Caruman premium atau sumbangan takaful anda adalah salah satu jenis untuk pelepasan cukai yang layak anda tuntut. Masih ramai yang tidak tahu tentang pelepasan cukai dari insuran anda mencarum selama ini. Lebih banyak anda tahu pasal cukai, lebih banyak anda boleh tuntut dan boleh jimat. Kami ada tips untuk anda, tetapi sebelum itu, kami akan bagi penerangan sedikit tentang..
Apakah pelepasan cukai yang ditawarkan bagi takaful & insuran?
Mengikut carta yang disediakan oleh pihak LHDN untuk individu bermautatin bagi tahun 2021, anda layak untuk membuat tuntutan pelepasan cukai insuran & takaful:

Jika ini pertama kali anda membayar cukai, membuat tuntutan pelepasan cukai takaful atau insuran bukan sekadar meletakkan jumlah. Lihat cara-cara berikut untuk memastikan tuntutan pelepasan cukai insuran atau takaful anda lebih mantap dan menyeluruh.
Cara 1 – Dapatkan penyata premium atau sumbangan daripada syarikat insuran atau pengendali takaful anda.
3 Sebab anda perlu penyata ini.
- Sebagai bukti anda telah mencarum untuk perlindungan dari syarikat insuran atau pengendali takaful
- Dapat mengetahui nilai tepat yang anda mencarum atau sumbangkan selama sepanjang tempoh perlindungan
- Dapat melihat senarai perlindungan yang anda miliki.
Jika anda pelanggan etiqa, anda akan menerima penyata premium atau sumbangan secara automatik bermula 20 Mac 2022 menerusi emel & sms. Jika bukan, anda perlu menghubungi pengendali insuran atau takaful anda.
Contoh penyata atau statement etiqa:

Cara 2 – Kenal pasti kategori insuran anda.
Lain insuran, lain kategori untuk tuntutan.

Rujuk ruang yang bertanda merah di dalam penyata anda semasa mengisi ruang pelepasan cukai insuran atau takaful seperti dibawah:

Screenshot dari laman sensawang untuk borang e-filing LHDN
Sebagai individu yang bermaustatin di Malaysia, anda layak membuat tuntutan berasingan bagi jenis-jenis perlindungan berikut:
- Pelan insuran Nyawa atau takaful keluarga
- Pelan insuran atau takaful pendidikan dan perubatan
Jadi, pastikan anda mengisi borang tersebut dengan lengkap dan maklumat yang tepat seperti jenis perlindungan yang anda miliki, dan bukan itu sahaja, kami juga ada cara untuk dapatkan lebih lagi.
Cara 3 – Gunakan alternatif untuk membuat tuntutan 100% bagi kategori berbeza.
Lihat cadangan untuk membolehkan anda membuat tuntutan 100% mengikut jadual dibawah

Selesai tuntut pelepasan cukai, anda pasti terus dilindungi oleh pelan terbaik. Tahniah kerana anda memilih untuk jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Kami mengalu-alukan anda untuk terus dilindungi dengan pelan insuran yang kami tawarkan. Untuk keterangan lanjut berkenaan pelan medical, hubungi kami segera di butang whatsapp sebelah kanan anda.
Good knowledge untuk semua
Bagus 👍👍