by Faiz Riziq | Nov 8, 2022 | Tips, Tinjauan & Statistik
Meskipun mengalami kerugian aset berjumlah $3.38 bilion, Robert Kuok kekal menjadi antara 100 individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaan berjumlah $14.9 bilion – pada kedudukan ke-98. Untuk makluman, hartawan Malaysia ini telah melibatkan diri dalam pelbagai sektor ekonomi – merangkumi perkhidmatan hotel, perkapalan, hartanah, komoditi seperti kelapa sawit dan gula di pasaran tempatan serta global.
Tinjauan pada Indeks Bilionwan Bloomberg setakat awal November ini turut menyenaraikan Tan Sri Dr. Teh Hong Piow pada senarai 500 individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaan $6.43 bilion, berada pada kedudukan ke-328.
Selain hartawan tempatan, pada indeks tersebut Elon Musk terus mengekalkan kedudukannya selaku orang terkaya di dunia dengan nilai kekayaan $190 bilion – meskipun telah alami kerugian aset sejumlah $80.4 bilion. Situasi tersebut berbeza dengan Mark Zuckerberg, peneraju Meta yang jatuh pada kedudukan ke-29 dengan kerugiaan kekayaan lebih $88 bilion, ia lebih tinggi berbanding Elon Musk.
by Faiz Riziq | Nov 8, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Pada jam 9 pagi hari ini (8 November) nilai Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS kepada 4.7350/7390 berbanding penutupan semalam, sentimen ini disokong dengan jangkaan China akan membuka semula sempadannya.
Sasaran itu secara langsung akan membawa kepada aliran positif ekuiti negara. Meskipun jangkaan ini bersifat manipulasi pelabur berbanding realiti – namun tanggapan sedemikian meningkatkan ruang untuk pelabur menambah risiko tempatan pada pegangan mereka serta meluaskan pengambilan risiko masing-masing.
Walupun terdapat sentimen positif ini, nilai Ringgit dijangka akan kekal lemah. Setakat ini bagi tindakan diniagakan – Ringgit kekal rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain seperti Singapura, Yen Jepun, Euro dan Pound Britain.
by Faiz Riziq | Nov 8, 2022 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) menambah lebih baik perkhidmatan sedia adanya bagi memenuhi permintaan pelanggan apabila membuka operasi perbankan di tiga cawangannya pada dua hari Sabtu bulan November ini. Cawangan MBSB yang akan dibuka pada 5 November dan 26 November ini adalah di PJ Sentral, Pulau Pinang dan juga Johor Bahru. Perbankan hujung minggu ini terbuka kepada pelanggan untuk melaksanakan aktiviti perbankan seperti membuka akaun simpanan, pembiayaan, takaful dan permohonan debit kad.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Datuk Nor Azam M Taib berkata, sebagai institusi kewangan, pihak bank perlu sentiasa mengkaji dan menambah baik perkhidmatan di cawangan bagi memenuhi kehendak perbankan pelanggan.
“Kami berbesar hati untuk memenuhi tanggungjawab beroperasi pada hujung minggu. Kami berharap pelanggan akan dapat memanfaatkan peluang ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Sementara itu, beliau menggalakkan orang ramai menyertai kempen MBSB Bank’s ‘Simpan Berganda Menang Bergaya CASA-i’ yang akan berakhir pada Mei 2023. Kempen tersebut menawarkan hadiah bernilai RM2.4 juta meliputi hadiah pakej pelancongan atau umrah, kereta mewah berupa Mercedes Benz A 200 Progressive Line, Mercedes Benz C 200 Avantgarde Line, Mercedes Benz GLC 300e Coupe, emas, iPhone, wang tunai dan pelbagai lagi.
by Faiz Riziq | Nov 8, 2022 | Tips, Tinjauan & Statistik
Indeks FBMKLCI cuba bangkit kembali daripada jatuh teruk dengan pembukaan pada 1,393.7 mata dan menutup tirai dengan kenaikan pada 1,460.38 mata pada penghujung bulan Oktober 2022. Secara keseluruhan, indeks pasaran saham Bursa Malaysia naik sebanyak 66.68 mata atau kejatuhan sebanyak 4.784%.
Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling untung untuk bulan Oktober tahun 2022. Senarai saham paling untung untuk bulan Oktober tahun 2022 adalah seperti berikut:

