Tabiat Membeli Pengguna Di Malaysia Sebanyak 75%, Dipengaruhi Oleh Pepengaruh Dan Selebriti

Tabiat Membeli Pengguna Di Malaysia Sebanyak 75%, Dipengaruhi Oleh Pepengaruh Dan Selebriti

Tatkala nilai prestasi e-dagang pasaran Asia Tenggara memaparkan potensi perkembangan kepada nilai $305 bilion menjelang 2029 – didapati medium media sosial dan kesan kumpulan pempengaruh ke atas pengguna di Malaysia dilihat lebih rendah, berbanding negara jiran yang lain.

Tinjauan Cube Asia bersama Impact pada laporan Pemasaran Pempengaruh E-Dagang di Asia Tenggara 2024 ini memperincikan, sejumlah 75% pengguna akui tabiat berbelanja mereka dipengaruhi cadangan yang dilaksanakan kumpulan pempengaruh pada pasaran negara. Kedudukan ini sekaligus menjadi peratusan kedua terendah selepas pasaran Singapura (67%).

Situasi ini berbeza dengan kumpulan pempengaruh di Vietnam yang berupaya memberi kesan ke atas perbelanjaan 90% pengguna e-dagang negara mereka, diikuti Indonesia (88%) dan Thailand (83%).

Mengikut perincian tabiat berbelanja di Malaysia, kategori produk yang sering dipengaruhi pempengaruh melibatkan produk fesyen (64%), kecantikan (61%) dan barangan dapur (39%). Lebih menarik antara kumpulan pempengaruh dan selebriti yang menjadi pilihan pengguna negara adalah Siti Nurhaliza, Wawa Zainal dan Khairul Aming.

Secara menyeluruh, pada pasaran Asia Tenggara – platform YouTube dan Facebook kekal menjadi peratusan terbesar pilihan pengguna dengan Malaysia memperlihatkan seramai 87% pengguna YouTube, sementara Facebook 80% dan TikTok pula 80%.

Akibat Keberhutangan Dan Terkanan Kos, Rakyat Malaysia Secara Purata Memiliki Aset Kewangan Sekitar RM44,000

Akibat Keberhutangan Dan Terkanan Kos, Rakyat Malaysia Secara Purata Memiliki Aset Kewangan Sekitar RM44,000

Penduduk Malaysia, secara amnya masih berdepan dengan kesukaran untuk memiliki aset kewangan bersih yang kukuh berikutan paras gaji yang masih rendah disusuli tekanan kos semasa dan kadar hutang isi rumah yang lebih tinggi. Perihal ini dapat dilihat pada Laporan Kekayaan Global Allianz 2024, yang memperincikan Malaysia di kedudukan ke-40 bersama aset kewangan bersih per kapita iaitu lebih RM44,000 (EUR9,430).

Kedudukan ini secara jelas memaparkan kadar simpanan penduduk negara lebih kecil susulan paras hutang isi rumah kembali meningkat. Minggu lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan nisbah hutang isi rumah di Malaysia semakin meningkat kepada 83.8% biarpun kumpulan peminjam berisiko lebih tinggi telah menurun kepada 4.4%.

Jumlah aset kewangan ini ternyata memaparkan jurang yang berbeza dengan negara jiran Singapura – apabila didapati secara puratanya rakyat Singapura miliki aset kewangan sekitar RM800,000 dengan kedudukan ke-4 dalam carta global. Kedudukan itu secara menyeluruh mengatasi Taiwan (5), diikuti Jepun (14). Jelas laporan kemajuan status aset kewangan Singapura itu diimbangi akan penurunan nisbah hutang rakyat mereka kepada 54.1% setakat akhir 2023 lalu.

Berbalik kepada data aset kewangan Malaysia per kapita ini – kebanyakkan aset tersebut adalah disumbangkan hasil penyertaan pada dana insurans dan pencen, diikuti deposit dan sekuriti.

Sebanyak 53% Rakyat Di Malaysia Masih Bergantung Pada Gaji, Tiada Kemampuan Untuk Menyimpan Simpanan

Sebanyak 53% Rakyat Di Malaysia Masih Bergantung Pada Gaji, Tiada Kemampuan Untuk Menyimpan Simpanan

Tatkala aliran ekonomi Malaysia kian memulih bersama penambahbaikan dalam aspek asas pendapatan bersama kumpulan pekerja – masih terdapat banyak pihak lagi berdepan kekangan akan tekanan kos semasa. Mengikut tinjauan semasa, sekitar 53% rakyat Malaysia masih bergantung sepenuhnya kepada gaji mereka – malah adanya berbelanja lebihi pendapatan mereka. Situasi ini secara langsung menyebabkan kumpulan ini tidak miliki kapasiti untuk melakukan simpanan.

