Bank Negara naikkan OPR ke 2%. Apakah kesan kepada kita?

Bank Negara naikkan OPR ke 2%. Apakah kesan kepada kita?

OPR atau dikenali sebagai Overnight Policy Rate, Kadar Dasar Semalaman ini adalah sebuah kadar yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas pinjaman dana pada seluruh bank di Malaysia. Untuk makluman pembaca, penetapan kadar dasar semalaman ini adalah dibawah pengurusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM. Peranan OPR ini dapat dilihat apabila bank melakukan pinjaman dari perbankan lain disebabkan kekurangan kadar dana simpanan perkhidmatan mereka.

Kesan OPR Naik

Bagi kenaikan kadar OPR ia meliputi dua kesan terhadap individu peminjam iaitu tempoh pembayaran menjadi lebih panjang ataupun kadar pembayaran semakin tinggi. Tindakan itu sememangnya tidak memberi pengguna pilihan yang baik. Bagaimanapun kenaikan pada kadar OPR adalah menunjukkan langkah bank pusat dalam menyeimbangkan semula pertumbuhan ekonomi negara. Di mana meningkatkan kadar OPR, perbelanjaan aliran tunai negara semakin perlahan dan ia secara terus dapat meningkatkan simpanan negara. Pembukaan semula ekonomi global yang berterusan dan keadaan pasaran buruh yang bertambah baik terus menyokong pemulihan aktiviti ekonomi.

Ini sebahagiannya telah mengurangkan kesan konflik ketenteraan di Ukraine dan langkah-langkah pembendungan yang ketat di China,” kata Bank Negara dalam satu kenyataan hari ini.

Kesan OPR Turun

Kebiasaannya apabila kadar OPR semakin menurun, ini menunjukkan kedudukan ekonomi dunia tidak stabil. Malah keadaan pandemik COVID-19 ketika ini turut menjadi faktor utama dalam menyumbang kepada kegawatan tersebut. Penurunan OPR juga adalah bersifat positif. Ini kerana, ia menunjukan inisiatif bank pusat untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara kembali pulih. Dengan adanya pengurangan ini ia mampu mengukuhkan semula dasar fiskal negara.


Tindakan ini secara langsung membantu rakyat membayar kadar faedah pada tahap yang lebih rendah, sekaligus faktor ini meningkatkan simpanan rakyat negara. Penawaran moratorium ke atas pinjaman turut membantu inisiatif tersebut. Seterusnya, penurunan OPR sedikit sebanyak mampu meningkatkan semula aliran tunai perbelanjaan rakyat negara. Kadar faedah yang lebih rendah pada pinjaman sewa beli, peribadi mahupun kad kredit mampu mengurangkan bebanan rakyat.

Ia secara terus dapat merangsang semula ekonomi negara. Selain itu, kadar inflasi negara turut mengalami pengurangan susulan pengurangan pada kadar OPR ini. Secara keseluruhannya, walaupun kadar OPR menunjukkan krisis ekonomi dunia semakin teruk – namun ia juga antara langkah yang baik bagi membantu memulihkan semula pertumbuhan ekonomi negara. Rakyat seharusnya menggunakan peluang ini untuk membina semula kewangan peribadi masing-masing.

Cara Tuntut & Maksimumkan Pelepasan Cukai Insuran Anda

Cara Tuntut & Maksimumkan Pelepasan Cukai Insuran Anda

Caruman premium atau sumbangan takaful anda adalah salah satu jenis untuk pelepasan cukai yang layak anda tuntut. Masih ramai yang tidak tahu tentang pelepasan cukai dari insuran anda mencarum selama ini. Lebih banyak anda tahu pasal cukai, lebih banyak anda boleh tuntut dan boleh jimat. Kami ada tips untuk anda, tetapi sebelum itu, kami akan bagi penerangan sedikit tentang..

Apakah pelepasan cukai yang ditawarkan bagi takaful & insuran?

