon pintar telah meningkat lebihi 20%. Walaupun terlalu awal untuk menjangkakan aliran positif namun lonjakan ini mampu meningkatkan lagi kedudukan Apple di pasaran pintar global.
by Faiz Riziq | Feb 3, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan, Tips, Tinjauan & Statistik
Pertumbuhan pinjaman bagi tahun ini, diperhatikan akan lebih sederhana sekitar 4.5% susulan tekanan inflasi yang mengakibatkan perubahan kos semasa lebih tinggi. Pengamatan Kenanga Research ini melihat aliran permohonan pinjaman telahpun semakin menurun pada Disember 2022, menyusut sekitar 16% rentetan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75% berlaku bagi November 2022. Paras itu sekaligus menjadikan kos pinjaman negara lebih mahal dengan perubahan kadar faedah dilaksanakan oleh setiap perbankan.
Malah menurut laporan, penyusutan ini turut berlaku ekoran penurunan pinjaman isi rumah telah merundum 19% disebabkan permintaan permohonan berkaitan hartanah pada tempoh tersebut berkurangan. Selain jangkaan penurunan permohonan itu, kadar kelulusan pinjaman juga dlihat semakin perlahan iaitu merosot 18% bagi bulan ke bulan. Namun aliran ini dijangka akan kembali berkembang menjelang April 2023 kelak, iaitu ketika musim perayaan.
by Faiz Riziq | Feb 2, 2023 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Luar Negara, English & Other Country, Tips, Tinjauan & Statistik
Sepanjang tahun 2022, didapati seramai 16 individu di Malaysia telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) ekoran kegagalan mereka melunaskan bebanan pinjaman.
Muflis atau bankrap didefinisikan sebagai kegagalan individu serta tidak berupaya melunaskan sejumlah besar beban hutang mereka. Situasi ini mengakibatkan kerugian besar berlaku pada aset individu atau syarikat yang terlibat.
Tahun lalu sahaja, sejumlah 5,695 kes kebankrapan telah didaftarkan di negara dari tempoh Januari sehingga Disember 2022. Daripada jumlah itu, didapati terdapat beberapa negeri menyumbang kepada angka kes muflis yang tinggi – iaitu Selangor (1,044 kes), Wilayah Persekutuan (823), Kedah (591) dan Johor Bahru (559). Malah sepanjang tahun 2022 juga, didapati sebanyak 16 petisyen difailkan setiap hari, diikuti jumlah kes bankrap yang didaftar setiap hari adalah sebanyak 16 kes.
Sebagai pecahan faktor mengakibatkan status bankrap diisytihar adalah seperti berikut:
- Pinjaman Peribadi – 2,688
- Sewabeli Kenderaan – 441
- Pinjaman Perniagaan – 1,241
- Pinjaman Perumahan – 491
- Hutang Kad Kredit – 207
- Keberhutangan yang lain – 187
- Penjamin Korporat – 159
- Hutang Cukai Pendapatan – 153
- Caruman KWSP – 110
- Pinjaman Pelajaran/Biasiswa – 18
Berdasarkan perincian itu, didapati jumlah umur penduduk di Malaysia yang menyumbang kes bankrap tertinggi pada 2022 adalah kumpulan 35 tahun – 44 tahun dengan 2,237 kes, diikuti usia 45-54 tahun (1,630) dan 55 tahun dan ke atas (1,024). Manakala kumpulan belia (sehingga 34 tahun) pula menyumbang kepada 770 kes sepanjang tahun 2022. Secara keseluruhannya mengikut data tahunan, jumlah kes muflis ini telah menurun berbanding data 2018 yang mencatatkan sebanyak 16,482 kes muflis diisytiharkan.

Recent Comments