by Faiz Riziq | Nov 7, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Luar Negara, English & Other Country
Hari ini nilai mata wang tempatan dibuka pada paras yang sama kekal sekitar 4.7425/7460, sama dengan paras penutupan Khamis, hari sebelumnya. Melihat pada nilai tersebut, pemerhatian Hong Leong Investment Bank Research melihat perubahan Kadar Dana Persekutuan (FFR)-Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka akan terus melemahkan nilai Ringgit.
Untuk makluman pelebaran spread FFR-OPR dilihat telah meningkat dari pertambahan 63 bps (mata asas) kepada pertambahan 113 bps. Ini sekaligus memungkinkan aliran Ringgit lemah dan disasar mencapai paras 4.80 menjelang akhir tahun ini, sementara secara purata pula nilai Ringgit tahun ini dijangka sekitar 4.44.
Buat pengetahuan umum, Bank Negara Malaysia (BNM) pada minggu ini telah melaksanakan kenaikan OPR kepada 2.75% – situasi tersebut secara langsung turut meningkatkan tekanan kadar pinjaman kalangan rakyat negara.
by Faiz Riziq | Nov 7, 2022 | Luar Negara, English & Other Country
Nilai Bitcoin sedia memperlihatkan penurunan sejak awal tahun ini, tetapi beberapa kali, kriptowang popular tersebut cuba melepasi kembali paras RM100,000. Terbaru, kini nilai Bitcoin sekali lagi melepasi paras RM100,000 selepas sekian lama dibawah paras nilai tersebut.

Peningkatan nilai pasaran Bitcoin ini dikaitkan dengan laporan terbaru dari Amerika Syarikat, mengatakan pasaran buruh disana kekal kukuh, walaupun keadaan ekonomi yang masih tidak menentu. Ia tidak diketahui lagi berapa lamakah momentum terbaru kriptowang ini akan kekal. Selari peningkatan nilai Bitcoin, beberapa kriptowang lain turut menerima kesan positif, dan memperlihatkan peningkatan nilai masing-masing.
by Faiz Riziq | Nov 7, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Peningkatan buat kali keempat sejak Mei 2022 lalu, memperlihatkan paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara berpotensi mencapai kadar sebelum pandemik iaitu 3.00% pada Januari 2023 kelak. Ambank Research pada tinjauan sorotan ekonomi mendapati sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) berupaya menaikkan tambahan 25 mata asas (bps) lagi pada pengumuman seterusnya iaitu Januari tahun hadapan.
Kenaikan OPR ini berlaku susulan hasil tindak-balas penyedia ekonomi negara ke atas tekanan inflasi di peringkat domestik dan kelemahan Ringgit yang kini telah mencapai penyusutan 13.9% pada tahun ini. Untuk makluman setakat ini, Malaysia telah alami kenaikan OPR sekitar 100 bps bagi sepanjang tahun 2022.
Meskipun begitu, kadar pertumbuhan KDNK Malaysia pada pandangan Tengku Zafrul – Menteri Kewangan sementara negara dilihat kekal utuh dan memiliki peluang yang luas untuk terus membanting prestasi ekonomi negara walaupun berdepan kenaikan OPR secara berturutan.
by Faiz Riziq | Nov 7, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Tahukah anda, setakat 30 Jun 2022 lalu sebanyak RM145 Bilion telah dikeluarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hasil daripada permohonan 4 program pengeluaran yang terdiri daripada i-Lestari, i-Sinar, i-Citra serta Pengeluaran Khas.
Jumlah dalam tempoh 27 bulan (April 2020 sehingga Jun 2022) itu sekaligus telah mendorong kepada penyusutan simpanan pencarum dengan menganggarkan sekitar 6.62 juta pencarum memiliki simpanan kurang daripada RM10,000 (data akhir Jun 2022).
Ini bermakna langkah penawaran tersebut telah membawa 52% daripada 12.78 juta pencarum KWSP mengalami penurunan simpanan untuk hari tua mereka kelak – dengan 3.2 juta pencarum berdepan simpanan kritikal bawah RM1,000 dan daripada jumlah itu seramai 2.58 juta pencarum merupakan kumpulan bumiputera.
Melihat pada data akhir Jun ini, KWSP secara terus menggalakan pencarum yang terlibat untuk mengfokuskan kepada pemulihan simpanan terlebih dahulu bagi menjamin kesejahteraan hari tua kelak. Antaranya memberi pilihan kepada pekerja untuk mencarum melebihi kadar caruman berkanun syer 11% pada bila-bila masa dan untuk yang bekerja sendiri boleh laksana caruman secara sukare di bawah Program i-Saraan.
by Faiz Riziq | Nov 7, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Seawal minggu ini, syarikat induk Facebook-Meta dijangka akan memulakan rancangan pemberhentian pekerjanya. Dianggarkan ribuan petugas bakal terkesan akan pelan pengurangan tenaga kerja tersebut. Pelaksanaan secara skala besar ini adalah tindak-balas Meta akan tekanan kos operasi yang didepani mereka dalam tempo ketidaktentuan ekonomi ketika ini.
Di mana pihak kumpulan menyasarkan pengurangan kos sehingga 10% setiap bulan untuk memastikan kecekapan operasi dicapai. Buat pengetahuan umum, setakat ini Meta memiliki lebih 87,000 petugas. Langkah itu secara langsung mengikut laporan menjadikan ia sebagai langkah pertama Meta melaksanakan pengurangan tenaga kerja dan menjadi jenama seterusnya setelah beberapa syarikat teknologi mula menamatkan sebilangan pekerja mereka – antaranya seperti Twitter pada minggu lalu.
Recent Comments