Pesara Terima RM200, Penjawat Awam Terima RM300 – Mulai 10 Ogos Ini

Pesara Terima RM200, Penjawat Awam Terima RM300 – Mulai 10 Ogos Ini

Sekitar 1.3 juta penjawat awam di Malaysia kelak bakal menerima manfaat Bantuan Khas Penghargaan oleh pentadbiran negara. Bayaran dana khas itu dimaklumkan akan diagihkan pada 10 Ogos 2023 ini.

Mengikut penjelasan, dana itu akan memperlihatkan penjawat awam gred 56 dan ke bawah akan meraih sejumlah RM300, diikuti pesara dengan jumlah RM200. Penawaran ini meliputi kumpulan pesara kerajaan termasuk termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Selain itu, lantikan kontrak turut akan meraih manfaat yang sama. Melalui bayaran ini, ia secara langsung berpotensi meringankan bebanan tunai penjawat awam pada tekanan kos semasa.

Caruman KWSP Majikan Dinaikkan 20%, Masih Belum Diteliti Oleh MOF

Caruman KWSP Majikan Dinaikkan 20%, Masih Belum Diteliti Oleh MOF

Pada awal Mei lalu, terdapat usul dikemukakan untuk menaikkan caruman Kumpulan Wang Simpanana Pekerja (KWSP) pada bahagian majikan daripada 13% kepada 20%. Mengambil maklum cadangan baik ini, Timbalan Menteri Kewangan I (MOF) Datuk Seri Ahmad Maslan ketika sesi MOF di Kelantan hari in – bagaimanapun menjelaskan setakat ini tiada lanjutan pada penelitian usul tersebut.

Pihaknya akui usul tersebut telahpun dikemukakan namun penelitian lanjut masih tidak dilaksanakan antara Jemaah Menteri. Malah penjelasan tersebut turut telah dilakukan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini. Perincian lanjut berhubung usul tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Berhubung cadangan ini, pelbagai pihak telah menyuarakan pandangan bahawa ia akan memberi kesan yang mendalam tidak hanya kepada majikan dengan penambahan 7% tetapi turut menjejaskan situasi pekerja, di mana jumlah pekerja berpotensi dikurangkan dan kos pekerja juga berupaya naik lebih 6%.

Inflasi di Malaysia menurun ke tahap 2.4%, Terendah dalam tempoh 6 bulan.

Inflasi di Malaysia menurun ke tahap 2.4%, Terendah dalam tempoh 6 bulan.

Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menjadi pengukur kepada paras inflasi utama Malaysia kini memaparkan prestasi inflasi Malaysia bagi Jun 2023 telah semakin menurun, mereda kepada 2.4%. Angka ini untuk makluman semua, adalah paras inflasi paling terendah dalam tempoh 6 bulan 2023.

Berdasarkan pemerhatian data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini, meskipun paras tersebut telah mereda namun masih terdapat beberapa kenaikan berlaku pada paras inflasi Jun 2023 ini berbanding Mei 2023 antaranya didorong oleh Restoran & Hotel yang mencatatkan 5.4%, diikuti Makanan & Minuman Bukan Alkohol pula 4.7%.

Diikuti kumpulan Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.6%), Kesihatan (2.0%) dan Pendidikan (1.9%). Manakala Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain dan Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan pula masing-masing meningkat 1.8 peratus dan 1.6%. Ini dikuti oleh Minuman Alkohol & Tembakau (0.6%) dan Pakaian & Kasut (0.1%).

Selain itu, komponen Makan Di Rumah pula telah menurun perlahan kepada 3.2% pada Jun 2023 berbanding 4.3% yang direkodkan bulan Mei sebelumnya. Namun paras ini jelas masih didorong kenaikan oleh peningkatan Susu, keju & telur (6.0%), Beras, roti & bijirin lain (5.3%), Daging (5.2%) dan Gula, jem, madu, coklat & manisan (3.6%). Manakala, bagi komponen Makanan Di Luar Rumah turut mereda kepada 6.8 peratus berbanding 8.1% yang direkodkan pada Mei 2023.

Bagi paras inflasi mengikut negeri pula – didapati 6 negeri mencatatkan paras inflasi lebihi paras nasional iaitu Sarawak (3.0%), Pahang (2.9%), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.8%), Selangor (2.7%), Perak (2.7%) dan Melaka (2.7%).

Manakala sebagai perbandingan bersama negara luar yag terpilih – Malaysia mencatatkan kadar inflasi yang lebih rendah berbanding Zon Euro (5.5%), Filipina (5.4%), Indonesia (3.5%), Amerika Syarikat (3.0%) dan Republik Korea (2.7%).

