Pemberhentian Pekerja Twitter Mungkin Berlaku, Dijangka Lebih 5,000 Pekerja Terjejas – Elon Musk

Pemberhentian Pekerja Twitter Mungkin Berlaku, Dijangka Lebih 5,000 Pekerja Terjejas – Elon Musk

Elon Musk pada perancangannya memiliki Twitter – memaklumkan akan berlakunya pemberhentian pekerja dalam kalangan 7,500 petugas pada platform media sosial tersebut. Mengikut laporan Washington Post, sekitar 75% (5,625) pekerja bakal terjejas akan tindakan tersebut dan ia dijangka berlaku dalam beberapa bulan mendatang.

Ini kerana pengurusan Twitter terkini sedang merancang mengurangkan kos pembayaran gaji syarikat sekitar $800 juta menjelang akhir tahun hadapan, 2023. Bagaimanapun, mengikut pengurusan Twitter pihaknya tidak bercadang melaksanakan pemberhentian secara besar-besaran akan tetapi dokumen rancangan di bawah pengurang kos infrasturktur Elon Musk menunjukkan sebaliknya.

Pembelian Saham 7-Eleven Rekod Yang Tinggi Selepas Berehat 18 Bulan

Pembelian Saham 7-Eleven Rekod Yang Tinggi Selepas Berehat 18 Bulan

Harga saham 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd melonjak ke paras tertinggi pada Khamis (20 Okt), selepas meningkat lapan sen atau 4.21% kepada RM1.98, berikutan penyambungan semula pembelian balik sahamnya, selepas berhenti seketika 18 bulan sejak April 2021.

Pemfailan dengan Bursa Malaysia menunjukkan bahawa pengendali kedai serbaneka itu, yang menyambung semula operasi pada 7 Okt, melakukan urus niaga terbarunya pada hari Rabu untuk pembelian balik terkumpul sebanyak 2.38 juta saham berikutan beberapa transaksi harian.

Menurut 7-Eleven, syarikat itu membelanjakan RM3.9 juta dari 7 Okt hingga Rabu (19 Okt) untuk membeli 2.38 juta saham itu pada harga antara RM1.55 dan RM1.88 setiap satu.

Jumlah terkumpul terkini syarikat bagi saham perbendaharaan terkumpul bersih berjumlah 110.4 juta berikutan urus niaga Rabu.

Sebelum pembelian balik saham hari Rabu, kali terakhir 7-Eleven membeli balik sahamnya adalah pada 5 April 2021, di mana syarikat itu membeli 280,000 saham pada harga RM402,900 pada harga sesaham RM1.43 hingga RM1.44, menurut pemfailan Bursa bertarikh 5 April 2021.

Susulan urus niaga itu, 7-Eleven berkata jumlah terkumpul saham perbendaharaan terkumpul bersihnya berjumlah 107.07 juta.

Pada waktu rehat Bursa iaitu 12.30 tengah hari Khamis, harga saham 7-Eleven mengurangkan keuntungan pada RM1.97 untuk permodalan pasaran kira-kira RM2.21 bilion berdasarkan anggaran jumlah saham tertunggaknya pada 1.2 bilion.

7-Eleven menyaksikan 320,400 saham bertukar tangan.

Selepas itu, harga saham telah meningkat secara mendadak sejak pembelian balik saham syarikat itu disambung semula. Harga saham 7-Eleven telah meningkat ke paras semasa daripada harga penutup 7 Okt 2022 pada RM1.56.

Pengasas Amazon Memberi Amaran, Ekonomi Dunia Akan Meleset Tidak Lama Lagi – Jeff Bezos

Pengasas Amazon Memberi Amaran, Ekonomi Dunia Akan Meleset Tidak Lama Lagi – Jeff Bezos

Jeff Bezos, pengasas Amazon, percaya bahawa kesukaran ekonomi akan berlaku pada dunia tidak lama lagi. Beliau percaya ini disebabkan oleh peningkatan risiko kelembapan ekonomi semakin meningkat saban hari.

Disebabkan oleh tekanan ekonomi yang memang dijangkakan, semua orang yang terlibat dengan syarikat atau pelaburan perlu menyedari masalah ini. Ini termasuk pemimpin korporat dan pelabur, kerana mereka terpaksa berhadapan dengan sumber yang semakin berkurangan.

