Elon Musk Rancang Beli Silicon Valley Bank Sebagai Bank Digital

Elon Musk Rancang Beli Silicon Valley Bank Sebagai Bank Digital

Selepas Silicon Valley Bank (SVB) diisytiharkan alami kejatuhan pada minggu lalu, peneraju Twitter Elon Musk kini memaklumkan ketersediaannya untuk membeli kumpulan kewangan tersebut dan jadikan ia sebagai bank digital. Keterbukaan idea itu dizahirkan melalui maklum-balas Elon bersama Min-Liang Tan CEO Razer pada ciapan Twitter.

Buat pengetahuan umum, SVB secara mendadak telah alami kesulitan kesan daripada peningkatan kadar faedah oleh Perbendaharaan AS. Krisis ini bermula setelah medium pemberi pinjaman itu laksana jualan saham mereka bernilai $2.25 bilion sebagai langkah menyokong aliran kewangan kumpulan.

Situasi itu secara langsung telah membawa pulangan 1.79% lebih rendah berbanding hasil sebelum ini 3.9%. Ini secara langsung menimbulkan kerunsingan kalangan pendeposit dan membawa kepada tindakan pengeluaran secara besaran deposit daripada SVB berlaku.

Kesannya saham SV telah jatuh lebih 60% pada minggu lalu, dan ini telah menyebabkan dagangan SV digantung pada papan pelaburan New York dan kini pengawal-selia AS iaitu Federal Deposit Isurance Corp (FDIC) bertindak mengawal aliran deposit SVB.

Susulan situasi itu, tidak hanya syarikat teknologi di bawah SVB terkesan tetapi pasaran saham lain turut didapati terkesan – antaranya pasaran saham Eropah yang alami aliran perdagangan lebih rendah pada hari penutup minggu lalu.

 

Simpanan Akaun 2 Akan Diteliti Oleh KWSP, Cagaran Pinjaman Bank

Simpanan Akaun 2 Akan Diteliti Oleh KWSP, Cagaran Pinjaman Bank

Setelah tindakan membenarkan penggunaan simpanan persaraan pada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikongsikan semalam (9 Mac) oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada penggulungan Belanjawan 2023.

KWSP kini dilaporkan sedang teliti pelaksanaan tersebut melibatkan simpanan pada Akaun 2 KWSP pencarum yang layak. Dimaklumkan pelbagai faktor sedang disemak, bagi memastikan pelaksanaan tersebut berjalan lancar.

Melalui tumpuan itu, dijangka dana Akaun 2 mungkin dijadikan sebagai cagaran atau jaminan bagi pinjaman kewangan bersama pihak bank. Kebenaran ini disasarkan akan tertumpu kepada pencarum yang memiliki simpanan mencukupi dan berdepan masalah kewangan yang kritikal. Sebarang makluman lanjut, difahamkan KWSP akan memaklumkannya dalam masa terdekat.

OPR Kekal Pada Paras 2.75% – BNM

OPR Kekal Pada Paras 2.75% – BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) masih dikekalkan pada paras 2.75%. Paras ini untuk makluman umum dikekalkan selama 3 kali berturutan sejak November 2022 dan Januari 2023.

Penetapan OPR melalui sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ini didasari berasaskan petunjuk ekonomi semasa. Ekonomi Malaysia berkembang kukuh sebanyak 8.7% pada tahun 2022, didorong oleh perbelanjaan sektor swasta dan awam yang pulih susulan pembukaan semula ekonomi sepenuhnya. Selepas menunjukkan prestasi yang kukuh pada tahun 2022, ekonomi dijangka menjadi sederhana pada tahun 2023 berikutan ekonomi global yang lebih perlahan. Pertumbuhan akan terus didorong oleh permintaan dalam negeri. Tidak hanya pasaran tenaga kerja juga semakin positif bahkan kadar pengangguran negara di paras 3.6% – semakin menurun.

Meskipun aliran ekonomi memaparkan aliran positif, sebarang kemungkinan akan risiko ekonomi global masih lagi kekal di bawah perhatian bank pusat negara. Ini kerana sebarang ketidakseimbangan yang berlaku berpotensi membawa kesan kepada pertumbuhan negara ekoran penerapan dasar ekonomi terbuka Malaysia.