 

Suntikan Pelaburan Sebanyak $845 Juta dari Alibaba

Suntikan Pelaburan Sebanyak $845 Juta dari Alibaba

Lazada, platform e-dagang serantau kini menerima suntikan pelaburan berjumlah $845 juta daripada Alibaba Group – untuk terus meningkatkan saingannya bersama pasaran lain seperti Sea dan Amazon. Tindakan ini secara langsung telah menjadikan jumlah pelaburan yang dilaksanakan Alibaba ke atas Lazada dianggarkan telah mencecah beberapa bilion dolar, sejak ia menguasai Lazada pada tahun 2016.

Bagaimanapun laporan Bloomberg ini tidak mendapat maklum-balas kedua pihak akan langkah pelaburan yang dicapai. Buat pengetahuan umum, ini bukanlah langkah pelaburan yang baharu – setakat awal September 2022 lalu Alibaba telahpun laksana suntikan modal dengan melabur sejumlah lebih $912 juta pada Lazada.

Fasa 1 Permohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP Dibuka, Untuk Pencarum Berusia 40-54 Tahun – Mulai 7 April

Fasa 1 Permohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP Dibuka, Untuk Pencarum Berusia 40-54 Tahun – Mulai 7 April

Buat lebih 4 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak menggunakan sokongan Akaun 2 sebagai sandaran pinjaman kewangan bersama pihak perbankan – kini diumumkan Fasa 1 bagi tindakan itu akan bermula pada 7 April ini. Kumpulan usia yang dibenarkan pada permohonan ini hanyalah tertakluk kepada ahli KWSP yang beumur 40 tahun sehingga 54 tahun sahaja. Permohonan ini dimaklumkan hanya dibenarkan sekali sahaja dan pencarum perlu miliki simpanan Akaun 2 minimum sekurangnya RM3,000.

Sementara syarat pengeluaran maksimum pula adalah di paras RM50,000. Bagi Fasa 1, dimaklumkan institusi perbankan yang terlibat untuk tindakan pinjaman kewangan tersebut adalah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank. Bagaiamanpun sebarang kelulusan masih tertakluk berlandaskan kriteria yang ditetapkan pihak perbankan. Sementara Fasa 2 melibatkan pencarum di bawah usia 40 tahun pula akan dimaklumkan kelak.

Berdasarkan pencerahan Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini, pinjaman kewangan tersebut akan dikenakan kadar keuntungan antara 4% sehingga 5% setahun. Ini bermakna lebih rendah berbanding kadar pembiayaan peribadi pasaran semasa iaitu antara 8% sehingga 15%. Maka untuk perincian lanjut, semua pihak boleh merujuk pautan KWSP-Fasiliti Sokongan Akaun 2 dan memahami pengiraan amaun kelayakan awal bersandarkan simpanan Akaun 2 pencarum melalui jadual di bawah;

 

 

Duit KWSP Berisiko Habis 19 Tahun Sebelum Kematian – BNM

Duit KWSP Berisiko Habis 19 Tahun Sebelum Kematian – BNM

Ramai pihak yang alpa akan kesan disebalik melaksanakan pengeluaran simpanan wang persaraan mereka secara berterusan. Antara impak yang dapat kita lihat adalah sejumlah RM145 bilion telah dikeluarkan rakyat Malaysia di bawah 4 program pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra serta Pengeluaran Khas.

Ekoran tindakan itu, ini telah menjejaskan jumlah wang persaraan yang wajar dimiliki rakyat Malaysia untuk beberapa tahun mendatang. Terbaharu, mengikut dapatan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Tinjauan Ekonomi, Monetari 2022 – rakyat Malaysia didapati berisiko kehabisan simpanan wang saraan mereka, 19 tahun sebelum mereka meninggal dunia.

Keadaan ini berlaku berikutan langkah pengeluaran khas yang dilaksanakan, telah mengakibatkan pengurangan sasaran tempoh simpanan wang bersara itu bertahan kepada 3 tahun sahaja sekiranya rakyat mulai bersara – berbanding sebelum pandemik COVID-19 dijangka tempoh penengah simpanan wang sara mampu bertahan sekitar 5 tahun.

Kesan ini menurut BNM turut diselarikan dengan dapatan PBB 2022 – bahawa purata jangka hayat global disasar meningkat lebihi 77 tahun menjelang 2050. Maka hasil peningkatan jangka hayat itu, untuk rakyat Malaysia dianggarkan kehabisan simpanan wang sara, 19 tahun sebelum meninggal dunia.

Namun langkah itu boleh diimbangi dengan cadangan BNM, sekiranya para pencarum sebagai contoh kumpulan B40, diusia 50 hingga 54 tahun menangguhkan pengeluaran simpanan mereka sehingga 5 tahun iaitu kepada usia 60 tahun. Ini kerana dengan paras pendapatan B40, mereka berupaya meraih sehingga RM36,800 simpanan tambahan untuk hari tua. Tindakan itu bersamaan dengan 16% daripada Simpanan Asas KWSP. Usaha sedemikian secara langsung berupaya meningkatkan lagi kekuatan simpanan wang sara pencarum dan menjadikan mereka lebih bersedia lalui hari tua kelak.

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?