Selepas Penyertaan Elon Musk, Twitter Kehilangan 80% Pekerja

Selepas Penyertaan Elon Musk, Twitter Kehilangan 80% Pekerja

Peralihan tampuk pimpinan Twitter kepada Elon Musk, kini telah memperlihatkan sekitar 80% pengurangan kakitangan di platform telah berlaku dan ketika ini dianggarkan Twitter sekadar memiliki seramai 1,300 pekerja sahaja.

Mengikut laporan, sebelum peralihan Twitter bernilai $44 billion itu berlaku, platform tersebut memiliki seramai 7,500 petugas – namun situasi semasa mulai berubah apabila Twitter laksana perubahan polisi dan pengurangan perbelanjaan kesan tekanan kos operasi. Tindakan kawalan perbelanjaan itu dapat diperlihat apabila Twitter mula menghentikan pembayaran sewa ruang pejabat mereka di San Francisco selama berminggu – sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan.

Setakat ini difahamkan Twitter masih memiliki seramai 1,400 pekerja yang tidak bertugas namun masih dibayar, selain itu hampir 75% daripada jumlah 1,300 dimaklumkan sedang bercuti termasuklah 40 jurutera platform.Manakala turut dilaporkan, Twitter memiliki kurang daripada 550 jurutera bersama kurang daripada 20 pekerja sepenuh masa untuk operasi semasa.

Bonus Untuk Penjawat Awam Dikecualikan Cukai – PM

Bonus Untuk Penjawat Awam Dikecualikan Cukai – PM

Hasil semakan dan usul pentadbiran awam negeri ke atas persekutuan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini mengumumkan pengecualian cukai terhadap perolehan bonus penjawat awam – bagi setiap negeri akan diberikan. Pertimbangan ini dicapai setelah mengambilkira jumlah pengagihan bonus yang dilihat tidak terlalu tinggi dan kurang wajar dikenakan cukai ke atas perolehan tersebut.

Maka keputusan pengecualian cukai pendapatan ini terpakai ke atas seluruh negeri, tidak hanya Sarawak. Selain itu, seiring dengan pendirian Putrajaya terhadap gagasan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pentadbiran negara turut bersetuju menaikkan geran khas Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembagaan ke RM300 juta berbanding RM16 juta sebelum ini.

Inflasi Di Malaysia Kini 3.8%, Tapi Kos Makanan Kekal Naik – DOSM

Inflasi Di Malaysia Kini 3.8%, Tapi Kos Makanan Kekal Naik – DOSM

Indeks Harga Pengguna (IHP), yang turut menjadi pengukur kepada paras inflasi utama Malaysia – kini memaparkan penurunan kepada 3.8% bagi data Disember 2022. Maklumat yang dikongsikan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada hari ini jelas memperlihatkan kadar tersebut lebih rendah berbanding data lepas sekitar 4.0%. Akan tetapi penurunan ini kekal memperlihatkan kos bahan makanan masih meningkat dengan perlahan di pasaran.

Data menunjukkan kebanyakkan kategori makanan dan minuman memaparkan peningkatan harga, walaupun kenaikan sedikit perlahan. Antaranya daging naik sebanyak 7.8%, diikuti susu, keju dan telur (7.1%), beras, roti dan bijirin lain (7.0%), gula, jem, madu dan manisan naik (4.1%) serta buah-buahan naik 4.0%.

Sementara itu inflasi makanan di rumah pula di paras 4.9% dan makanan di luar rumah 9.6%. Selain itu, kategori pengangkutan pula naik lebih sederhana dengan 4.9%, diikuti penyelenggaraan isi rumah (3.7%). Manakala bahagian restoran dan hotel pula telah memaparkan lonjakan kos susulan tekanan harga dengan 7.4%.

Tinjauan ini secara menyeluruh memperincikan, inflasi tahun 2022 telah meningkat sebanyak 3.3% berbanding tahun 2021. Dan data bagi Disember 2022 ini, menunjukkan terdapat 4 negeri berdepan paras inflasi yang tinggi, iaitu Putrajaya (7.9%), Selangor (4.5%), Sarawak (4.1%) dan Johor (3.9%). Hanya Kedah yang mencatatkan kadar inflasi paling rendah, sekitar 2.2%.

 

 

 

LHDN Umum Kutipan Cukai Lepasi Sasaran 2022

LHDN Umum Kutipan Cukai Lepasi Sasaran 2022

Aliran kutipan cukai negara pada tahun 2022, ternyata memperlihatkan prestasi yang membrangsangkan. Di mana perolehan tersebut dimaklumkan telah melebihi sasaran yang ditetapkan pada tahun lalu.

Perkongsian ini dilaksanakan susulan tinjauan Kementerian Kewangan (MOF) di menara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semalam. Berdasarkan makluman, dijangka kutipan cukai 2022 ini melepasi sasaran yang ditetapkan sekitar RM139 bilion dan ia diberi gambaran menjadi antara rekod terbaik LHDN.

Bagaimanapun jumlah sebenar kutipan tersebut tidak didedahkan dan hanya akan diketahui umum setelah Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan laksana satu pengumuman rasmi kelak. Perolehan ini buat pengetahuan umum, merangkumi sumbangan 3 juta individu pembayar cukai aktif bersama 400,000 pembayar cukai kalangan perniagaan.

Harga Kuih,Biskut Raya Bakal Naik

Harga Kuih,Biskut Raya Bakal Naik

Sekitar 3 bulan lagi sebelum peniaga Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri, dijangka persiapan jualan pada tahun ini sedikit membimbangkan kumpulan tersebut. Ini kerana harga biskut dan kuih raya dijangka bakal meningkat – berikutan kenaikan kos bahan mentah yang didepani pasaran ketika ini.

Antara kenaikan harga bahan mentah yang telah berlaku pada masa ini melibatkan produk mentega dan telur ayam, yang meningkat sehingga 50%. Lebih membimbangkan para peniaga negara mengikut laporan menyasarkan kos bahan lain bakal meningkat menjelang Ramadan pada Mac kelak.

Malah selain kenaikan kos, para peniaga juga turut menyuarakan kerungsingan berhubung perolehan bahan mentah. Setakat ini stok masih berjaya ditampung pasaran, akan tetapi menjelang perayaan – sistuasi itu akan merugikan peniaga susulan permintaan melonjak bersama aliran harga. Risiko ini tidak termasuk akan kos upah pekerja yang turut mendorong tindakan kenaikan harga jualan dilaksanakan.

Buat masa ini mengikut laporan terdapat cadangan kenaikan harga balang kuih raya berpotensi dinaikkan ke RM5 di pasaran.

Online
Hi! Boleh kami bantu?