by Faiz Riziq | Oct 3, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan
Ketidaktentuan ekonomi kesan pascapandemik COVID-19, dianggarkan akan memberi impak kepada kos haji negara – di mana berupaya meningkat cecah 11% mulai tahun 2024. Menurut Lembaga Tabung Haji (TH) pada sidang media di Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1444H/2023M hari ini – situasi itu turut didorong kesan tekanan inflasi dan kedudukan nilai mata wang semasa. Malah tindakan Arab Saudi melaras naik Cukai Nilai Tambah (VAT) sekitar 5% hingga 6% turut memacu lagi keadaan tersebut. Maka ini secara langsung menjadikan kenaikan kos haji lebih tinggi bakal berlaku.
Berikutan anggaran kos itu, TH terus optimis membantu meringankan beban jemaah B40 dan M40 dalam menunaikan ibadah haji. Berdasarkan rekod, musim lalu sebanyak RM265 juta telah disalurkan dan usaha itu akan terus dipergiatkan kelak.
by Faiz Riziq | Oct 2, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Perbankan
Walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberi jaminan bahawa peniaga tidak akan terkesan akan pengenaan caj transaksi melibatkan pembayaran pada DuitNowQR bersama bank utama dan penyedia khidmat kewangan bukan-bank ketika ini, namun isu tersebut akan terus dperincikan lagi pada sidang Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) pada Selasa ini (3 Oktober).
Agenda itu menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melibatkan penyertaan BNM, bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Di mana pihaknya akan meneliti kesan ke atas peniaga dan pengguna susulan tindakan caj tersebut kelak. Buat pengetahuan umum, ketika ini hampir 1.9 juta pengguna menggunakan DuitNow QR.
Caj transaksi itu dikhuatiri tidak sekadar memberi kesan kepada peniaga tetapi turut akan memperlahankan lagi usaha digitalisasi negara sepertimana yang dirangka pada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di bawah Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI). Maka perbincangan susulan akan disemak secara bersama untuk memperkasakan lagi arena ekonomi digital negara.BN
by Faiz Riziq | Sep 25, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi
Indeks Pelopor (IP) yang bertindak menjadi ukuran berhubung jangkaan keseluruhan aktiviti ekonomi negara bagi tempoh 4 bulan sehingga 6 bulan mendatang ecara purata kini memperlihatkan prestasi ekonomi Malaysia kekal sederhana dengan mata 109 pada Julai 2023. Walaupun pertumbuhan kekal sederhana, aliran ekonomi negara terus alami peningkatan apabila prestasi ini didorong pertambahan bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan – naik 200.8%.
Namun aliran itu terkesan disebabkan tekanan kos dan ketidaktentuan ekonomi global. Meskipun alami kesan sedemikian, Indeks Perusahaan Bursa Malaysia kekal baik bersama nilai jualan dan pembuatan naik 0.1%. Sementara Indeks Serentak (IS) yang bertindak mengukur prestasi keseluruhan ekonomi semasa pula menunjukkan aliran semasa negara naik 2.2% bagi Julai 2023 pada tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Aliran itu disumbang antaranya disebabkan nilai caruman benar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) naik sebanyak 15.5%, diikuti Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit turut naik 0.3%. Keadaan sederhana ini secara langsung menilai prestasi ekonomi negara kekal tumbuh walaupun di paras sederhana.

