Rugi RM2.48 Billion – Capital A

Rugi RM2.48 Billion – Capital A

Secara menyeluruh tahun 2022, Capital A telah mencatatkan kerugian bersih pada paras RM2.48 bilion. Angka ini memperlihatkan kerugian kumpulan semakin menurun berbanding data tahun sebelumnya, 2021 yang mencatatkan kerugian sekitar RM2.99 bilion. Prestasi yang semakin memulih itu telah dicetuskaan hasil permintaan yang positif pada suku keempat 2022 dengan memperlihatkan perolehan kumpulan naik kepada RM6.61 bilion.

Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia itu, suku keempat Capital A telah meraih untung bersih sejumlah RM256.2 juta dan pertambahan hasil telah berlaku kepada RM2.37 bilion. Prestasi positif ini disumbang 83% daripada segmen penerbangan, 8.0% segmen digital dan lain-lain, 6.0% segmen logistik dan baki 3.0% segmen kejuruteraan.

Capital A juga akui walaupun berdepan tekanan kos bahan api, kumpulan berjaya penuhi permintaan penerbangan pengguna dengan menyaksikan lonjakan 348% kepada RM2.12 bilion untuk suku keempat ini. Sementera segmen digital melibatkan AirAsia Super App pula terus menyokong permintaan perjalanan pengguna dengan merangsang pertumbuhan kumpulan bersama peningkatan 42% kepada RM137.7 juta bagi suku keempat. Aliran positif ini turut berlaku pada BigPay dengan merekodkan peningkatan hasil 80% kepada RM10 juta pada suku yang sama.

 

Rugi Sebanyak RM5 Billion Untuk Majikan Akibat Kos Cuti Sakit

Rugi Sebanyak RM5 Billion Untuk Majikan Akibat Kos Cuti Sakit

Tahun 2022, didapati majikan di Malaysia berdepan ketirisan sekitar RM5.05 bilion – susulan kesan para pekerja yang mengambil cuti sakit. Jumlah kerugian ini mengikut data Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), mengambil kira kos gaji pekerja yang bercuti sakit, kos klinikal pesakit luar dan kos menggantikan pekerja yang bercuti berdasarkan bayaran lebih masa.

Mengikut perincian laporan TheStar itu situasi sedemikian secara langsung memberi kesan kepada produktiviti perkembangan syarikat, di samping aliran kewangan operasi turut terjejas. Maka saranan mengambil tindakan tegas ke atas pekerja yang berkaitan itu dimaklumkan wajar dipertimbang.

Selain saranan tindakan tegas, majikan juga dinasihatkan untuk menggandakan insentif tambahan bagi menggalakkan lagi kehadiran pekerja ke syarikat – ia tidak sekadar faedah kesihatan tetapi pemberian ganjaran pada faedah lain. Majikan juga disarankan laksana perbincangan bersama pekerja, untuk beri kemudahan fleksibiliti agar pekerja tidak rasa terbeban dan majikan dapat mengurangkan berlakunya ketirisan.

Sebagai perbandingan, mengikut data tahun sebelum ini didapati kerugian tahun 2020 dan 2021 telah menurun sekitar 40% hingga 50% – isi susulan ramai pekerja laksana konsep bekerja dari rumah akibat sekatan pandemik COVID-19.

CIMB Meraih Keuntungan Sebanyak RM6.21 Billion Tahun 2022

CIMB Meraih Keuntungan Sebanyak RM6.21 Billion Tahun 2022

CIMB Group terus mengukuhkan kedudukan kumpulan, apabila prestasi 2022 berjaya merekodkan untung bersih teras bernilai RM6.21 bilion bersama lonjakan 33.5% secara menyeluruh untuk tahun 2022 yang berakhir pada 31 Disember lalu. Perkongsian CIMB pada sidang maya sebentar tadi turut menjelaskan peningkatan prestasi itu dapat diperlihat pada pulangan teras tahunan bagi purata ekuiti (ROE) yang telah meningkat sekitar 10.2% daripada 8.1%.

