Cukai Jualan 10% Dikenakan Bermula Januari 2024 Atas Barang Import Atas Talian

Cukai Jualan 10% Dikenakan Bermula Januari 2024 Atas Barang Import Atas Talian

Setelah lalui fasa penangguhan pada 1 April 2023 lalu, pentadbiran negara kini mengumumkan – kutipan cukai jualan 10% ke atas barang import atas talian di bawah RM500 akan dikenakan mulai 1 Januari 2024 kelak. Pengenaan cukai tersebut difahamkan, akan mula dikenakan bagi setiap pembelian yang bermula pada tempoh 1 Januari 2024. In menjelaskan, bagi setiap pembelian yang dilaksanakan sebelum tarikh tersebut tidak akan terpakai pada pengenaan cukai 10% terbabit. Pengenaan ini turut melibatkan vendor yang berdaftar bersama Kementerian Kewangan (MOF).

Aturan ini sekaligus akan memperkasakan nilai pasaran tempatan tempatan, di mana pengenaannya lebih saksama. Mengikut jangkaan asal, kutipan cukai ini berupaya membawa perolehan sekitar RM200 juta setahun kepada hasil negara. Susulan pengumuman itu, sewajarnya para peniaga yang terlibat untuk peka akan pelarasan tersebut dan terdapat potensi ini berupaya mendorong kepada pertambahan kos dalam perolehan barangan import atas talian.

 

GXBank Lancar Kad Debit – Bermula 2024

GXBank Lancar Kad Debit – Bermula 2024

GXBank, bank digital yang diterajui Grab Malaysia tidak lama lagi akan melancarkan Kad Debit GX kepada para penggunanya pada Januari 2024. Pengeluaran kad Mastercard ini difahamkan akan menampilkan akses tidak hanya kad fizikal tetapi termasuklah penawaran kad maya. Menerusi pengenalan itu, ia akan membolehkan pengguna GXBank untuk meraih pulangan tunai 1% tanpa had apabila pengguna memanfaatkannya ketika laksana pembayaran sewaktu berbelanja secara atas talian dan kedai fizikal.

Langkah itu turut membenarkan pengguna meraih ganjaran 1.5x GrabRewards bersama Jaya Grocer bagi setiap perbelanjaan RM1 dan berupaya meraih pengecualian caj pemprosesan RM1 bagi pengeluaran tunai di ATM MEPS seluruh negara.

Namun seperti yang diperjelaskan sebelum ini, pelaksanaan GXBank adalah tertakluk di bawah lesen Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) BNM iaitu ini bermakna secara jelas ia tidak mematuhi piawaian pematuhan syariah.

Meskipun begitu, penawaran GXBank kekal hadir dengan jaminan perlindungan kewangan kepada semua pengguna. Di mana setiap deposit dijamin dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit. Malah, aplikasi juga membolehkan pengguna mengehadkan perbelanjaan harian mereka untuk membantu menapis pengguna agar tidak berbelanja secara berlebihan.

Berbalik kepada pelancaran Kad GX, pengguna dimaklumkan tidak akan dikenakan caj tahunan, namun terdapat pengenaan bayaran RM12 untuk pengeluaran kad fizikalnya. Diikuti caj pemprosesan sebanyak 1.2% akan dikenakan ke atas pengguna sekiranya laksana transaksi mata wang asing atau di luar negara melalui GX Bank.

Secara menyeluruh difahamkan caj sedemikian hanya dikecualikan sehingga 31 Disember 2024 kelak, setelah tempoh itu pengguna perlu bersedia akan sebarang pertambahan caj. Berikutan itu, sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman GXBank untuk fahami fungsi seterusnya berhubung akses bank digital ini.

Agihan Dividen KWSP 2023 Lebih Tinggi

Agihan Dividen KWSP 2023 Lebih Tinggi

Jika tahun lalu, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat menyaksikan pengagihan kadar dividen di paras yang lebih rendah dengan konvensional 5.35% dan syariah pula 4.75% – namun tahun ini angka tersebut dijangka lebih tinggi bagi 2023 rentetan prestasi perolehan KWSP dilihat lebih baik.

Jangkaan itu menurut kumpulan penganalisis didorong kenaikan jumlah aset KWSP yang kini melonjak kepada RM1.1 trilion berbanding akhir 2022, diikuti pendapatan pelaburannya pula naik 33% kepada RM47.86 bilion bagi 9 bulan pertama 2023.

Potensi tersebut dilihat berupaya didorong kesan aliran ekonomi semasa yang semakin memulih, apabila penurunan kadar pengangguran turut memberi manfaat kepada KWSP – di mana jumlah caruman semakin baik, dan pertambahan pencarum turut berlaku pada platform mereka.

