Isi Hutang Rumah Kini Diparas 83.8% Di Malaysia – BNM

Isi Hutang Rumah Kini Diparas 83.8% Di Malaysia – BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2024 memaparkan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini merekodkan 83.8%.

Angka ini menurut BNM kekal tidak berubah berikutan perkembangan kadar kegiatan ekonomi negara. Ini bermakna daya tahan pinjaman isi rumah terus disokong akan keadaan ekonomi semasa bersama pasaran pekerjaan yang menggalakkan.

Situasi itu jelas menunjukkan keupayaan isi rumah untuk kekal tindakan bayaran balik hutang, dilihat terus konsisten. Malah pada bahagian peminjaman isi rumah yang miliki risiko lebih tinggi iaitu Pinjaman Tahap 2 pula dilihat semakin menurun kepada 4.4% berbanding jumlah pinjaman isi rumah, di mana setakat Disember 2023 sekitar 4.8%.

Pinjaman Tahap 2 ialah pinjaman yang telah menunjukkan kemerosotan risiko kredit, yang memerlukan bank menyediakan peruntukan berdasarkan jangkaan kerugian kredit seumur hidup menurut Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9.

Secara menyeluruh, ini mencerminkan kebanyakan isi rumah kekal konsisten laksana pembayaran balik pinjaman secara berterusan.

Keluaran Duit Syiling Peringatan Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong – BNM

Keluaran Duit Syiling Peringatan Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong – BNM

Bersempena dengan pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaku Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai 2024 lalu – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan.

Pengeluaran duit syiling peringatan ini untuk makluman diterbitkan melalui 3 denominasi iaitu duit syiling peringatan Emas, duit syiling peringatan Perak Sterling dan duit syiling peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.).

Menurut makluman BNM, duit syiling ini antaranya akan dijual sebagai set 2 dalam 1 yang mengandungi sekeping duit syiling perak sterling dan sekeping duit syiling emas Nordic. Harga jualan setiap set dilaraskan sekitar RM330. Berdasarkan pengeluaran tersebut, hanya 1,300 set sahaja tersedia untuk pembelian buat penggunaa.

Pada pengumuman itu, bagi orang awam yang berminat kini boleh laksana tempatan menerusi pautan duit.bnm.gov.my bermula jam 11 pagi pada hari ini (2 Oktober) sehingga 11 malam pada 13 Oktober 2024.

 

 

Agrobank Didenda RM660,000, Kesan Langgar Akta Institusi Kewangan 2002 – BNM

Agrobank Didenda RM660,000, Kesan Langgar Akta Institusi Kewangan 2002 – BNM

Bank Pertanian Malaysia (Agrobank) kini didenda RM660,000 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) susulan gagal mematuhi Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (AIKP) pada 3 September lalu.

Jelas BNM, situasi ini dikesan ketika sesi pemeriksaan dilaksanakan terdapat pendedahan berlakunya kekurangan dalam dasar dan prosedur dalaman Agrobank. Tindakan itu membawa kepada kegagalan untuk menjalankan saringan sekatan tepat pada waktunya ke atas pelanggan sedia ada, bakal pelanggan dan pelanggan baharu.

Kegagalan berbuat sedemikian secara langsung mendedahkan Agrobank kepada risiko besar untuk disalahgunakan bagi pembiayaan keganasan dan pembiayaan percambahan.

Berikutan penalti tersebut, Agrobank kini melunaskan denda tersebut dan mengambil langkah pemulihan untuk menyemak semula dasar dalaman serta menambah baik sistem saringan dalamannya bagi memastikan saringan sekatan dalam dilaksanakan dengan segera.

Keluaran Duit Syiling Peringatan Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong – BNM

Potensi Turunkan OPR Menjelang 2026 – Bank Negara Malaysia

Mengambilkira paras inflasi yang rendah bersama prospek pertumbuhan pasaran terus mengukuh, terdapat potensi bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal di paras 3.0% sebelum dikurangkan pada tahun 2026.