Mengikut carta yang disediakan oleh pihak LHDN untuk individu bermautatin bagi tahun 2021, anda layak untuk membuat tuntutan pelepasan cukai insuran & takaful:

Jika ini pertama kali anda membayar cukai, membuat tuntutan pelepasan cukai takaful atau insuran bukan sekadar meletakkan jumlah. Lihat cara-cara berikut untuk memastikan tuntutan pelepasan cukai insuran atau takaful anda lebih mantap dan menyeluruh.

Cara 1 – Dapatkan penyata premium atau sumbangan daripada syarikat insuran atau pengendali takaful anda. 

3 Sebab anda perlu penyata ini.

  • Sebagai bukti anda telah mencarum untuk perlindungan dari syarikat insuran atau pengendali takaful
  • Dapat mengetahui nilai tepat yang anda mencarum atau sumbangkan selama sepanjang tempoh perlindungan
  • Dapat melihat senarai perlindungan yang anda miliki.

Jika anda pelanggan etiqa, anda akan menerima penyata premium atau sumbangan secara automatik bermula 20 Mac 2022 menerusi emel & sms. Jika bukan, anda perlu menghubungi pengendali insuran atau takaful anda.

Contoh penyata atau statement etiqa:

Cara 2 – Kenal pasti kategori insuran anda.

Lain insuran, lain kategori untuk tuntutan.

Rujuk ruang yang bertanda merah di dalam penyata anda semasa mengisi ruang pelepasan cukai insuran atau takaful seperti dibawah:

Screenshot dari laman sensawang untuk borang e-filing LHDN

 

Sebagai individu yang bermaustatin di Malaysia, anda layak membuat tuntutan berasingan bagi jenis-jenis perlindungan berikut:

  • Pelan insuran Nyawa atau takaful keluarga
  • Pelan insuran atau takaful pendidikan dan perubatan

Jadi, pastikan anda mengisi borang tersebut dengan lengkap dan maklumat yang tepat seperti jenis perlindungan yang anda miliki, dan bukan itu sahaja, kami juga ada cara untuk dapatkan lebih lagi.

Cara 3 – Gunakan alternatif untuk membuat tuntutan 100% bagi kategori berbeza.

Lihat cadangan untuk membolehkan anda membuat tuntutan 100% mengikut jadual dibawah

Selesai tuntut pelepasan cukai, anda pasti terus dilindungi oleh pelan terbaik. Tahniah kerana anda memilih untuk jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Kami mengalu-alukan anda untuk terus dilindungi dengan pelan insuran yang kami tawarkan. Untuk keterangan lanjut berkenaan pelan medical, hubungi kami segera di butang whatsapp sebelah kanan anda.

 

 

Company dah provide medical card, tapi kenapa perlu apply individu?

Company dah provide medical card, tapi kenapa perlu apply individu?

Pertama ada perbezaan company provide benefit & individu punya benefit. Jom saya terangkan. Jadi ini adalah sebab-sebab perlu ada kad perubatan individu walaupun syarikat sudah sediakan untuk anda.

1. TIDAK SELAMANYA BEKERJA.

Setiap pekerja ada potensi dibuang kerja. Ketika ekonomi sedang tenat, ramai pekerja terpaksa diberhentikan kerana syarikat mahu menjimatkan kos. Contohnya seperti wabak yang melanda 1 dunia iaitu Covid-19. Jadi apabila diberhentikan, anda tidak boleh lagi menggunakan manfaat kad perubatan tersebut.

2. TUKAR BIDANG KERJAYA

Tidak ramai individu yang kekal lama dan bekerja untuk satu syarikat sepanjang hayat. Kebanyakan mereka akan berpindah ke syarikat lain untuk menambah pengalaman kerja dan mendapatkan kenaikan gaji. Kesan nya, kemungkinan syarikat baru tiada manfaat kad perubatan atau memberikan manfaat yang rendah.

3. BEKERJA SENDIRI

Bagi yang berhenti dan memulakan perniagaan sendiri, anda adalah golongan yang paling memerlukan kad perubatan kerana tiada majikan yang akan membantu anda.

