by Faiz Riziq | Jan 9, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Mengikut kaji selidik yang dilakukan oleh WTW, syarikat Malaysia dijangka menaikkan gaji keseluruhan sebanyak 5% untuk kakitangan eksekutif, profesional dan sokongan pada tahun 2024 ini.
Sasaran ini adalah sedikit rendah berbanding tahun 2023 yang lepas, dimana ia adalah sekitar 5.6%. Sejumlah perkara memainkan peranan dalam trend meningkatkan gaji, termasuk seperti inflasi, pasaran pekerjaan yang sempit, dan sebagainya.
Disamping gaji, majikan juga dilihat perlu mengimbangi penawaran lain, termasuk bukan kewangan selari keperluan serta kehendak pekerja. Mengikut tinjauan WTW juga, menjelang 2025 kelak, generasi milenium dan Gen Z dijangka akan membentuk lebih 70% tenaga kerja di Malaysia.
Keterjaminan pekerjaan dilihat tidak lagi menjadi tumpuan utama untuk golongan pekerja ini, sebaliknya lebih memfokuskan kepada fleksibiliti seperti pilihan kerja hibrid, dan sebagainya. Malah, terdapat juga pilihan kerja jarak jauh di negara lain yang dilakukan sepenuhnya secara atas-talian – yang turut menjadi pilihan ramai pekerja muda.
by Faiz Riziq | Dec 21, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Perbankan
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini secara rasminya mengumumkan jumlah pengagihan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera. Pengagihan ini adalah untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. Melalui pengagihan berkenaan, ASNB mengatakan ia meliputi pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit, dan juga bonus 1 sen seunit. Melalui perkongsian pihak ASNB juga, mereka menyatakan memberikan pulangan kewangan yang lebih baik dan kompetitif berbanding simpanan FIxed Deposit lain.

by Faiz Riziq | Dec 19, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Luar Negara, English & Other Country
Setelah lalui fasa penangguhan pada 1 April 2023 lalu, pentadbiran negara kini mengumumkan – kutipan cukai jualan 10% ke atas barang import atas talian di bawah RM500 akan dikenakan mulai 1 Januari 2024 kelak. Pengenaan cukai tersebut difahamkan, akan mula dikenakan bagi setiap pembelian yang bermula pada tempoh 1 Januari 2024. In menjelaskan, bagi setiap pembelian yang dilaksanakan sebelum tarikh tersebut tidak akan terpakai pada pengenaan cukai 10% terbabit. Pengenaan ini turut melibatkan vendor yang berdaftar bersama Kementerian Kewangan (MOF).
Aturan ini sekaligus akan memperkasakan nilai pasaran tempatan tempatan, di mana pengenaannya lebih saksama. Mengikut jangkaan asal, kutipan cukai ini berupaya membawa perolehan sekitar RM200 juta setahun kepada hasil negara. Susulan pengumuman itu, sewajarnya para peniaga yang terlibat untuk peka akan pelarasan tersebut dan terdapat potensi ini berupaya mendorong kepada pertambahan kos dalam perolehan barangan import atas talian.

by Faiz Riziq | Dec 15, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi
Meskipun separuh daripada wanita di Malaysia memiliki pendidikan tinggi berbanding hanya satu pertiga lelaki pula miliki kelebihan itu – namun gaji yang diterima pekerja wanita kekal lebih rendah. Perkara ini diterjemahkan pada indeks Peluang dan Penyertaan Ekonomi DOSM apabila memperlihatkan penyertaan wanita dalam segmen ekonomi kekal rendah iaitu mencapai 55.8% pada 2022. Tahukah anda berdasarkan nisbah gaji, bagi setiap RM100 gaji pekerja lelaki, wanita hanya menerima RM66.67 – ini menjadikan pekerja wanita menerima gaji 33% lebih rendah berbanding lelaki.