Selain itu, kumpulan juga turut memaparkan perolehan untung sebelum cukai (PBT) sekitar RM8.49 bilion dengan lonjakan 33.8%. Menurut CIMB, prestasi membrangsangkan ini dicetus hasil pertumbuhan pinjaman yang kukuh bersama pengembangan margin faedah bersih (NIM) serta hasil pengurusan kos yang baik pada pentadbiran.

Perkembangan positif ini dilihat selari dengan usaha kumpulan pada agenda Forwad+23 yang membantu CIMB membentuk kembali pelan strategik serta pembangunan portfolio kumpulan dalam penerokaan peluang pelaburan. Selanjutnya pada pasaran di masa hadapan, CIMB memiliki matlamat meningkatkan kecekapan teknologi dan kekuatan operasi kumpulan. Ia secara langsung tidak sekadar memberi pengalaman platform digital yang baik buat pengguna namun turut meningkatkan imej kumpulan di pasaran hadapan.

 

 

Khazanah, KWSP Labur RM1.5 Billion Startup Malaysia – Belanjawan 2023

Khazanah, KWSP Labur RM1.5 Billion Startup Malaysia – Belanjawan 2023

Untuk terus memantapkan sektor teknologi digital negara, perniagaan startup dilihat antara pemangkinnya pada pertumbuhan Malaysia. Maka melalui usaha itu, kerajaan memaklumkan Khazanah Nasional dan KWSP akan melabur pada startup tempatan.

Makluman pada Belanjawan 2023 itu menggariskan, KWSP dan Khazanah akan menyalurkan pelaburan berjumlah RM1.5 bilion pada arena startup. Menerusi usaha ini, secara langsung meningkatkan tumpuan negara pada perkembangan pemodal teroka. Secara keseluruhan, Malaysia menjangkakan tahun ini, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan membantu negara, mengumpulkan nilai pelaburan berjumlah RM50 bilion untuk arena startup tempatan.

Tambah RM500 Untuk 2 Juta Pencarum – Belanjawan 2023 Madani

Tambah RM500 Untuk 2 Juta Pencarum – Belanjawan 2023 Madani

Menyentuh isu simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Malaysia pada Belanjawan 2023 kini memaklumkan akan menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 sebanyak RM500 – untuk ahli berusia 40 hingga 54 tahun yang miliki simpanan kurang RM10,000 dalam Akaun 1 mereka.

Usaha ini secara langsung akan membantu hampir 2 juta pencarum KWSP yang terkesan disebabkan pengeluaran pada era pandemik COVID-19 sebelum ini. Secara menyeluruh, sekitar RM1 bilion diperuntukan untuk membantu tambahan caruman kumpulan ini.

OPR kekal 2.75% Tapi Dijangka Naik Mei 2023

OPR kekal 2.75% Tapi Dijangka Naik Mei 2023

Setelah Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak mengekalkan paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) di takuk 2.75% pada 19 Januari lalu, dijangka angka tersebut berpotensi dinaikkan 25 mata asas (bps) kepada 3.00% menjelang Mei kelak. Ini bermakna, pengumuman paras OPR pada Mac hadapan, dijangka akan kekal di paras 2.75%.

Menurut pengamatan ekonomi Bloomberg ini, sekiranya pelarasan 3.00% itu telah dilaksanakan maka disasar ia akan dikekalkan sehingga akhir tahun 2023 dan Malaysia bakal alami penurunan semula OPR hanya pada suku pertama 2024 dan dijangka kembali meningkat pada suku keempat 2024 atau awal 2025.

 

 

Manakala ramalan inflasi pula diletakkan paras 3% pada tahun ini dan 2.3% pada tahun 2024. Diikuti pertumbuhan ekonomi negara pula kekal paras 4% dan akan alami peningkatan kepada 4.6% menjelang 2024.

Aliran ini menurut penganalisis adalah berpaksikan kepada konsep ekonomi terbuka negara yang berdepan kesan akan kelembapan ekonomi global. Walaupun permintaan luar akan lebih perlahan, namun permintaan domestik negara kekal berdaya saing. Ini menjadi faktor kestabilan ekonomi Malaysia sepanjang tahun 2023.

Online
Hi! Boleh kami bantu?