Persekitaran ini secara langsung memungkinkan KWSP berpotensi mengagihkan nilai dividen yang lebih baik berikutan perolehan pulangan modal operasi semakin memulih. Buat pengetahuan umum, ini senarai penyaluran kadar dividen setiap tahun KWSP sebelum ini :

 

QR Pay MAE Kini Boleh Diguna Di China

QR Pay MAE Kini Boleh Diguna Di China

Selepas melancarkan siri khidmat pembayaran QR rentas sempadan di Singapura, Indonesia dan Thailand – pelanggan Maybank kini dapat menikmati akses yang sama ketika melancong ke China. Langkah ini tidak sekadar memberi manfaat kepada lebih 8 juta pengguna MAE tetapi turut memudahkan lebih 700,000 peniaga Maybank QRPay di Malaysia meraih akses transaksi dari pelancong China ketika berbelanja di negara.

Melalui penambahan koridor China bersama usahasama PayNet dan Alipay ini, ia turut mengukuhkan lagi kedudukan Maybank pada pasaran kewangan antarabangsa – dengan meningkatkan lagi usaha penyelesaian nirtunai negara di peringkat global.

Buat pengetahuan umum, dijangka pada tahun ini sejumlah 5 juta pelancong China akan memasuki Malaysia menyumbang kepada kemasukan pelancong secara menyeluruh sekitar 16 juta pada 2023. Menerusi kemasukan tersebut, ini akan meningkatkan lagi aliran perbelanjaan pelancongan negara. Setakat 2019 sekitar RM15.3 bilion telah disumbangkan pelancong China di Malaysia.

1 Mei 2024, Cukai Barangan Mewah Dilaksanakan

1 Mei 2024, Cukai Barangan Mewah Dilaksanakan

Sepertimana yang dibentangkan pada Belanjawan 2024 bulan lalu – kerajaan melalui Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini mengumumkan akan melaksanakan Cukai Barangan Mewah Bermula 1 Mei 2024 kelak. Bagaimanapun pendekatan pelaksanaan cukai ini akan diperincikan dalam masa terdekat dan difahamkan penguatkuasaannya akan meliputi barangan seperti barang kemas, jam tangan serta aset tertentu.

Senarai kategori barangan tersebut turut akan diperjelaskan dalam masa terdekat kelak. PM Anwar merangkap Menteri Kewangan (MOF) turut memaklumkan sebarang pelaksanaan cukai baharu akan diselaraskan mengikut pertimbangan ekonomi semasa bagi jangka pendek serta jangka masa sederhana.

Kelayakan Bantuan Sosial Rakyat, Berpandukan Pemilikan Aset Individu – PADU

Kelayakan Bantuan Sosial Rakyat, Berpandukan Pemilikan Aset Individu – PADU

Bertepatan dengan matlamat negara dalam melaksanakan agihan bantuan bersasar bersama sokongan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) mulai Januari 2024 kelak – antara fokus kriteria yang akan menjadi pengukur agihan adalah meneliti pemilikan aset kalangan penduduk negara.

Ini kerana menurut Kementerian Ekonomi, sebelum ini sebarang penentuan bantuan difahamkan tidak mengambilkira pemilikan aset ke atas individu. Situasi itu secara langsung membawa kepada ketidakseimbangan agihan bantuan khususnya buat pihak yang tidak pernah mengisytiharkan pemilikan aset mereka.

Maka keperluan mengemukakan pemilikan aset seperti kediaman, kenderaan, tanah dan beberapa segmen aset lain akan diutamakan dalam penentuan kelayakan bantuan bersasar negara.

Menerusi kaedah ini, ia akan membantu pentadbiran untuk tidak lagi memberi bantuan ke atas kelas pendapatan tertentu semata-mata. Semua perlu akui terdapat kumpulan yang sewajarnya mendapat bantuan akan tetapi berikutan paras pendapatannya lebih tinggi menjadikan hak kumpulan ini dinafikan.

Tidak hanya itu Kementerian Ekonomi pada sesi Parlimen turut menegaskan pihaknya akan melaksanakan pengesahan data bagi setiap maklumat yang dikemukakan penduduk negara di bawah PADU ini dan semakan itu akan dilaksana dengan teliti. Ini kerana hanya 60% pekerja negara yang berada di dalam sektor formal – secara langsung memiliki data pendapatan bersama kerajaan negara. Sementara 40% pekerja pula adalah bukan formal, maka proses pengesahan akan disoroti bersama kumpulan ini.

Setakat ini, status pembangunan PADU telah mencapai kemajuan 72% dan sebanyak 29.8 juta data penduduk telahpun dimuat-naik pada sistem data tersebut. Selain pemilikan aset, kriteria lain yang turut akan diambilkira adalah pendapatan, isi rumah, tanggungan, lokaliti dan jarak ke tempat bekerja.

Online
Hi! Boleh kami bantu?