4. SYARIKAT KURANGKAN KOS

Dulu, banyak syarikat yang menyediakan manfaat kad perubatan yang tinggi untuk staf mereka seperti tiada had penggunaan kad perubatan hospital. Kini kebanyakan syarikat menurunkan manfaat dengan had tahunan yang rendah.

5. MANFAAT RENDAH

Kebanyakan syarikat hanya menyediakan purata had tahunan RM20,000~RM50,000. Jumlah ini tidak cukup untuk menampung kos perubatan di hospital swasta bagi penyakit yang serius seperti sakit jantung, kanser dan sakit-sakit lain yang memerlukan rawatan lebih dari RM100,000.

Kesimpulannya, sediakanlah takaful individu meskipun syarikat sudah sediakan untuk anda. Kaunter “Tiket” sudah saya buka, tugas anda untuk memilih Kad perubatan / Hibah / pelaburan. Lakukan pilihan terbaik demi masa depan anda

Apa beza pinjaman bercagar & tidak bercagar?

Apa beza pinjaman bercagar & tidak bercagar?

Sekiranya anda sudah mula membeli pinjaman peribadi atau pinjaman kereta, anda mungkin akan menemui terma syarat pinjaman bercagar dan tidak bercagar. Jaminan, dalam skop pinjaman, merujuk kepada pemberian hak atas aset yang memiliki nilai kewangan. Oleh itu, akses bagi aset tersebut memberi jaminan kepada pemberi pinjaman bahawa wang boleh dibayar melalui penjualan aset tersebut.

Apakah konsep pinjaman bercagar?

Pinjaman bercagar sering diberikan untuk pembelian aset berharga seperti kenderaan, mesin, atau bangunan. Aset yang dibeli sering digunakan sebagai jaminan bagi sesebuah pinjaman. Sekiranya peminjam gagal melunaskan pinjaman dengan alasan apa pun, pemberi pinjaman perlu menjual aset yang dijamin untuk menuntut kembali wang dan menambahkan hasilnya ke jumlah yang terhutang. Sekiranya aset tersebut dijual kurang dari jumlah yang terhutang, pemiutang akan bertanggungjawab untuk membayar lebihan tersebut.

Apa perbezaannya dengan pinjaman tidak bercagar ?

Oleh kerana peminjam tidak mempunyai barang jaminan, pinjaman tidak bercagar lebih berisiko bagi pemberi pinjaman. Maka, pinjaman tidak bercagar mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi daripada pinjaman bercagar.

Siapa yang akan mendapat faedah daripada pinjaman tanpa jaminan?

Pinjaman tidak bercagar sering diberikan dalam jumlah yang kecil untuk individu secara sukarela misalnya untuk pembaikan rumah. Beberapa bank akan mempunyai pinjaman kereta tanpa jaminan dengan kadar faedah tetap atau berubah. Anggota keluarga akan berfungsi sebagai penjamin untuk pinjaman tanpa jaminan, yang bermaksud mereka bersetuju untuk membayar sekiranya peminjam gagal membayar balik pinjaman tersebut.

Pinjaman Kereta Bercagar

Jenis pinjaman kereta yang paling biasa adalah pinjaman bercagar. Kadar faedah pinjaman kereta terjamin biasanya tetap, yang bermaksud bahawa jumlah pembayaran balik anda akan tetap sama, dan kemungkinan anda akan membayar kadar faedah yang lebih rendah daripada pinjaman kereta tanpa jaminan.

Jadi, manakah yang lebih baik: Bercagar, atau tidak bercagar?

Ini adalah perkara utama yang harus dipertimbangkan. Sekiranya anda benar-benar memerlukan kenderaan dan tidak boleh bekerja tanpanya, pinjaman kereta tanpa jaminan akan membolehkan anda menyimpan kenderaan tersebut dengan risiko tindakan undang-undang daripada pemberi pinjaman anda.

Ini perkara yang kita ingin elakkan kerana ianya akan merosakkan penilaian kredit anda, menjadikan proses untuk mendapatkan pinjaman dan item kredit yang berpotensi lebih sukar. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuat pembayaran, berbincanglah dengan pemberi pinjaman anda mengenai kemungkinan perubahan kesukaran kewangan, yang mungkin mengakibatkan jangka masa pinjaman anda dilanjutkan atau pembayaran anda dibekukan untuk jangka waktu tertentu.