 

 

Lebih membimbangkan dapatan di bawah Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus 2024 (RMFLS2024) ini menjelaskan hanya 33% rakyat negara menyimpan lebih RM500 pada setiap bulan. Sementara 55% responden pula akui kekal cemas akan status kewangan semasa mereka susulan berdepan komitmen yang tinggi.

Selanjutnya, tinjauan turut dapati terdapatnyapenambahbaikan status kewangan dalam kalangan wanita di Malaysia. Ketika ini 28% wanita di negara melaksanakan simpanan lebih RM500 setiap bulan, diikuti 38% akui mampu bertahan lebih 4 bulan sekiranya mereka tidak bekerja dan lebih membanggakan adalah 57% wanita di Malaysia telah bertindak merancang pelan persaraan mereka demi kesejahteraan hari tua kelak.

Penambahbaikan ini menurut RinggitPlus, jelas menunjukkan komitmen wanita untuk meningkatkan taraf hidup mereka kian melonjak. Secara menyeluruh untuk perancangan pelan persaraan ini, masih terdapat 40% rakyat negara tidak berbuat sebarang perancangan berhubung persaraan mereka. Di mana didapati 26% daripada beranggapan mereka masih muda untuk laksana perancangan kewangan hari tua.

BNM Sarankan Syarikat Insuran Kecilkan Jurang Perlindungan, Hadapi Fasa Kebanjiran Warga Emas

BNM Sarankan Syarikat Insuran Kecilkan Jurang Perlindungan, Hadapi Fasa Kebanjiran Warga Emas

Dalam memastikan prestasi ekonomi negara terus berkembang, pelbagai iniasitif sokongan perlu disertakan termasuklah meluaskan kapasiti perlindungan kalangan penduduk negara. Ini kerana menjelang 2044, 14% daripada penduduk Malaysia dijangka berusia 65 tahun ke atas. Susulan situasi ini, Bank Negara Malaysia (BNM) kini beri penekanan untuk penyedia insurans dan takaful meluaskan usaha mereka bagi mengecilkan jurang perlindungan yang masih ketara pada pasaran semasa.

Jelas Gabenor BNM pada sidang penjenamaan semula Asian Institute of Insurance (All) minggu ini, usaha sedemikian akan mengukuhkan lagi jaringan keselamatan kewangan ke atas masyarakat negara. Fenomena yang dikenali sebagai kebanjiran warga emas tersebut, secara ketara akan memperlihatkan penduduk golongan bekerja akan semakin berkurangan dan perlu menanggung penduduk golongan warga emas yang semakin bertambah.

Antara input yang diusulkan BNM adalah memanfaatkan teknologi digital dalam meningkatkan kecekapan data serta kawalan kos yang lebih, diikuti meluaskan pendidikan tentang kepentingan perlindungan, mweujudkan ekosistem insurans yang lebih inklusif khususnya ke atas kumpulan yang kurang mendapat perkhidmatan dan melaksana integrasi bersama pemain serantau bagi memudahkan lagi akses perlindungan dapat dicapai. Adanya kebersamaan ini, BNM menjangkakan lebih ramai pihak meraih manfaat perlindungan yang saksama di masa hadapan.

Cara Keluarkan Duit ASB Online, Semuanya Dihujung Jari!

Cara Keluarkan Duit ASB Online, Semuanya Dihujung Jari!

Anda kini tidak lagi perlu beratur panjang untuk membuat pengeluaran simpanan Amanah Saham Bumiputera atau lebih dikenali sebagai simpanan ASB. Selari dengan kemajuan teknologi, anda kini boleh keluarkan duit ASB online dengan mudah melalui portal dan aplikasi myASNB. Kemudahan pengeluaran ASB online membolehkan anda membuat pengeluaran pada bila-bila masa di saat memerlukan.

Cara Nak Keluarkan Duit ASB Online

Jika dahulu urusan pengeluaran simpanan ASB perlu dilakukan di kaunter, tetapi kini simpanan ASB boleh dikeluarkan dengan lebih mudah secara online. Untuk membuat pengeluaran ASB secara dalam talian, anda perlu berdaftar dan mempunyai akaun myASNB terlebih dahulu.

Bagi yang sudah mempunyai akaun, berikut cara mudah untuk keluarkan duit simpanan ASB secara online:

  • Log masuk ke dalam aplikasi MyASNB atau portal myASNB melalui pautan https://www.myasnb.com.my/;
  • Seterusnya, klik pada butang “Jualan Balik” – anda kemudiannya akan di bawa ke halaman “Jualan Balik”
  • Pilih amaun dana yang ingin dikeluarkan. Anda boleh memilih sama ada RM100, RM300 atau RM500 atau masukkan apa-apa amaun mengikut keperluan anda. Had maksimum pengeluaran ASB online adalah sebanyak RM2,000 sebulan. Selain itu, penting untuk anda tahu had maksimum urus niaga jualan balik adalah sebanyak tiga kali sahaja bagi setiap bulan;
  • Setelah selesai, nyatakan persetujuan anda di bahagian perakuan dan klik butang “Seterusnya” – anda akan dibawa ke halaman “Pengesahan Pemegang Unit”;
  • Sahkan maklumat yang tertera, dan klik butang “Hantar”. Pemberitahuan pengesahan akan dihantar kepada anda sama ada melalui aplikasi myASNB atau SMS;
  • Masukkan nombor TAC atau sahkan proses;
  • Selesai. Dana akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan anda dalam tempoh satu hari bekerja.

