by Faiz Riziq | Jan 12, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Setelah melalui fasa pemulihan pada tahun 2022, pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun ini dijangka lebih perlahan dengan jangkaan perkembangan sekitar 4.0%. Sasaran Bank Dunia pada prospek ekonomi global bulan ini menjelaskan situasi ini berlaku susulan aliran eksport ke pasaran utama dijangka lebih rendah. Seperti yang kita ketahui pasaran utama seperti AS, China dan Kesatuan Eropah telah memberi gambaran bahawa permintaan pasaran akan lebih perlahan ekoran tekanan inflasi dan kadar faedah dunia.
Untuk makluman selain Malaysia, pasaran Kemboja, Mongolia dan Vietnam yang turut berpaksikan kepada permintaan eksport dan komoditi dunia – dijangka akan alami kesan yang tinggi susulan aliran ekonomi semasa. Malah pada tinjauan itu, pertumbuhan Malaysia dilihat jauh lebih rendah berbanding negara jiran seperti Filipina (5.4%), Vietnam (6.3%) dan Indonesia (4.9%). Sementara Thailand pula disasarkan capai sekitar 3.6%.
by Faiz Riziq | Jan 11, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Ekoran situasi ekonomi dunia yang telah membawa kepada tekanan mata wang semasa dan penutupan operasi akibat konflik Ukraine-Rusia, operasi McDonald’s kini dalam pertimbangan mengurangkan jumlah tenaga korporatnya. Aturan itu adalah sebahagian daripada langkah McDonald’s untuk meluaskan jejak jenama mereka di seluruh dunia – dengan menggandakan jumlah cawangan di masa hadapan kelak.
Menerusi tindakan itu, difahamkan syarikat akan laksana penilaian terhadap tahap pengurusan korporat di cawangan seluruh dunia. Mengikut makluman Ketua Pegawai Eksekutif Chris Kempczinski bersama WSJ ini – penstrukturan semula petugas juga akan dilaksana seawal April ini.
Ketika ini, McDonald’s dimaklumkan memiliki sekitar 200,000 petugas melibatkan segmen korporat dan restoran. 75% daripada pasaran itu diperhatikan adalah diluar AS. Bagaimanapun perancangan itu dimaklumkan tidak memiliki sebarang jumlah tetap, berapa ramai petugas korporat yang akan terjejas.
by Faiz Riziq | Jan 9, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Seperti yang dimaklumkan pada Jun 2022, kerajaan kelak akan laksana kutipan cukai baharu ke atas pembelian barangan import bernilai rendah (LVG) yang dijual secara atas talian berharga bawah RM500. Mengikut makluman, pengenaan cukai ini akan mula dikenakan ke atas pengguna bagi setiap pembelian bermula 1 April 2023 kelak. Ia menjelaskan pembelian pada sebelum tarikh tersebut tidak akan terpakai untuk pengenaan cukai ini.
Malah dimaklumkan pengenaan cukai 10% ini turut terpakai kepada pelanggan di zon bebas seperti Labuan, Pulau Langkawi, Tioman dan Pangkor. Maka melalui kelulusan ini para penjual dan pengguna perlu bersedia akan pertambahan kos pada barangan import yang bernilai rendah ini kelak.
by Faiz Riziq | Jan 9, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Meskipun tahun ini terdapat jangkaan akan berlakunya kelembapan ekonomi susulan tekanan kos semasa – namun aliran perbelanjaan rakyat Malaysia dijangka kekal positif. Situasi ini menurut Kenanga Research akan diimbangi dengan sokongan subsidi pentadbiran negara ke atas kos bahan api, elektrik serta barangan makanan terpilih. Ia secara langsung akan membantu meningkatkan keyakinan perbelanjaan dan melandaikan tekanan kos sara hidup dalam kalangan rakyat negara, khususnya B40 dan M40.
Tidak hanya itu, pada laporan Bernama peningkatan kuasa beli ini juga turut terdorong hasil pemulihan ekonomi yang semakin baik bersama lonjakan permintaan pelancongan juga turut membantu negara. Menerusi peningkatan pelancong, ia sekaligus akan meningkatkan aliran ekonomi setempat meliputi penginapan, perkhidmatan, dan pengangkutan di negara. Akan tetapi kekal diakui risiko peningkatan kos berupaya berlaku menjejaskan aliran tunai rakyat negara. Setakat ini, pertumbuhan ekonomi Malaysia diunjurkan 4% dan disasarkan tekanan inflasi akan mulai reda pada separuh kedua 2023.
by Faiz Riziq | Jan 9, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Sejak tahun lalu, kos menunaikan ibadah umrah Malaysia diperlihat semakin meningkat dari semasa ke semasa – susulan kenaikan harga yang berlaku di Mekah dan Madinah. Menurut makluman Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) peningkatan harga ini adalah tindak-balas pasaran tekanan kos yang didepani disana. Ia melibatkan kos pengangkutan dan penginapan perhotelan. Tambahan tekanan kos ini terus melonjak susulan permintaan yang tinggi dari pelbagai jemaah luar negara.
Untuk makluman setakat ini, paras harga hotel telah meningkat sehingga 110% kepada sekitar 1,200 riyal hingga 1,400 riyal. Menerusi perkongsian ini, pihak MATTA bersama agensi yang terlibat memohon perhatian para jemaah untuk bersedia akan sebarang peningkatan kos mendadak. Ini kerana kenaikan harga pakej secara berkala berpotensi berlaku berdasarkan kenaikan harga di pasaran Kota Mekah dan Madinah.
by Faiz Riziq | Jan 9, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Lanjutan daripada rancangan syarikat teknologi Amazon untuk memberhentikan sebahagian pekerjanya, kini diteruskan apabila terdapat rancangan sekitar lebih 17,000 pekerjanya akan terjejas. Mengikut laporan Wall Stret Journal, antara bahagian yang bakal terkesan meliputi segmen korporat syarikat tersebut. Menerusi langkah ini, ia tidak sekadar menandakan persiapan kumpulan untuk mengikuti aliran tekanan kos operasi dan ekonomi yang lebih perlahan.
Namun ia juga dilihat sebagai tindak-balas operasi untuk menggandakan siling gaji asas syarikat kepada petugas. Seperti umum sedari, tahun lalu Amazon telah memaklumkan akan menamatkan jumlah petugas sekitar 10,000 namun jumlah terbaharu ini dilihat jauh lebih tinggi daripada perancangan awalnya.
Recent Comments