Pinjaman bercagar, sebaliknya, adalah pilihan yang lebih baik bagi pemberi pinjaman, dan jika anda seorang peminjam yang boleh dipercayai dengan skor kredit yang baik, mereka juga akan selamat untuk anda. Anda tidak perlu risau mengenai kehilangan kereta jika pembayaran dibuat tepat pada waktunya, dan anda masih dapat kadar faedah yang lebih rendah serta syarat yang lebih fleksibel.

Bila Peminjam/Pemiutang Meninggal Dunia?

Bila Peminjam/Pemiutang Meninggal Dunia?

Apa akan terjadi pada hutang atau pinjaman saya jika saya mati awal? Ini adalah soalan penting yang sering tidak diendahkan oleh peminjam. Terdapat kejadian di mana peminjam meninggal dunia secara tiba-tiba dan meninggalkan baki hutang pinjaman yang banyak. Ahli keluarga dan waris yang sedang bersedih tiba-tiba dikejutkan apabila pengutip hutang meminta mereka untuk menyelesaikan baki pinjaman tersebut. Dari sudut kemanusiaan, perkara ini kelihatan salah. Tetapi bagaimana pula dari segi undang-undang? Adakah pengutip hutang itu melakukan tindakan yang boleh didakwa?

Bagaimana proses ini dilaksanakan di Malaysia?

Ini persoalan yang begitu mudah yang masih menjadi tanda tanya kepada kebanyakan masyarakat. Secara amnya, perkara yang akan berlaku kepada harta pusaka kita apabila kita mati adalah ia akan dikumpulkan dalam sesuatu yang bergelar ‘estet’ yang akan dikawal selia oleh seorang ‘pelaksana’. Pelaksana akan dilantik menerusi wasiat ataupun oleh pihak mahkamah.

Terdapat beberapa pihak yang akan menuntut estet anda sebelum dibahagikan kepada waris. Antaranya adalah :

  • Perbelanjaan pengebumian
  • Bayaran atau yuran pelaksana
  • Cukai tertunggak
  • Pemuitang terjamin dan tidak terjamin

Pemiutang mempunyai hak dari segi undang-undang untuk mengutip baki pinjaman menerusi estet. Jika pinjaman anda dijamin menerusi aset (contohnya rumah), pemiutang akan mengambil aset tersebut untuk menyelesaikan baki pinjaman. Setelah selesai semuanya, baki estet akan dibahagikan mengikut wasiat, Akta Pembahagian (jika tiada wasiat) atau Sijil Faraid bagi yang Muslim.

Untuk mengira baki estet atau nilai harta adalah (Jumlah aset – Jumlah Hutang = Nilai Harta). Jumlah aset merangkumi aset yang sedia ada seperti rumah, duit simpanan. Jumlah hutang pula termasuk komitmen pinjaman anda seperti kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman peribadi (termasuklah pinjaman wang berlesen), pinjaman rumah dan lain-lain.

Jadi, adakah keluarga atau waris perlu membayar hutang pinjaman apabila saya mati?

Tidak, kerana pemiutang hanya akan mengejar aset dan estet sahaja. Jika nilai aset melebihi nilai hutang, maka semua hutang akan selesai dan baki estet akan dibahagikan kepada penama atau waris. Tetapi, jika nilai estet tidak mencukupi untuk menyelesaikan hutang, pemiutang perlu menanggung kerugian kerana mereka tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap ahli keluarga anda, melainkan ahli keluarga tersebut adalah penjamin atau peminjam bersama.

Hibah sebagai pelindung?

Jadi untuk merancang kewangan masing-masing. Dapatkan hibah untuk keluarga anda agar keluarga anda mampu menjalani kehidupan dan menyelesaikan hutang-hutang anda ketika anda hidup. Perancangan kewangan anda harus bermula dari sekarang. Bertindak segera. Hubungi pihak kami untuk keterangan lanjut.

Online
Hi! Boleh kami bantu?