Pengamatan firma penyelidikan BMI-Fitch Solutions ini disusuli perancangan negara untuk melaksanakan pelan rasionalisasi subsidi pada pasaran negara kelak. Situasi itu berupaya meningkatkan harga domestik secara langsung menuntut pelarasan OPR yang lebih rendah.

Secara menyeluruh, berlandaskan petunjuk pasaran semasa, prestasi negara kekal di bawah kawalan. Ini termasuklah kedudukan ringgit berikutan kadar faedah yang semakin mengecil antara AS dan Malaysia, di mana AS berpotensi menurunkan kadar faedah kepada 4.25% pada akhir 2024, disusuli 3.00% pada akhir 2025. Situasi tersebut secara jelas memberi kelebihan kepada kedudukan mata wang negara.

Tambahan keyakinan ke atas pasaran eksport turut mengukuhkan lagi keyakinan ke atas pasaran negara berikutan dorongan kenaikan kemasukan pelaburan berkaitan teknologi global.

Antara Syarat Sah Menulis Wasiat Mengikut Undang-Undang

Antara Syarat Sah Menulis Wasiat Mengikut Undang-Undang

Harta anda mungkin terbeku dan tidak dapat dinikmati atau diterima oleh ahli keluarga tanpa perancangan awal sebelum berlaku kematian. Ketahui risiko yang anda bakal hadapi sekiranya anda MENANGGUHKAN & TIDAK MELAKUKAN perancangan harta pusaka.

Orang Islam digalakkan untuk menulis Wasiat seperti yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar: Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidak baik bagi seorang Muslim memiliki sesuatu yang ingin diwasiatkan bermalam dua malam, kecuali wasiatnya itu tertulis di sisinya.” Dipetik daripada Sahih Al Bukhari (jilid IV m/s 1).

Wasiat merupakan dokumen Undang-Undang yang menyatakan iqrar dan pesanan bagaimana aset pewasiat ingin diuruskan selepas kematian. Sekiranya individu meninggal dunia tanpa berwasiat, pusaka beliau mungkin tidak dapat diserahkan kepada benefisiari yang dihajati.

 

 

Syarat Menulis Wasiat Mengikut Undang-undang

Menurut undang-undang di Malaysia, terdapat beberapa syarat yang menjadikan wasiat sah di sisi undang-undang iaitu:

  1. Individu wajib berumur sekurang-kurangnya 18 tahun semasa menulis wasiat;
  2. Sempurna akal (waras) dan sihat tubuh badan;
  3. Tanpa paksaan dan desakan daripada sesiapa
  4. Tidak dilarang untuk mentadbir harta contohnya bankrap
  5. Mempunyai kemampuan menurut undang-undang untuk membuat wasiat.

 

 

Masalah yang boleh berlaku Sekiranya Seseorang Meninggal Dunia Tanpa Wasiat:

  1. Harta pusaka akan terbeku.
  2. Waris buntu dan terbeban untuk menguruskan harta pusaka sekiranya si mati tidak membuat wasiat.
  3. Waris mengalami masalah dalam mengenalpasti harta serta hutang yang ditinggalkan oleh si mati.
  4. Proses pentadbiran harta pusaka tanpa wasiat akan mengambil masa yang lama. Ia akan menyebabkan waris lewat mendapat hak mereka yang sepatutnya. Berkemungkinan juga akan berlakunya kematian waris dalam tempoh tersebut dan keadaan ini akan lebih menyukarkan urusan pentadbiran pusaka.
  5. Menangguhkan pentadbiran pusaka boleh menyebabkan pertambahan ahli waris seterusnya menjejaskan nilai bahagian penerima yang berhak diterimanya.

 

Harta Pusaka adalah merangkumi semua aset tak alih dan alih yang didaftarkan di atas nama si mati. Aset tersebut hanya akan dibahagikan setelah hutang piutang, belanja pengkebumian dan lain-lain perbelanjaan pentadbiran berkaitan pusaka diselesaikan. Wasiat adalah penting dalam merancang dan mentadbir harta pusaka. Sikap bertangguh untuk menulis Wasiat akan menyukarkan waris yang ditinggalkan.

Online
Hi! Boleh kami bantu?