by Faiz Riziq | Jun 3, 2021 | Luar Negara, English & Other Country
Apa itu Halal?
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
- Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
- Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
- Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
- Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.
Apakah logo Halal?
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
- Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
- Perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
- Diikuti tulisan rumi “HALAL”;
- Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
- Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Siapa yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal?
- Pengeluar/ pengilang produk (manufacturer/ producer);
- Pengedar/penjual (distributor/ trader);
- Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer);
- Pembungkusan semula (repacking);
- Premis makanan (food premise); dan
- Rumah sembelih (abattoir/slaughter house).
Bagaimana memohon Sijil Pengesahan Halal?
Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah memohon secara terus kepada Hab Halal, JAKIM. Anda juga boleh melantik kami untuk menjadi syarikat konsultasi Pensijilan Halal. Pihak kami akan uruskan A-Z. Mudah & Senang!
Apa yang diperlukan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal?
Keperluan Umum Pensijilan Halal:
- Setiap pengeluar produk/premis makanan/ rumah sembelih hendaklah mengeluarkan produk halal sahaja.
- Setiap syarikat yang memohon Sijil Pengesahan Halal hendaklah memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal atau sub-kontraktor yang membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai Sijil Pengesahan Halal.
- Setiap syarikat hendaklah memastikan prosedur halal dipatuhi dalam aspek seperti yang digariskan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
- Syarikat yang disenaraikan dalam kategori Multinasional dan Industri Kecil & Sederhana (IKS) adalah wajib mewujudkan Jawatankuasa Audit Halal Dalaman dan melantik seorang Eksekutif Hal Ehwal Islam (Pengajian Islam) bagi mengendalikan dan memastikan pematuhan prosedur pensijlan halal;
- Disyaratkan mempunyai mnima dua orang pekerja Muslim yang tetap dan berwarganegara Malaysia di bahagian dapur/ pengendalian/ pemerosesan makanan;
- Semasa penyediaan, pengendalian, pemerosesan, pembungkusan atau pemindahan produk hendaklah dalam keadaan bersih dan tidak mengandungi bahan ramuan yang tidak halal mengikut hukum syarak;
- Penggunaan peralatan atau kemudahan dalam premis hendaklah bersih dan bebas dari dicemari najis mengikut hukum syarak atau yang memudaratksn kesihatan;
- Pengangkutan yang digunakan hendaklah untuk produk halal sahaja;
- Kebersihan peralatan, pengangkutan, kawasan pengeluaran dan persekitaran amat dititikberatkan dan syarikat hendaklah mengamalkan amalan pengilangan yang baik (Good Manufacturing Practices)
- Alat penyembahan agama tidak dibenarkan sama sekali di dalam premis/ kawasan pemerosesan makanan.
- Pekerja hendaklah mengamalkan kod etika pekerja dan amalan kesihatan yang baik (Good Hygiene Practices).
Apakah kod etika pekerja dan amalan kesihatan yang baik?
- Semua pekerja perlu mendapatkan suntikan tertentu dimana-mana pusat kesihatan yang diakui oleh kerajaan sebelum dan selepas diambil bekerja;
- Semua pekerja hendaklah mengamalkan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri yang baik, terutamanya bagi mereka yang bekerja sebagai operator pengeluaran;
- Pekerja yang kurang sihat atau mengalami kecederaan atau luka terbuka yang boleh menjejaskan kualiti sesuatu keluaran tidak dibenarkan bekerja sehingga pulih;
- Sentuhan secara terus di antara tangan pekerja dengan bahan mentah dan keluaran separuh siap hendaklah dihindarkan;
- Merokok, makan, minum atau menyimpan makanan, minuman, rokok, ubat dan lain-lain hendaklah dilakukan di kawasan yang dikhaskan dan tidak dibenarkan di kawasan pengeluaran atau mana-mana tempat yang boleh menjejaskan kualiti keluaran;
- Semua orang yang hendak masuk ke dalam kawasan pengeluaran mestilah memakai pakaian khas untuk kilang atau pakaina sopan dan bersih (jika tidak ada pakaian khas) mengikut prosedur penjagaan kesihatan dan kebersihan diri termasuk pekerja tetap, pekerja sementara, kakitangan pengurusan, pelawat dan lain-lain;
- Pekerja hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri dan memakai pakaina yang sesuai, penutup kepala dan mulut, sarung tangan dan kasut yang sesuai;
- Pekerja hendaklah sentiasa membasuh tangan secara sempurna dengan bahan pencuci yang bersesuaian;
