Bank Digital Akan Diuji Menjelang Oktober 2023 – AEON

Bank Digital Akan Diuji Menjelang Oktober 2023 – AEON

AEON menjangkakan dalam 12 bulan mendatang, pihaknya berupaya melaksanakan ujian rintis ke atas bank digitalnya iaitu ACS Digital menjelang Oktober 2023.

Seperti yang umum ketahui, pada akhir April lalu di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 – AEON menjadi antara 5 syarikat diiktiraf Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjadi penerima lesen bank digital negara.

Perkongsian bank digital melibatkan AEON Financial Service, AEON Credit Service dan MoneyLion Inc ini secara menyeluruhnya disasarkan akan hadir ke pasaran umum pada tahun 2024. Dan untuk persediaan itu, mengikut laporan AEON menjangkakan platform tersebut akan mula meraih keuntungan setelah beroperasi sekitar 4.5 tahun.

Pada masa yang sama, AEON kelak turut merancang melantik Raja Teh Maimunah selaku Ketua Pegawai Eksekutif ACS Digital – yang bertindak mengelola kemajuan pembangunan bank digital mereka. Dimaklumkan lantikan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Disember kelak.

Untuk makluman Raja Teh memiliki latarbelakang dalam skop perbankan dan pernah berkhidmat bersama Bursa Malaysia, Pusat Kewangan Kuwait serta CIMB.

Go Secure Akan Beralih Sepenuhnya Mulai Jun 2023 – Bank Islam

Go Secure Akan Beralih Sepenuhnya Mulai Jun 2023 – Bank Islam

Sejajar dengan matlamat bank pusat negara untuk melindungi hak pengguna, Bank Islam memaklumkan pihaknya akan beralih sepenuhnya – menggunakan sistem pengesahan Go Secure mulai Jun 2023 kelak.

Go Secure, adalah kaedah pengesahan yang berasaskan aplikasi ini bertindak meluluskan aliran transaksi yang dijalankan di Perbankan Internet Bank Islam (IB) dan aplikasi GO by Bank Islam. Buat pengetahuan umum, pelaksanaan Go Secure telah dijalankan sejak tahun 2020, namun ia sekadar tertumpu pada aliran perbankan elektronik. Kini sistem pengesahan tersebut diperluaskan ke seluruh pengguna Bank Islam.

Ini bermakna Go Secure akan menggantikan perkhidmatan pengesahan i-Access Code (IAC) yang dihantar melalui mesej ke nombor telefon pengguna yang berdaftar. Melalui peralihan ini, ia sekaligus dapat meningkatkan kecekapan keselamatan pengguna untuk menangani ancaman penipuan di masa hadapan.

Kenaikkan OPR Bakal Berlaku Lagi Sehingga 3.00% – Malaysia

Kenaikkan OPR Bakal Berlaku Lagi Sehingga 3.00% – Malaysia

Sejak Mei 2022 lalu, paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) Malaysia tidak lagi berpegang kepada 1.75% – apabila Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak menaikkan had tersebut kini kepada 2.50%. Maka menjelang sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada November kelak, dijangka paras OPR tersebut akan berterusan alami peningkatan sekitar 25 mata asas (bps).

Kenaikan ini menurut pemerhatian HSBC Global Research bersama MIDF Research didorong akan permintaan domestik negara yang semakin mengukuh, meskipun tekanan inflasi ketika ini di paras tinggi 4.5%. Malah tindakan kenaikan paras OPR ini turut didorong hasil tindak balas bank negara untuk melandaikan tekanan inflasi dan jangkaan perkembangan ekonomi yang lebih perlahan pada tahun hadapan.

Orang Ramai Diminta Waspada Dengan Skim Pelaburan Palsu Di Telegram – SC

Orang Ramai Diminta Waspada Dengan Skim Pelaburan Palsu Di Telegram – SC

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memberi amaran kepada orang ramai berkenaan dengan skim pelaburan haram yang dipromosikan secara aktif dalam aplikasi Telegram. Hal ini dikatakan demikian kerana, ramai yang tertipu dan dijanjikan pulangan sehingga 1,000% dalam masa 24 jam.