Manakala berhubung inflasi pula, negara masih berdepan tekanan inflasi yang rendah di paras 3.7% namun telah memperlihatkan peningkatan secara perlahan berbanding dengan negara Asia yang lain. Kenaikan paras inflasi ini turut memperlihatkan kos makanan di negara masih tinggi, yang sekaligus memberi kesan kepada kuasa beli pengguna semasa. Secara menyeluruh, melalui pengekalan paras OPR 2.75% ini sekaligus akan membantu negara menyokong pertumbuhan ekonomi ke arah lebih stabil dari semasa ke semasa.

 

Wang KWSP Jadi Cagaran Untuk Pinjaman Bank – PM

Wang KWSP Jadi Cagaran Untuk Pinjaman Bank – PM

Menyedari terdapat pelbagai pihak mengusulkan permintaan untuk mengeluarkan dana persaraan di dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – kerajaan kini membenarkan tindakan tersebut dilaksanakan, namun ia hanya tertakluk sebagai cagaran kepada bank.

Ini bermakna penerapan kaedah secara kolateral itu akan menjadikan simpanan pencarum sebagai jaminan untuk pinjaman bersama perbankan. Langkah ini hanya dibenarkan untuk pencarum yang memiliki simpanan pada akaun KWSP sahaja. Makluman ini dikongsikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan pada sidang penggulungan bajet sebentar tadi.

Perlaksanaan Cukai Keuntungan Modal Pada 2024

Perlaksanaan Cukai Keuntungan Modal Pada 2024

Pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal yang dijangka berkuat kuasa pada 2024 kelak, kini diberi dimaklumkan akan dikenakan pada kadar yang rendah ke atas saham tidak tersenarai sahaja. Ini bermakna pelupusan saham tidak tersenarai yang diluluskan untuk tawaran awam permulaan (IPO) pula tidak akan dikenakan pada cukai keuntungan modal.

Penjelasan ini menurut Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada sidang Invest Malaysia akan dimuktamadkan bersama pihak berkepentingan kelak. Setakat ini, pentadbiran memberi jaminan – pelaksanaan cukai tersebut tidak akan dikenakan ke atas saham tersenarai dan pelupusan saham tidak tersenarai untuk IPO yang diluluskan sahaja.

Maka individu atau syarikat yang menjual saham dalam syarikat tersenarai – dijelaskan tidak akan terlibat dalam sebarang pengenaan cukai keuntungan modal tersebut. Begitu juga untuk syarikat tidak tersenarai yang ingin laksana penyenaraian atau pemegang saham yang memiliki hasrat untuk jual kepentingan mereka melalui jualan dalam IPO yang diluluskan – turut tidak akan terkesan akan pelaksanaan cukai keuntungan modal ini. Sekiranya diimbas kembali akan makluman cukai keuntungan modal ini, ia akan dikenakan ke atas penjualan saham dalam syarikat persendirian mulai 2024.

Suami Boleh Pindah Caruman 2% KWSP Kepada Isteri – iSayang

Suami Boleh Pindah Caruman 2% KWSP Kepada Isteri – iSayang

Bagi memperkasakan simpanan persaraan pasangan di Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-Sayang kini membenarkan pencarum lelaki yang berstatus Suami untuk memindah 2% caruman KWSP mereka ke dalam akaun KWSP Isteri mereka.

Penawaran pindahan caruman ini boleh dilaksana secara sukarela dengan memenuhi syarat yang telah ditetapkan KWSP. Apa yang menarik, pindahan caruman 2% ini akan dilaksana secara automatik setiap bulan apabila berlakunya kemasukan caruman dari majikan ke dalam akaun suami pencarum.

Tidak hanya pindahan caruman tidak boleh dibatalkan, ia hanya boleh ditamatkan sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri sahaja. Bagi pengguna yang berminat untuk laksana tindakan ini, boleh layari pautan i-Sayang KWSP untuk maklumat lanjut.

Online
Hi! Boleh kami bantu?