1. Sebelum memulakan aktiviti pengendalian makanan;
2. Selepas menggunakan tandas;
3. Selepas mengendalikan bahan mentah atau bahan yang tercemar dan sebagainya.
- Pekerja tidak dibenarkan memakai apa-apa barang kemas atau barang perhiasan, jam dan sebagainya di kawasan pemerosesan makanan yang mungkin menyebabkan pencemaran (contamination) dalam proses pengendalian makanan tersebut;
- Pekerja hendaklah sentiasa bertugas dan berfungsi di tempat yang diarahkan seperti ”check point” kualiti halal dan pembelian bahan mentah yang halal;
- Pekerja hendaklah komited dan bertanggungjawab dengan polisi halal yang ditetapkan.
by Faiz Riziq | Jun 1, 2021 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium.
Sehubungan itu jelasnya, bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), mereka diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau boleh memilih mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh 6 bulan.
Beliau berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan segera pada Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari lima juta peminjam dengan nilai sehingga RM30 bilion.
“Insya-Allah, industri perbankan akan memberikan maklumat lebih terperinci berhubung perkara ini mulai esok. Saya berharap, pengumuman moratorium automatik ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada peminjam institusi perbankan. Para peminjam hanya perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat bantuan ini,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri: Bantuan PKP 3.0 malam ini.
Muhyiddin memberitahu, kerajaan juga akan melancarkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi pada minggu ini dengan nilai peruntukan RM1 bilion dan melalui skim itu, pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.
“Saya menyarankan supaya agensi dan syarikat kerajaan menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman serta diskaun sewa premis perniagaan. Pihak Mara akan meneruskan program MARA PRIHATIN Peace of Mind yang dibuka sehingga 31 Julai 2021.
“Peminjam boleh memohon secara dalam talian untuk membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran atau moratorium. Bagi usahawan Mara yang terkesan akibat penutupan ekonomi, pemberian diskaun 30 peratus ke atas sewaan premis perniagaan akan diberi untuk Mei sehingga Julai ini,” katanya.
Sumber-Utusan
by Faiz Riziq | Oct 26, 2020 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Pihak iCorp telah berbesar hati untuk berkongsi dengan pihak Pinjaman Peribadi Bank (PPB) beberapa promosi pinjaman peribadi October 2020. Promosi ini adalah khusus untuk mereka yang sedang mencari pinjaman. Jika anda ingin pinjaman peribadi lulus pada hari yang sama, ini adalah pelan pinjaman peribadi untuk anda. Terdapat dua bank yang menawarkan pinjaman peribadi instant approval, iaitu RHB melalui RHB Easy dan Citibank melalui Citibank Personal Loan.
RHB Easy-Pinjaman Express
Pihak RHB menawarkan pinjaman peribadi konvensional RHB Easy untuk mereka yang ingin permohonan pinjaman lulus pada hari yang sama.
Ciri utama pinjaman ini ialah:-
- Jumlah pinjaman dari RM2,000 hingga RM150,000.
- Tempoh pinjaman dari 12 bulan hingga 84 bulan.
- Caj kadar faedah tetap serendah 8.18% p.a.
- Ditawarkan kepada kakitangan swasta dan mereka yang bekerja sendiri.
- Permohonan tanpa dokumen (paperless application).
- Lulus segera (instant approval).
Syarat kelayakan ringkas pinjaman ini ialah:-
- Berumur tidak kurang 21 tahun hingga 55 tahun.
- Berpendapatan gaji kasar RM3,000/bulan digalakkan untuk kelulusan segera dan permohonan tanpa dokumen.
Citibank Personal Loan
Citibank Personal Loan yang ditawarkan oleh pihak Citibank adalah pelan pinjaman peribadi konvensional dengan tempoh lulus tidak lebih dari 24 jam.
Ciri utama pinjaman ini ialah:-
- Jumlah pinjaman dari RM5,000 hingga RM150,000.
- Tempoh pinjaman dari 24 bulan hingga 60 bulan.
- Caj kadar faedah tetap serendah 5.88% p.a. (Caj yang lebih rendah untuk pemegang kad kredit Citibank).
- Ditawarkan kepada kakitangan swasta.
- Lulus sehingga 10 kali ganda pendapatan.
- Permohonan tanpa dokumen (paperless application).
- Lulus segera (instant approval).
Syarat kelayakan ringkas pinjaman ini ialah:-
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun hingga 60 tahun.
- Berpendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM4,000 (untuk pemegang kad kredit Citibank) atau RM5,000 (tidak mempunyai kad kredit Citibank).
Pinjaman Peribadi Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)
Untuk mereka yang inginkan pinjaman dengan ciri penyatuan hutang pula, terdapat dua pelan pinjaman peribadi yang sangat sesuai untuk anda mohon.
Bagi yang tidak tahu apa itu penyatuan hutang atau debt consolidation; pinjaman yang mempunyai ciri ini membenarkan anda menghimpun semua pinjaman yang aktif, atau hutang anda ke dalam satu pinjaman baru. Ini memudahkan dan meringankan beban kerana kebanyakan pinjaman peribadi penyatuan hutang mempunyai jumlah pinjaman yang tinggi dan caj kadar faedah/keuntungan yang rendah.
Alliance Bank CashFirst Personal Loan
Pelan pinjaman daripada Alliance Bank ini membenarkan penyatuan hutang dengan caj kadar faedah yang rendah.
Ciri utama pinjaman ini ialah:-
- Jumlah pinjaman dari RM5,000 hingga RM200,000.
- Tempoh pinjaman dari 12 bulan hingga 84 bulan.
- Caj kadar faedah tetap serendah 4.99% p.a.
- Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan (kerajaan/GLC/swasta/bekerja sendiri/pesara).
- Penyatuan hutang (debt consolidation).
- Tiada caj proses.
- Tiada caj penamatan awal.
Syarat kelayakan ringkas pinjaman ini ialah:-
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun hingga 60 tahun.
- Berpendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM3,000 sebulan.
Standard Chartered CashOne Debt Consolidation
Seperti namanya, pinjaman peribadi Standard Chartered ini ditawarkan khas kepada pemohon yang ingin menghimpunkan semua pinjaman mereka kepada satu pinjaman.
Ciri utama pinjaman ini ialah:-
- Jumlah pinjaman dari RM3,000 hingga RM250,000.
- Tempoh pinjaman dari 12 bulan hingga 84 bulan.
- Caj kadar faedah tetap serendah 5.50% p.a.
- Ditawarkan kepada kakitangan sektor swasta.
- Penyatuan hutang (debt consolidation).
- Kad kredit percuma jika lulus.
- Tiada caj proses.
- Tiada caj penamatan awal.
Syarat kelayakan ringkas pinjaman ini ialah:-
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun hingga 60 tahun.
- Berpendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM3,000 sebulan.
by Faiz Riziq | May 1, 2020 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Kenyataan terbaru Bank Negara dan Persatuan Bank Malaysia mengatakan yang hire purchase & fixed rate loan akan dikenakan interest sepanjang tempoh moratorium jika kita pilih untuk ambil moratorium tersebut. Bermaksud yang terlibat adalah loan kereta dan juga personal loan. Hutang rumah tak ada apa-apa perubahan.
Beza yang dulu dengan sekarang?
Dalam kenyataan sebelum ini, moratorium untuk loan kereta dan personal loan tak akan ada apa-apa bayaran tambahan. Cuma panjangkan tempoh bayaran loan selama 6 bulan. Umpama dapat loan holiday selama 6 bulan. Sekarang interest akan dikenakan untuk tempoh 6 bulan cuti bayar tu. Jadi berapa jumlah extra yang kita kena bayar kalau ambil Moratorium?
Boleh guna formula ni untuk kira lebihan interest yang perlu dibayar, Extra Interest = (Jumlah bayaran bulanan x 6 bulan) x interest rate x (baki tempoh pinjaman dalam tahun + 0.5)
Contoh untuk loan kereta,
Bayaran bulanan = RM1,000
Interest rate = 3%
Baki tempoh pinjaman = 5 tahun
Extra interest = RM1,000 x 6 bulan x 3% x (5 + 0.5) = RM990
Lebihan interest sebanyak RM990 ini perlu dibayar samada:
- Terus bayar lump sum instalment tertangguh 6 bulan itu sebaik sahaja habis tempoh moratorium 6 bulan (October 2020). Tak perlu bayar lebih instalment seterusnya dan tempoh pinjaman masih sama.
- Bayar jumlah instalment seperti biasa bermula October 2020, tapi tempoh bayaran akan dipanjangkan untuk tampung lebihan interest.
- Bayar dengan jumlah instalment yang lebih tinggi setiap bulan bermula October 2020, tetapi tempoh pinjaman akan kekal sama.
Boleh rujuk dengan bank masing-masing untuk kaedah bayaran yang lebih tepat.