Ketua Kewangan AS, Solomon, mengakui ketidaktentuan ekonomi akan terus melanda perdagangan pada masa ini. Ini kerana peningkatan pembayaran faedah dan dasar monetari yang lebih ketat telah meningkatkan jangkauan tersebut.

Pemerhati ekonomi AS turut melihat keuntungan agresif dan kenaikan inflasi sebagai sebahagian daripada ramalan mereka untuk ekonomi AS dalam tempoh enam bulan akan datang. Akibatnya, mereka menjangkakan ekonomi AS akan mengalami kemerosotan ekonomi dalam masa kira-kira enam bulan. Itulah sebabnya semua pemimpin perniagaan dan pelabur mesti bertindak awal pada masa ini untuk mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh krisis.

Pernah dengar NFT? Kami akan terangkan apa itu NFT.

Pernah dengar NFT? Kami akan terangkan apa itu NFT.

Sejak kebelakangan ini, perkataan NFT menjadi sebutan ramai terutama di Malaysia dan luar negara. NFT adalah singkatan kepada Non-Fungible Token di mana NFT ini adalah sangat unik. Hal ini kerana, NFT bukanlah satu digital currency tetapi ia adalah cryptographic asset dalam blockchain yang mana mempunyai identiti kod dan metadata yang tersendiri. Tidak seperti matawang kripto yang lain, NFT tidak boleh ditukar dengan nilai yang sama antara satu dengan yang lain.

NFT boleh digunakan sebagai token untuk menilai asset dalam dunia sebenar seperti karya lukisan dan juga hartanah. Kelebihan NFT adalah ia boleh digunakan sebagai medium digital untuk aset fizikal. Oleh kerana NFT berada dalam jaringan blockchain, ia dapat menghapuskan orang tengah dengan menghubungkan artis dengan audien atau untuk pengurusan identiti sesuatu aset. NFT juga memudahkan transaksi penjualan dan pembelian asset kerana ia dilakukan dalam jaringan blockchain dan juga NFT mencipta pasaran baru untuk semua.

Pada Mac 2021, sekumpulan artis digital NFT Beeple telah berjaya menjual hasil karya yang dicipta dalam Projek 5000 hari. Jualan ini telah mencipta rekod dalam dunia NFT apabila hasil tersebut dijual pada nilai USD 69 juta. Pada waktu sekarang, dunia NFT lebih kepada barang koleksi yang rare selain daripada sport cards dan hasil karya digital. Kesemua hasil digital boleh dijadikan NFT dengan cara minting. Terbaru Jack Dorsey telah menjual ciapan Twitter yang dijadikan NFT dengan nilai USD 2.5 juta.

 

Memahami NFT

Seperti duit kertas, semua matawang kripto adalah fungible. Maksud mudah fungible adalah ia boleh ditukar antara satu dengan yang lain. Contoh nilai duit RM50 adalah sama dengan RM50 yang lain. Dalam dunia matawang kripto juga sama, nilai satu Bitcoin adalah sama dengan Bitcoin yang lain. Namun NFT telah mengubah paradigma ini dengan setiap satu NFT token adalah unik dan tidak boleh ditukar ganti dengan NFT yang lain.

NFT boleh dianggap sebagai digital passport yang mana setiap satu daripadanya mempunyai kod yang berlainan dan setiap satu tidak sama dengan yang lain. NFT juga boleh digabungkan dan menghasilkan NFT yang baru. Dua NFT bergabung boleh melahirkan anak NFT yang baru. Menarik bukan?

 

Kenapa NFT Penting?

NFT adalah evolusi kepada konsep yang mudah dalam dunia kripto. Sistem kewangan moden telah menjadi terlalu kompleks dengan perdagangan pelaburan dan sistem pinjaman untuk beberapa aset seperti hartanah dan kontrak karya lukisan. Dengan membolehkan medium perwakilan aset fizikal kepada digital NFT, ia adalah langkah pertama untuk mencipta semula struktur sistem kewangan dunia.

NFT penting kerana ia meningkatkan efficiency dalam pasaran. Pertukaran aset fizikal kepada digital melalui proses yang mudah dan menghapuskan monopoli pihak ketiga. Untuk menukar aset fizikal kepada digital NFT, ia tidak memerlukan agen, pemilik aset tersebut boleh terus menjual kepada peminat dan pembeli.