1. Careplus Group Berhad
Careplus Group Berhad merupakan saham patuh syariah paling untung untuk bulan Oktober 2022 dengan kenaikan sehingga 114.53% dalam tempoh satu bulan dagangan bermula 3 Oktober sehingga 31 Oktoberr 2022.
2. Solution Group Berhad
Solution Group Berhad pula merupakan saham patuh syariah kedua paling untung pada bulan Oktober 2022 dengan kenaikan sehingga 114.27% untuk tempoh satu bulan dagangan pada bulan Oktober 2022.
3. Sersol Berhad
Di tempat ketiga pula adalah saham syarikat Sersol Berhad dengan kenaikan sebanyak 94.12% dalam tempoh satu bulan dagangan.
4. Asia Poly Holdings Bhd
Asia Poly Holdings Bhd berada di tangga keempat untuk saham paling untung sepanjang bulan Oktober 2022 dengan kenaikan sebanyak 70.00%.
5. Adventa Bhd
Di tempat kelima pula adalah syarikat Adventa Bhd yang mencatatkan peningkatan sebanyak 56.52% untuk tempoh sebulan pada Oktober 2022.
6. Hextar Industries Berhad
Pada tempat keenam adalah saham syarikat Hextar Industries Berhad yang mencatatkan kenaikan sebanyak 55.95% dalam tempoh sebulan dagangan pada Oktober 2022.
7. Ancom Logistics Berhad
Syarikat Ancom Logistics Berhad pula adalah saham ketujuh paling untung untuk bulan Oktober 2022 dengan kenaikan 55.56%.
8. Microlink Solutions Bhd
Kumpulan Microlink Solution Bhd merupakans saham kelapan paling untung pada bulan Oktober 2022 dengan kenaikan sebanyak 45.90%.
9. Supermax Corporation Bhd
Yang kedua terakhir di tempat kesembilan adalah saham daripada syarikat Supermax Corporation Bhd dengan kenaikan sebanyak 42.96% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Oktober 2022.
10. Aldrich Resources Berhad
Yang terakhir paling untung pada bulan Oktober 2022 adalah saham syarikat Aldrich Resources Berhad yang mengalami kenaikan harga sebanyak 40.00% dalam tempoh sebulan dagangan.
Indeks FBMKLCI Naik Atas Sentimen PRU?
Kebangkitan indeks FBMKLCI dilihat naik disebabkan sentimen pilihanraya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi. Ramai yang mengambil peluang meraih keuntungan daripada kebangkitan indeks pasaran tempatan ketika ini. Mampukah indeks terus cemerlang selepas PRU nanti?
by Faiz Riziq | Nov 7, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) di Malaysia ketika ini memaparkan peningkatan 3.0% kepada 113.8 berbanding 110.5 pada tempoh yang sama pada tahun 2021. Peningkatan itu menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah didorong kenaikan kos subsektor hiburan seperti kesenian, hiburan dan rekreasi 7.5%.

Di mana peningkatan ini telah disumbangkan oleh aktiviti Hiburan & Rekreasi Lain sebanyak 1.2%, manakala aktiviti Taman Hiburan dan Taman Tema pula 0.8% dan acara luar bangunan 0.6%. Seterusnya perkhidmatan penginapan dan aktiviti khidmat makanan & minuman turut menyumbang kenaikan dengan 7% serta pengangkutan dengan 4.9%.

Manakala kos khidmat hartanah pula memaparkan peningkatan 0.3%, diikuti pendidikan 1.1%, kesihatan 0.4% dan khidmat profesional pula 0.4%.
Recent Comments