Sebelum ini memang “no brainer” punya pilihan untuk kita ambil moratorium untuk loan kereta & personal loan sebab tak ada kena bayar extra.
Tapi memandangkan sekarang dah kena charge, adakah masih sesuai untuk kita ambil?
Kalau tanya saya personally, saya memang akan tetap ambil juga moratorium ni.
Pun masih atas sebab yang sama seperti apa yang saya kongsikan sebelum ni.
- Kita perlukan tunai sebanyak mungkin sepanjang tempoh krisis ini.
- Ada syarikat besar yang tersenarai dalam Bursa pun sudah mula potong gaji pekerja sebanyak 4%. Keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.
- Lebihan tunai itu boleh kita guna untuk hapuskan hutang jahat seperti kad kredit.
- Jumlah interest lebihan yang dikenakan masih lagi munasabah. Kita hanya perlu bayar RM990 untuk dapat lebihan tunai RM6,000 selepas 6 bulan (guna contoh di atas)
- RM6,000 itu saya boleh gandakan sebanyak paling kurang 10% sebulan di pasaran saham. Lepas 7 bulan dah boleh berkembang 100% menjadi RM12,000.
Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk ambil atau tidak. Ada orang malas nak pening-pening, dia bayar sahaja macam biasa. Yang ada skill untuk melabur, memang dia akan ambil lebihan tunai tersebut. Semoga pencerahan di atas mampu membantu anda membuat keputusan.
Sumber - iCorp Consultancy
by Faiz Riziq | Apr 27, 2020 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Akibat penularan wabak Covid-19 serta lanjutan tempoh PKP di Malaysia. AEON Credit kali ini telah memberi kepada pelanggan mereka 1 bulan lagi penangguhan pembayaran pinjaman. Ini kerana ramai orang masih tidak dapat bekerja serta menjalankan perniagaan mereka akibat penularan wabak ini.
Insititut kewangan lain juga telah memberi penangguhan sehingga September 2020 bagi meringankan beban orang ramai yang tidak dapat bekerja dan ada juga yang telah diberhenti kerja akibat perniagaan majikan mereka terjejas ketika ini.
Dibawah ini kenyataan rasmi dari pihak AEON Credit Malaysia.
by Faiz Riziq | Apr 16, 2020 | Luar Negara, English & Other Country
Sepanjang tempoh PKP ini, sering kita dengar beberapa kes penghantar makan persendirian tidak dapat melakukan penghantaran mereka antara sebab tidak mempunyai surat perlepasan atau surat rasmi atau dokumen yang tidak cukup menyebabkan mereka terkandas ketika sekatan jalan raya dijalankan oleh pihak berkuasa.
Malah PKP Fasa Ke-3 ini lebih ketat daripada sebelum ini, sedikit petikan ucapan dari Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob:-
"Kerajaan memutuskan mulai hari ini, sesiapa yang masih ingkar akan terus ditahan untuk dikenakan tindakan mahkamah dan tidak lagi dikompaun seperti fasa pertama dan kedua PKP.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan berdasarkan Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), mahkamah boleh mengenakan hukuman penjara maksimum dua tahun dan kesalahan seterusnya penjara lima tahun"
Ini menyebabkan beberapa perniagaan makanan secara COD tidak dapat dijalankan dengan baik dan menyukarkan mereka untuk berniaga secara atas talian. Disini, pihak kami di I-Corp Consultancy telah meminta nasihat dan cadangan daripada beberapa pegawai pihak berkuasa berkenaan ini.
Pelbagai nasihat dan cadangan telah diterima, pihak kami telah menyediakan contoh surat rasmi untuk pemilik perniagaan serta penghantar makanan untuk jadikan rujukan kepada pihak berkuasa ketika sekatan jalan raya secara PERCUMA.
Pihak kami juga menyarankan beberapa perkara penting iaitu:-
- Penghantar dibenarkan 1 orang 1 kenderaan SAHAJA
- Memakai Mask
- Memakai Sarung Tangan / Glove
- Sentiasa memakai handsanitizer
Pihak kami berharap sedikit pertolongan pihak kami dapat membantu para peniaga makanan atas talian dapat terus berniaga seperti biasa dan mohon pihak tuan/puan dapat memberi satu LIKE di page kami. Semoga anda semua dimurahkan rezeki. Dibawah ini pautan untuk di muat turun. Anda boleh edit seperti biasa mengikut perniagaan dijalankan oleh anda.
DOWNLOAD/MUAT TURUN
PAGE KAMI
Recent Comments