Selain itu, NFT juga bagus untuk pengurusan identiti sesuatu aset. Seperti passport warganegara, NFT mempunyai identiti unik yang tersendiri. Siapa saja boleh melihat dan tahu pemilik aset atau signature pemilik pada aset NFT tersebut. Seperti gambar yang dijadikan NFT, walaupun ia di copy and paste dimana-mana, ia tidak mengubah pemilikan asal kerana jika kita sudah memiliki sesuatu NFT, tiada apa dapat mengubah kod nama kita pada karya tersebut kecuali dijual pada pemilik yang baru. Semua transaksi NFT direkodkan dalam blockchain yang sangat telus dan tiada penipuan.

NFT adalah benda baru yang menjadi kegilaan ramai terutama anak muda. Hal ini kerana, NFT boleh dijadikan pelaburan yang sangat menguntungkan. Apa saja boleh dijadikan NFT dan dijual dengan sesuatu nilai yang sesuai. Namun begitu, oleh kerana ianya masih baru, pelabur memerlukan ilmu dan pemahaman yang mendalam sebelum membeli dan melabur dalam aset digital NFT.

44% CEO Rancang Bekukan Pengambilan Pekerja Pada 2023 – Susulan Jangkaan Ekonomi Meleset

44% CEO Rancang Bekukan Pengambilan Pekerja Pada 2023 – Susulan Jangkaan Ekonomi Meleset

Sekitar 63% kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Asia Pasifik menjangkakan pada tahun hadapan, 2023 – akan berlakunya kelembapan pada pertumbuhan ekonomi global. Maka tindak balas pada situasi tersebut menurut tinjauan KPMG International, bagi persediaan 6 bulan mendatang sekitar 44% CEO merancang untuk membekukan pengambilan pekerja – langkah itu untuk mengimbangi tekanan kos operasi.

Sementara 43% pula akan meningkatkan harga dan 40% pula bercadang mengurangkan margin keuntungan. Akan tetapi apa yang merunsingkan adalah 29% CEO pula dalam pertimbangan melaksanakan pemberhentian sementara untuk mengukuhkan operasi. Ini bermakna akan terdapat kumpulan pekerja terjejas ketika fasa tersebut berlaku. Melihat pada aliran tersebut, KPMG Malaysia menjangkakan kumpulan syarikat di negara akan berdepan kesukaran untuk membiayai hutang susulan peningkatan kadar faedah semasa. Ia sekaligus mendorong kepada risiko pertumbuhan yang lebih perlahan.

Kemelesan ekonomi dunia semakin tinggi, Malaysia tidak terkecuali – Bank Dunia

Kemelesan ekonomi dunia semakin tinggi, Malaysia tidak terkecuali – Bank Dunia

Risiko dunia ke arah kemelesetan ekonomi dilihat semakin tinggi, ekoran peningkatan kadar faedah dari semasa ke semasa dan perkembangan pertumbuhan negara dijangka semakin perlahan. Pengamatan Bank Dunia bersama Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan pada tahun ini dan 2023 akan terdapat satu per tiga daripada ekonomi dunia bakal mencatatkan pertumbuhan negatif selama dua suku berturutan. Lebih membimbangkan susulan kelembapan pasaran, ekonomi dunia bakal kehilangan sekitar $4 Trilion menjelang tahun 2026 – angka kerugian ini bersamaan dengan pertumbuhan negara Jerman.

Malah kerunsingan pakar ekonomi ketika ini adalah impak ke atas ekonomi negara membangun, antara yang tidak terkecuali adalah Malaysia. Di mana pihaknya melihat penurunan nilai mata wang membawa erti paras hutang negara membangun juga akan membebankan, ditambah dengan tekanan inflasi semasa yang terus meningkat meskipun kenaikan kecil. Pihaknya turut akui, pada fasa pemulihan ini, ia memberi kelebihan kepada negara maju – apabila seirng menjadi tumpuan perolehan modal dunia melalui pinjaman besar serta pembelian bon negara. Situasi tersebut secara menerus meningkatkan tekanan pada pembangunan dari sisi makro.

Online
Hi! Boleh kami bantu?