by Faiz Riziq | Sep 11, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan
Bermula tahun hadapan, satu pendekatan percukaian baharu akan diperkenalkan buat penduduk negara yang mana ketika ini jenis cukai baharu sedang digubal oleh pentadbiran negara iaitu Cukai Keuntungan Modal. Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan (MOF) memberi jaminan pelaksanaan cukai baharu itu tidak akan membebankan rakyat negara. Penerapan itu bertujuan meluaskan asas cukai negara di samping pelbagaikan sumber cukai Malaysia.
Malah menerusi pengenalan cukai baharu itu, ia turut akan menambahbaik perolehan percukaian pentadbiran negara melalui penggunaan teknologi. Berikutan itu, jelas PM Anwar pada sidang pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK12 hari ini – penerapan cukai ini tidak akan sesekali dilaksanakan melangkaui kemampuan pihak yang terlibat. Seperti yang dimaklumkan pada pembentangan belanjawan sebelum ini, cukai tersebut hanyaakan dikenakan pada kadar yang rendah ke atas saham tidak tersenarai sahaja.
Malaysia optimis melalui pendekatan ini iaitu menjalankan perolehan hasil berasaskan prinsip pemerataan ekonomi yang lebih adil, ini akan meningkatkan lagi tahap displin penduduk dalam tanggunjawab percukaian.
by Faiz Riziq | Aug 30, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi
Meskipun negara Asia dalam fasa pemulihan daripada krisis COVID-19, namun tekanan kos sara hidup semasa yang didepani ketika ini kekal meningkatkan bebanan penduduk – untuk hapuskan status kemiskinan. Buat pengetahuan umum, sekitar 68 juta penduduk Asia lagi didapati berdepan risiko kemiskinan tegar impak tekanan inflasi dan krisis kesihatan.
Tinjauan data Bank Pembangunan Asia (ADB) ini menjelaskan jumlah itu didasari berasaskan takrifan miskin tegar yang hidup kurang daripada $2.15 sehari (RM10) – berlandaskan pelarasan inflasi yang ditetapkan pada 2017 lagi.
Setakat tahun lalu sahaja, dianggarkan 155.3 juta di negara membangun Asia (3.9%) daripada penduduk rantau ini direkodkan hidup dalam kemiskinan tegar. Daripada angka itu, lebih 67.8 juta berpotensi berdepan masalah kesihatan dan tekanan kos.
Susulan daripada rekod ini, negara Asia disarankan untuk kekal berjaga dalam mengorak sebarang strategi kewangan dan pelaburan demi kesejahteraan rakyat. Ini kerana, dapatan juga merumuskan walaupun ekonomi Asia harus mencapai kemajuan menentang kemiskinan, dianggarkan 1.26 bilion orang, atau kira-kira 30% daripada unjuran penduduk rantau itu masih akan dianggap mudah terjejas, lemah dalam segmen ekonomi – menjelang 2030.
Maka pelbagai peruntukan dasar ekonomi yan terperinci diperlukan untuk negara Asia, untuk mengukuhkan pertumbuhan mereka dan meningkatkan sokongan jaringan sosial dari semasa ke semasa. Pada pengamatan tekanan inflasi semasa, ADB kekal optimis paras inflasi pasaran pada tahun 2023 akan kembali mereda kepada 3.6%. Melalui jangkaan ini tekanan kos makanan akan lebih rendah, diikuti kos bahan api turut menurun.
by Faiz Riziq | Aug 30, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi
Petunjuk keyakinan dalam kalangan peniaga pada arena perniagaan di Malaysia ketika ini dilihat semakin rancak, apabila meningkat 0.7% bagi suku ketiga 2023. Tahap keyakinan secara langsung menunjukkan lonjakan berbanding suku kedua sekitar -3.1%.
Buat pengetahuan umum data di bawah Statistik Kecenderungan Perniagaan DOSM ini meliputi jangkaan prestasi perniagaan di negara dalam tempoh 3 bulan hingga 6 bulan mendatang. Maka melalui kenaikan tahap keyakinan ini, ia secara langsung mencerminkan aliran ekonomi semakin bertambah baik.
Sebagai perincian, sektor Perkhidmatan dan Industri terus memaparkan peningkatan dengan prestasi petunjuk keyakinan dalam perkhidmatan meningkat 6.1%, diikuti sektor industri bertambah baik 1.3%. Sebaliknya sektor Pembinaan pula memaparkan jangkaan keadaan perniagan yang menyusut susulan petunjuk keyakinan menurun -26.9%, diikuti sektor Perdagangan Borong & Runcit-1.5%.


Manakala dari aspek keyakinan pekerjaan pula – majoriti firma (73.4%) menyatakan jangkaan bahawa pihaknya akan kekalkan jumlah pekerja untuk suku ketiga 2023 ini. Hanya 17.6% sahaja akan laksana pertambahan pekerja, diikuti 9.0% pula berhasrat untuk kurangkan jumlah pekerja bagi mengimbangi kos operasi semasa.
Secara menyeluruh untuk jangkaan 6 bulan kedua 2023 ini sehingga Disember kelak – para peniaga kekal optimis meramalkan keadaan perniaga kekal bertambah baik diseimbangkan dengan imbang bersih sekitar +13.9%.

Recent Comments