Berikutan dengan skim pelaburan haram melalui Telegram tersebut, SC telah menerima sebanyak 47 aduan dan pertanyaan mengenai perkara tersebut. Skim pelaburan haram itu telah menyamar sebagai perantara pasaran modal berlesen dengan logo, kelayakan, laman sesawang dan butiran lain yang sama dengan pasaran modal berlesen.

Selain itu, mereka turut mengiklankan pelaburan patuh syariah dan testimoni palsu di Telegram untuk mengaburi pengguna Telegram yang terjebak.

Mereka yang terpedaya akan diminta untuk menghantar mesej kepada wakil skim pelaburan haram tersebut. Selepas itu, deposit wang akan diminta oleh wakil skim pelaburan tersebut untuk dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi individu.

Oleh sebab itu, orang ramai diingatkan supaya merujuk Senarai Peringatan Pelabur SC sebelum melabur kerana ia mempunyai senarai lengkap laman sesawang, produk pelaburan, syarikat dan individu yang beroperasi tanpa kebenaran sebelum melabur.

Jika anda mengesyaki sebarang modus operandi yang mencurigakan, anda boleh terus melaporkan kepada Jabatan Pengguna dan Pelabur SC dengan e-mel kepada aduan@seccom.com.my atau buat panggilan ke 03-62048999.

OTP Maybank Melalui Aplikasi Akan Dikuatkuasakan Pada Jun 2023

OTP Maybank Melalui Aplikasi Akan Dikuatkuasakan Pada Jun 2023

Maybank mengesahkan semua kod pengesahan yang dirujuk sebagai OTP atau TAC akan tidak akan dihantar melalui SMS lagi mulai Jun 2023. Sebaliknya, ia akan diberikan pada pengguna di aplikasi melalui ciri dinamakan Secure2u. Ia juga terhad pada 1 peranti saja yang boleh mengesahkan apa-apa transaksi.

Bermakna, jika anda 2, 3 peranti yang menggunakan MAE, hanya satu telefon saja yang boleh meluluskan transaksi. Tambahan lagi, pengguna juga akan diberitahu melalui aplikasi, SMS dan e-mel apabila peranti baharu dipilih sebagai peranti Secure2u.

Jika anda belum maklum, Maybank baru menguatkuasakan mulai 26 September tempoh hari di mana pengaktifan Secure2u hanya boleh dilaksanakan di aplikasi MAE, tidak lagi melibatkan M2U. Dua ciri di bawah Secure2u ialah Secure Verification memerlukan anda ‘tap’ sekali saja di MAE untuk sahkan transaksi manakala Secure TAC pula ialah 6 digit TAC.

Ini selari dengan arahan Bank Negara Malaysia beberapa hari lepas dalam usaha membanteras isu scam yang berleluasa. Klik SINI untuk baca berita penuh. Selain itu, Maybank juga akan kenalkan tempoh bertenang apabila pengguna mengaktifkan ciri Secure2u pada peranti berbeza mulai suku ke-4 tahun ini.

Ekonomi Dunia Meleset Sehingga 2024 – Elon Musk

Ekonomi Dunia Meleset Sehingga 2024 – Elon Musk

Selepas Jeff Bezos, kini giliran Elon Musk, top 1 billionaire dunia pula menzahirkan peringatannya kepada semua pihak akan kelembapan ekonomi yang bakal melanda dunia tidak lama lagi. Mengikut pengamatan pengasas Tesla ini, jangkaan tersebut didorong kelembapan ekonomi yang semakin ketara di China dan Eropah berhubung pemintaan kenderaan elektrik yang semakin terjejas.

 

 

Menurutnya pada ciapan twitter rasmi menjawab kepada persoalan umum berhubung kemelesetan ekonomi – risiko tersebut dijangka akan berlarutan sehingga musim bunga tahun 2024. Oleh itu, semua pihak khususnya syarikat di pasaran perlu sedar akan situasi ini bagi memastikan operasi firma tidak terkesan sehingga membawa kepada penutupan.

Online
Hi! Boleh kami bantu?