Malah kadar penyertaan ekonomi itu, jelas menunjukkan wanita di Malaysia lebih ketinggalan dalam pasaran pekerjaan berbanding negara serantau yang lain seperti Vietnam (75.25%) dan Singapura (73.2%). Apatah lagi penyertaan wanita dalam segmen politik, yang mencatatkan skor terendah 10.2% dalam aturan pewakilan wanita dalam bidang politik negara. Buat pengetahuan umum, setakat 2022 sahaja hanya 17.9% wanita sahaja menggagotai barisan pimpinan sistem politik Malaysia sementara lelaki pula 82.1%. Peratusan ini kekal rendah sepertimana tahun sebelumnya.

by Faiz Riziq | Dec 11, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Perbankan
Jika tahun lalu negara berdepan kerugian sekitar RM771.1 juta melibatkan kes penipuan atas talian, tahun ini angka tersebut dilihat lebih tinggi dengan lonjakan 37.5% bersama ketirisan RM1.32 bilion setakat November 2023. Jumlah itu bersamaan sebanyak 32,462 kes penipuan atas talian telah direkodkan negara.
Situasi ini menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Whoscall, penyedia semakan panggilan scam didorong hasil gejala penipuan atas talian yang semakin rancak pada persekitaran negara. Berlandaskan tinjauan Scam Asia 2023 didapati saluran penipuan atas talian Malaysia meliputi 82.7% adalah panggilan telefon, diikuti SMS (51.5%) dan aplikasi mesej (42.9%).
Ini sekaligus menjadikan Malaysia antara 3 negara terendah kalangan 11 negara Asean yang lain berhubung ketidakupayaan mengenalpasti penipuan atas talian. Menyedari keruncingan itu, PDRM bersama Whoscall kini mengumumkan pemberian 1 juta akaun Whoscall Premium kepada pengguna untuk membanteras gejala penipuan atas talian. Menerusi penawaran ini, pengguna antaranya akan mengetahui ID Pemanggil, dapat menyekat Panggilan Spam secara automatik, memiliki akses pengimbas url pautan serta ketahui ID Whatsapp Pemanggil.
Adanya akses sedemikian, ia dilihat berupaya membantu Malaysia melandaikan nilai kerugiaan yang semakin tinggi pada isu terbabit. Sepanjang 11 bulan ini sahaja, sekitar 41% panggilan telah berjaya disekat oleh pengguna Whoscall berdasarkan data yang disediakan Jabatan Siasatan Jenayah Komesrsial (JSK) – ia sekaligus mendorong penurunan 50$ kadar menjawab panggilan scam, hasil dari perkongsian data terbabit.
Maka sekiranya pengguna ini meraih manfaat PDRM dan Whoscall ini, pengguna boleh menebus Whoscall Premium ini sehingga 31 Mac 2024 kelak bersama kod promo PDRMLawanScams di pautan rasmi Whoscall. Difahamkan akaun tersebut boleh digunakan selama setahun dan hanya terhad kepada 1 juta akaun penebusan sahaja.

by Faiz Riziq | Dec 11, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Menyedari permintaan rangkaian kafe terus berkembang di pasaran Malaysia, Shell kelak merancang melancarkan sejumlah Shell Cafe di seluruh negara – tidak hanya di Semenanjung bahkan di Sabah dan Sarawak. Pada langkah itu, Shell Malaysia merancang miliki 150 cawangan Shell Cafe baharu menjelang akhir 2024 kelak dengan 80 cawangan dicapai pada akhir 2023, diikuti 70 cawangan lagi dibuka pada tahun 2024.
Buat masa ini, perluasan rantaian kafe tersebut hanya akan tersedia di cawangan stesen minyaknya sahaja. Pihak Shell Malaysia masih meneliti cadangan untuk perluaskan rantaian tersebut di luar stesen minyak mereka. Aturan itu akan dilaksana sekiranya terdapat keperluan pengguna berdasarkan perkembangan operasi mereka.
Recent Comments