 

Cara Keluarkan Duit ASB Offline

Selain keluarkan duit ASB secara online, anda juga boleh keluarkan duit ASB secara fizikal melalui Pejabat Pos atau ejen bank di Malaysia. Berikut cara keluarkan duit ASB offline di Pejabat Pos:

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Pejabat Pos berhampiran anda;
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dalam borang jualan balik unit ASB;
  3. Ambil nombor dan tunggu sehingga giliran anda dipanggil;
  4. Bawa bersama dokumen peribadi seperti kad pengenalan untuk pengesahan cap jari di kaunter;
  5. Selesai.

Selain Pejabat Pos, anda juga boleh keluarkan duit ASB di mana-mana kaunter bank berdekatan anda. Anda boleh berkunjung ke mana-mana kaunter bank yang merupakan ejen ASB antaranya:

  • Hong Leong Bank;
  • Alliance Bank;
  • Maybank;
  • AmBank;
  • Bank Muamalat;
  • Bank Islam;
  • Affin Bank;
  • RHB Bank;
  • Ambank;
  • CIMB Bank; dan
  • Bank Simpanan Nasional.

Berikut cara keluarkan duit ASB secara offline melalui bank ejen ASB di Malaysia:

  1. Pergi ke mana mana kaunter bank yang merupakan ejen ASB;
  2. Isi dan lengkapkan borang jualan balik unit ASB anda;
  3. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga giliran anda dipanggil;
  4. Serahkan dokumen kad pengenalan untuk tujuan pengesahan diri;
  5. Selesai.

Berbeza dengan pengeluaran ASB online, tiada had jualan balik maksimum ditetapkan jika urus niaga dilakukan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.

Rancang Pengeluaran ASB Anda untuk Masa Depan yang Lebih Baik

Pengeluaran ASB kini boleh dilakukan dengan lebih mudah secara online dengan adanya myASNB ini. Pengguna tidak lagi perlu hadir ke mana-mana cawangan bank atau Pejabat Pos untuk tujuan ini. Meskipun proses pengeluaran kini lebih mudah, anda disarankan untuk tidak tidak membuat pengeluaran sesuka hati.

Penting untuk anda menjaga simpanan anda dengan bijak supaya simpanan anda terus berkembang dan memberi manfaat jangka panjang. Jika anda keluarkan duit ASB anda, jumlah simpanan anda akan berkurangan. Ini secara tidak langsung boleh beri kesan pada pendapatan dividen ASB yang akan diterima pada masa hadapan.

P/S:

Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan perkhidmatan KMC untuk perunding pengurusan penyatuan pembiayaan peribadi, pengurusan pembiayaan semula rumah & tanah, atau pilih kami menjadi pemudah cara untuk perkhidmatan lesen & sijil, hubungi kami segera. Layari KMC hari ini untuk pengalaman memudahkan urusan anda.

Jumlah Penjawat Awam Muflis Sekitar 13% – Jabatan Insolvensi

Jumlah Penjawat Awam Muflis Sekitar 13% – Jabatan Insolvensi

Sejak 2021 sehingga rekod semasa, didapati 10-13% daripada kes bankrap baharu yang didaftarkan di seluruh negara adalah melibatkan kumpulan penjawat awam. Data Jabatan Insolvensi (MdI), memperincikan antara faktor yang mendorong kepada status tersebut susulan memiliki tahap hutang yang serius. Di mana ia diklasifikan sebagai kesalahan di bawah Peratusan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Untuk makluman, tahap hutang serius ini didasari berlandaskan jumlah pendapatan yang dinikmati penjawat awam. Pada pengukuran tersebut, kumpulan terlibat ini hanya membawa pulang jumlah pendapatan bawah daripada 40% sahaja.

Dan lebih jelas, sekiranya individu berdepan tunggakan lebih RM100,000 – maka kumpulan ini telahpun layak dikategorikan muflis menerusi tindakan mahkamah. Secara menyeluruh, setakat Julai lalu MdI sejumlah 159,781 kes bankrap telah direkodkan di seluruh negara dengan pinjaman peribadi dan perniagaan terus menjadi punca utama kegagalan peminjam menguruskan kewangan mereka.

Online
Hi! Boleh kami bantu?