by Faiz Riziq | Mar 16, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Menyedari pendekatan di bawah konsep Rahmah berupaya membantu golongan B40, dan kumpulan berkeperluan miliki aliran tunai yang lebih baik – kerajaan kini bercadang meluaskan usaha tersebut bersama syarikat kewangan, termasuklah perbankan untuk tawaran pinjaman khas.
Usaha melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) buat masa ini sedang diteliti bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Setakat ini perbincangan telah disemak bersama MBSB Bank dan kelak akan diperluas bersama pemain industri kewangan lain.
Selain bank, mengikut laporan BH usaha ini turut berpotensi diperluas bersama penyedia insurans dengan pertimbangan cadangan skim perlindungan khas. Bagaimanapun usaha ini akan dimaklumkan secara berperingkat kepada umum setelah mencapai kata sepakat bersama pentadbiran dan pemain industri.
by Faiz Riziq | Mar 15, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Selepas memaparkan prestasi cemerlang pada laporan kewangan menyeluruh dengan meraih pendapatan RM375.3 bilion dan keuntungan bersih RM101.6 bilion. Disasarkan PETRONAS berpotensi menyumbang sehingga RM40 bilion kepada kerajaan persekutuan pada tahun ini. Sasaran itu mengikut laporan Bernama meliputi sumbangan dalam bentuk dividen kepada negara dijangka antara RM35 bilion sehingga RM40 bilion.
Bagaimanapun jumlah agihan itu akan dimuktamadkan setelah kumpulan mengambil-kira berdasarkan kemampuan serta pemantauan pada obligasi hutang, pelaburan serta keperluan tadbir urus operasi. Buat pengetahuan umum, tahun 2022 PETRONAS telah melaksana pembayaran RM50 bilion dividen kepada pentadbiran negara, diikuti beberapa keperluan pembayaran melibatkan cukai dan petroleum.


by Faiz Riziq | Mar 15, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Bagi memastikan aliran tunai rakyat negara terus terpelihara, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan agihan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 akan dilaksanakan sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini.
Pengagihan bantuan tunai yang dijangka pada pertengahan Ramadan ini akan dikreditkan kepada golongan B40 secara terus dalam akaun bank mereka. Oleh itu bagi penerima yang layak, dinasihatkan untuk laksana permohonan bantuan tunai sebelum 31 Mac ini – bagi memastikan pengagihan bantuan tunai ini dapat dikreditkan pada tempoh yang ditetapkan.
Mengikut perkongsian PM Anwar pada hari ini, setakat pertengahan Mac didapati terdapat 320,103 permohonan baharu telah direkodkan negara di bawah insiatif STR. Untuk makluman bagi fasa 1 sejumlah RM1.67 bilion telah diperuntukan negara untuk agihan tunai tersebut.
by Faiz Riziq | Mar 14, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country, Tips, Tinjauan & Statistik
Sejak April 2020 sehingga November 2022, didapati sejumlah 193,409 usahawan di pasaran negara telah menutup operasi perniagaan mereka berikutan kesan berpanjangan COVID-19 dan tekanan kenaikan harga barang berlaku.
Data di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini memperincikan jumlah bilangan usahawan yang terkesan adalah 104,785 (April 2020), 37,415 (Jun 2021), 17,371 (Februari 2022) dan 33,838 (November 2022).
Namun dalam usaha memulihkan kembali ekosistem perniagaan negara, didapati 97.8% daripada jumlah tersebut telah menyatakan ketersediaan untuk memulakan kembali perniagaan mereka dan antara keperluan yang dizahirkan melibatkan geran, pembiayaan, latihan serta bimbingan keusahawanan.
Selain itu, dimaklumkan akan terdapat usaha sokongan di bawah Pelan Strategik Kementerian 2023 yang mengandungi 185 program dan dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 543,080 usahawan dan bakal usahawan.
Tidak hanya usaha sedemikian, terdapat juga langkah di bawah SME Corp dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menawarkan pendidikan berhubung literasi kewangan dalam kalangan usahawan negara. Melalui usaha ini, ia akan memberi pendedahan lanjut berkenaan pengurusan wang dan tahap kredit. Langkah secara terus memudah, membantu usahawan dan PKS untuk lebih cakna dalam membuat keputusan perbelanjaan operasi.
by Faiz Riziq | Mar 14, 2023 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Setelah dikejutkan kejatuhan Silicon Valley Bank (SVB) pada persada perbankan di Amerika Syarikat minggu lalu, terbaharu Bank HSBC kini telah menoktahkan dilema operasi tersebut dengan membeli cawangan SVB di United Kingdom pada nilai £1 atau 1 pound bersamaan RM5 sahaja. Langkah ini telah ditemeterai dalam tempoh singkat bagi melindungi deposit para pelanggan SVB demi kesejahteraan pasaran UK.
Tambahan, Kementerian Kewangan UK pada ciapan Twitter turut memberi jaminan – langkah melindungi ini tidak akan melibatkan sebarang penggunaan wang cukai rakyat negara. Dengan usaha ini secara langsung ia tidak sekadar akan sekitar $8.1 bilion deposit para pelanggan SVB di UK bahkan turut membantu arena teknologi pasaran mereka terjamin.

by Faiz Riziq | Mar 14, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Seperti yang dijangka, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kini memaparkan lonjakan pada rekod pendapatan dan keuntungan bagi tahun 2022. Pendapatan dengan RM375.3 bilion, melonjak 51% diikuti keuntungan bersih berjumlah RM101.6 bilion, naik 100%.
Perolehan positif ini menurut Petronas didorong hasil kesan harga yang lebih baik bagi produk utama dan pada tahun ini dijangka harga melibatkan industri minyak, gas akan lebih sederhana susulan aliran ekonomi lebih perlahan.
Manakala perincian mengikut sukuan pula, menunjukkan Petronas meraih keuntungan bersih RM24.54 bilion, diikuti pendapatan RM105.9 bilion bagi suku keempat 2022. Aliran ini disokong hasil jualan yang membrangsangkan serta kesan harga yang baik.

Recent Comments