by Faiz Riziq | Oct 26, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Sejak Mei 2022 lalu, paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) Malaysia tidak lagi berpegang kepada 1.75% – apabila Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak menaikkan had tersebut kini kepada 2.50%. Maka menjelang sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada November kelak, dijangka paras OPR tersebut akan berterusan alami peningkatan sekitar 25 mata asas (bps).
Kenaikan ini menurut pemerhatian HSBC Global Research bersama MIDF Research didorong akan permintaan domestik negara yang semakin mengukuh, meskipun tekanan inflasi ketika ini di paras tinggi 4.5%. Malah tindakan kenaikan paras OPR ini turut didorong hasil tindak balas bank negara untuk melandaikan tekanan inflasi dan jangkaan perkembangan ekonomi yang lebih perlahan pada tahun hadapan.
by Faiz Riziq | Oct 25, 2022 | Luar Negara, English & Other Country
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memberi amaran kepada orang ramai berkenaan dengan skim pelaburan haram yang dipromosikan secara aktif dalam aplikasi Telegram. Hal ini dikatakan demikian kerana, ramai yang tertipu dan dijanjikan pulangan sehingga 1,000% dalam masa 24 jam.
Berikutan dengan skim pelaburan haram melalui Telegram tersebut, SC telah menerima sebanyak 47 aduan dan pertanyaan mengenai perkara tersebut. Skim pelaburan haram itu telah menyamar sebagai perantara pasaran modal berlesen dengan logo, kelayakan, laman sesawang dan butiran lain yang sama dengan pasaran modal berlesen.
Selain itu, mereka turut mengiklankan pelaburan patuh syariah dan testimoni palsu di Telegram untuk mengaburi pengguna Telegram yang terjebak.
Mereka yang terpedaya akan diminta untuk menghantar mesej kepada wakil skim pelaburan haram tersebut. Selepas itu, deposit wang akan diminta oleh wakil skim pelaburan tersebut untuk dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi individu.
Oleh sebab itu, orang ramai diingatkan supaya merujuk Senarai Peringatan Pelabur SC sebelum melabur kerana ia mempunyai senarai lengkap laman sesawang, produk pelaburan, syarikat dan individu yang beroperasi tanpa kebenaran sebelum melabur.
Jika anda mengesyaki sebarang modus operandi yang mencurigakan, anda boleh terus melaporkan kepada Jabatan Pengguna dan Pelabur SC dengan e-mel kepada aduan@seccom.com.my atau buat panggilan ke 03-62048999.
by Faiz Riziq | Oct 25, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Peratusan inflasi di Malaysia terus memaparkan peningkatan, apabila setakat September lalu memperlihatkan kenaikan 3.3% kepada 4.5% paras inflasi untuk tempoh 9 bulan 2022.Pertambahan aliran inflasi itu, dilihat telah didorong hasil tekanan harga makanan dan minuman bukan alkohol yang menyumbang 29.5% daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP). Di mana tekanan harga makanan di luar rumah telah naik sebanyak 8.7%, diikuti tekanan harga makanan di rumah pula sebanyak 5.7%.
Situasi ini berlaku berikutan kenaikan harga bahan makanan seperti mee, tepung gandum, ayam dan sayur-sayuran. Antara makanan di luar rumah yang alami kenaikkan mengikut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada laporan IHP adalah seperti berikut;
- Roti Canai (15.4%)
- Nasi Campur (12.3%)
- Masakan berasaskan Sayur (12.3%)
- Masakan berasaskan Daging (10.2%)
- Makanan berasaskan Mee (10.1%)
Maka melihat pada kenaikan, pemerhati ekonomi kini menjangkakan tekanan harga makanan akan terus meningkatkan risiko lonjakan inflasi negara pada bulan mendatang. Meskipun kenaikan inflasi mungkin lebih kecil, namun kenaikan secara berterusan ini kekal menjadi tanda amaran buat pengguna – untuk terus bersedia depani kekangan aliran tunai kelak.
by Faiz Riziq | Oct 25, 2022 | Perbankan, Tips, Tinjauan & Statistik
Dalam perasmian Pameran Maya Jenayah Kewangan yang berlangsung pada 26 September bulan lalu, gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunos mengumumkan semua institusi kewangan telah diarahkan untuk mengambil langkah-langkah tambahan untuk memperkukuh perlindungan terhadapan penipuan kewangan.
Terbaharu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, tiga persatuan yang mewakili institusi perbankan di Malaysia iaitu Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islama Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan (ADFIM) telah menyatakan sokongan terhadap arahan yang dikeluarkan.
Antara langkah-langkah yang diumumkan termasuk beralih ke penghantaran One Time Password (OTP), ketatkan peraturan pengesanan penipuan dan menyekat transaksi yang disyaki terlibat dengan penipuan, laksana cooling-off period, hadkan 1 peranti untuk pengesahan transaksi dalam talian serta menyediakan talian hotline untuk memudahkan pelanggan membuat aduan mengenai penipuan kewangan.
Institusi perbankan juga mengakui bahawa pelaksanaan langkah-langkah tersebut mungkin akan menyebabkan urus niaga perbankan dalam talian mengambil tempoh yang lebih lama disebabkan langkah keselamatan dan semakan tambahan.
Sehubungan itu, institusi perbankan meminta agar pengguna memahami kelewatan dan kesulitan yang dijangka akan dihadapi oleh pengguna sebaik sahaja langkah-langkah berkenaan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, langkah-langkah itu adalah penting untuk keselamatan tambahan dan pelanggan bank.
Sebagai tambahan, persatuan bank turut menyatakan pihaknya komited untuk memastikan komunikasi yang betul dengan pelanggan berhubung langkah tersebut, termasuk tarikh pelaksanaan, sebarang perubahan proses dan tindakan yang diperlukan bagi pihak pelanggan dan sebagainya.
by Faiz Riziq | Oct 25, 2022 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Maybank mengesahkan semua kod pengesahan yang dirujuk sebagai OTP atau TAC akan tidak akan dihantar melalui SMS lagi mulai Jun 2023. Sebaliknya, ia akan diberikan pada pengguna di aplikasi melalui ciri dinamakan Secure2u. Ia juga terhad pada 1 peranti saja yang boleh mengesahkan apa-apa transaksi.
Bermakna, jika anda 2, 3 peranti yang menggunakan MAE, hanya satu telefon saja yang boleh meluluskan transaksi. Tambahan lagi, pengguna juga akan diberitahu melalui aplikasi, SMS dan e-mel apabila peranti baharu dipilih sebagai peranti Secure2u.
Jika anda belum maklum, Maybank baru menguatkuasakan mulai 26 September tempoh hari di mana pengaktifan Secure2u hanya boleh dilaksanakan di aplikasi MAE, tidak lagi melibatkan M2U. Dua ciri di bawah Secure2u ialah Secure Verification memerlukan anda ‘tap’ sekali saja di MAE untuk sahkan transaksi manakala Secure TAC pula ialah 6 digit TAC.
Ini selari dengan arahan Bank Negara Malaysia beberapa hari lepas dalam usaha membanteras isu scam yang berleluasa. Klik SINI untuk baca berita penuh. Selain itu, Maybank juga akan kenalkan tempoh bertenang apabila pengguna mengaktifkan ciri Secure2u pada peranti berbeza mulai suku ke-4 tahun ini.
Recent Comments