Industri pemprosesan makanan di Malaysia kini semakin giat berkembang. Lebih banyak usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang kini mampu mengeksport produk mereka ke luar negara kerana kualiti produk mereka yang setanding jenama antarabangsa.

Pada tahun 2015 sahaja, eksport untuk pemprosesan makanan Malaysia adalah berjumlah RM18 billion dan ianya semakin meningkat tahun demi tahun. Tetapi setiap produk yang berjaya untuk dieksport perlu mencapai standard dan piawaian yang ditetapkan terlebih dahulu.

Pernah lihat logo MeSTI? Makanan Selamat Tanggungjawab Industri atau MeSTI adalah inisiatif Kementerian Kesihatan untuk setiap pengusaha makanan mementingkankan isu keselamatan dan kebersihan makanan yang mereka hasillkan. Jadi secara mudah, jika anda nampak sesuatu produk ada logo MeSTI, produk berkenaan sudah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan.

Objektif utama MeSTI semestinya untuk setiap tempat pemprosesan makanan mengikut prosedur penyediaan makanan yang betul serta menjadikan aspek kebersihan perkara paling penting dalam proses penyediaan makanan. Jadi, sekiranya pengusaha makanan sudah ada MeSTI, produk berkenaan sudah lulus untuk membawa produk mereka ke peringkat antarabangsa.

Pensijilan MeSTI adalah salah satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu pengusaha produk makanan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menghasilkan produk yang bersih dan selamat untuk pengguna.

Dengan adanya pensijilan MeSTI sebagai PJKM, dapat mengelakkan pengusaha produk makanan didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun jika disabitkan kesalahan. Sebab itulah pentingnya ada logo MeSTI ini pada produk makanan anda.

Selain keyakinan pengguna terhadapa produk, apa lagi faedah MeSTI ini? BANYAK. Di bawah ini adalah antara faedah MeSTI yang perlu anda tahu:

  1. Pensijilan dan bimbingan adalah PERCUMA.
  2. Tempoh sah pensijilan selama tiga tahun.
  3. Memudahkan proses permohonan pensijilan halal (JAKIM).
  4. Memudahkan pasaran produk di pasaraya besar KR1M, COOP1M dan sebagainya.
  5. Mempercepatkan pengeluaran sijil pengeksportan seperti Sijil Penjualan Bebas (Free Sale Certificate) dalam tempoh satu hari TANPA dokumen tambahan.
  6. Logo MeSTI pada label produk makanan dapat menyakinkan pengguna terhadap keselamatan makanan produk tersebut
  7. Memenuhi keperluan perundangan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Dengan adanya pengiktirafan MeSTI ini, ianya akan memudahkan urusan-urusan anda yang lain. Cara untuk anda memohon seperti yang Kak Asiah dan Puan Azlin mudah sahaja. Syarat utama, anda perlulah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dengan KKM melalui Pendaftaran Premis Makanan.

Anda berminat nak dapatkan pensijilan MeSTI? Lantik kami untuk menguruskan segala permohonan dan pengurusan dokumen MeSTI. Hubungi kami segera!

Online
Hi! Boleh kami bantu?