by Faiz Riziq | Jan 26, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Nampaknya, ketidaktentuan makroekonomi bukan sahaja memberikan kesan kepada firma-firma teknologi, tetapi juga melibatkan kriptowang. Terbaharu, Luno telah mengumumkan akan membuang sekitar 35% tenaga kerja global mereka. Ia disasarkan langkah ini akan memberikan kesan kepada hampir 300 pekerja seluruh dunia mereka.
Pengumuman daripada pihak Luno ini hadir pada ketika nilai kriptowang mula meningkat kembali selepas melalui tahun 2022 yang penuh dengan kemerahan. Sebelum ini, sejumlah syarikat teknologi telah mengumumkan langkah pengurangan pekerja, termasuk oleh Google, Microsoft, Meta, Twitter, Amazon, dan lain-lain.
by Faiz Riziq | Jan 26, 2023 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Tips, Tinjauan & Statistik
Sekiranya rakyat memiliki perancangan untuk bersara dalam tempoh beberapa tahun mendatang, anda dinasihatkan untuk memiliki sekurang-kurangnya simpanan pencen berjumlah RM600,000 untuk berbuat tindakan sedemikian. Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ambang tersebut dilihat bersesuaian dengan penduduk bekerja yang berada di Lembah Klang, untuk menampung perbelanjaan mereka di hari tua.
Sementara di luar Lembah Klang pula, diperkira paras simpanan RM500,000 adalah ideal dengan kos sara hidup di kawasan sedemikian. Meskipun begitu, mengikut data KWSP setakat ini didapati 97% pencarum KWSP yang berusia 55 tahun dan ke bawah tidak memiliki paras simpanan sebanyak RM600,00 untuk bersara.
Hanya 2.6% daripada 13.1 juta pencarum sahaja yang berupaya berpencen kerana telah mencapai ambang simpanan tersebut. Untuk makluman, penetapan paras RM600,000 ini telah mengambilkira perbelanjaan bulanan bagi para pesara untuk tempoh 20 tahun. Di mana dengan jumlah pesara dapat berbelanja sekitar RM2,500 sebulan untuk menampung kehidupan mereka setelah bersara.
Bagaimanapun perkiraan ini dijangka akan berubah, sekiranya rakyat Malaysia merancang untuk bersara dalam tempoh 20 tahun hingga 30 tahun kelak. Mengikut bahagian strategi KWSP nilai simpanan bersara pada ketika itu dianggarkan memerlukan sekitar RM900,000 sehingga RM1 juta pada akaun simpanan untuk membantu rakyat menampung keperluan hidup.
by Faiz Riziq | Jan 25, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Menjelang pertengahan Februari atau awal Mac 2023 kelak, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan kadar agihan dividen kepada semua para pencarum. Mengikut sasaran itu, dijangka kadar dividen tersebut berkemungkinan lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. Di mana anggaran agihan sekitar 4.25% hingga 5.25% untuk Simpanan Konvensional, manakala 4.45% hingga 4.95% pula bagi Simpanan Syariah.
Jangkaan awal mengikut pengamatan Pusat Pengajian Ekonomi UUM ini, mengambilkira situasi ekonomi yang masih terkesan disebabkan pemulihan pandemik COVID-19, disusuli pasaran pelaburan semasa serta nilai Ringgit pada perdagangan negara.
Seperti yang umum sedari jangkaan aliran ekonomi dunia yang lebih perlahan pada tahun ini berkemungkinan mengekang kestabilan pasaran pelaburan negara. Ini bermakna, potensi KWSP untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi pada 2023 akan terbatas, disusuli pulangan dividen yang dijangka akan terus menurun disebabkan kesan kos semasa.
Namun sekiranya KWSP mengumumkan aliran dividen antara 5.0% hingga 5.5% bagi kedua simpanan 2022 – ini bermakna ia melepasi paras sasaran pemerhati ekonomi. Menurut tinjauan agihan tersebut mungkin berlaku disebabkan keyakinan pelabur dalam jangka pendek pada perolehan pendapatan daripada pelaburan kasar telah meningkatkan hasil sebanyak RM39.31 bilion pada 9 bulan pertama 2022.
Buat pengetahuan, bagi kadar dividen sebelum ini – KWSP telah mengisytiharkan dividen sebanyak 6.10% untuk Simpanan Konvensional, manakala 5.65% untuk Simpanan Syariah.
by Faiz Riziq | Jan 25, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Bagi kumpulan pekerja yang bergantung kepada perolehan makanan di luar rumah, kini pasti terkesan akan kenaikan harga makanan di gerai dan restoran – yang dilihat mulai naik sehingga 40%. Peningkatan secara perlahan ini menurut MAPIM berlaku, susulan tekanan kos bahan mentah yang masih tinggi, yang terpaksa ditampung oleh para pengusaha.
Sekiranya dapat dilihat pada tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) minggu lalu, kos bahan mentah Disember 2022 menunjukkan beras, roti dan bijirin masih di paras 7.0%, diikuti daging 7.8% dan gula, jem, madu, coklat serta manisan pula naik 4.1% di pasaran.
Kadar tersebut secara langsung membawa kepada peningkatan kos pembelian makanan di luar rumah yang kekal di paras 9.6%.
Tidak sekadar harga makanan, kos minuman melibatkan segelas air kosong juga turut dimaklumkan dinaikan sehingga RM0.60 sen pada segelintir kedai makanan. Tindakan kenaikan ini antara lain adalah untuk mengimbangi tekanan kos operasi serta pengurangan pelanggan disebabkan paras inflasi semasa.
Berikutan isu ini, MAPIM menggesa pentadbiran negara untuk meningkatkan pengeluaran domestik, bagi mengurangkan kebergantungan kepada perolehan import. Pada masa yang sama, orang awam turut boleh laksana aduan melalui EzyADU kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk melaksanakan tinjauan ke atas permis yang meningkat kos keterlaluan – bagi memastikan kebajikan pengguna tidak diekspoitasi.
by Faiz Riziq | Jan 25, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Paras inflasi utama negara dijangka akan lebih terkawal dan sederhana pada tahun ini, dengan perkembangan 3.0% ekoran nilai ringgit yang disasar terus mengukuh bersama peningkatan 9.7% berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di pasaran ketika ini. Pengamatan AmInvest Research itu, turut menjelaskan sokongan penurunan harga komoditi yang lebih rendah juga turut membantu pasaran negara – tangani tekanan harga utama.
Pada masa yang sama, penyelidikan melihat usaha pentadbiran meluaskan peluang tenaga negara berpotensi melandaikan tekanan inflasi dari semasa ke semasa. Ini kerana setakat ini jumlah kekosongan pekerjaan di Malaysia lebih tinggi, berbanding sebelum pandemik COVID-19. Akan tetapi risiko kenaikan inflasi kekal wujud, susulan jumlah perbelanjaan swasta masih lagi kukuh menyebabkan jualan perdagangan borong dan runcit berupaya lebih tinggi.
Recent Comments