Kad Prabayar Visa Untuk Syarikat, Korporat, Kecil & Sederhana – Merchantrade

Kad Prabayar Visa Untuk Syarikat, Korporat, Kecil & Sederhana – Merchantrade

Untuk memastikan aliran perbelanjaan sesebuah firma terus lancar tanpa kos tambahan, Merchantrade Asia kini perkenalkan Kad Prabayar Perniagaan Visa pertama di Malaysia. Pengenalan Merchantrade Money Biz ini secara langsung akan memberi kelebihan kepada semua peringkat pekerja ketika menggunakan dana korporat di bawah pemantauan majikan.

Akses itu sekaligus menyamai kad kredit korporat yang kebiasaanya tersedia buat kumpulan eksekutif atasan sahaja. Menerusi manfaat yang sama, ini sekaligus akan membantu para majikan mengubah cara pengurusan perbelanjaan mereka bersama pekerja ketika beroperasi.

Lebih menarik dengan memadankan ia bersama dompet digital Merchantrade, para pekerja turut boleh laksana petukaran asing secara terus dengan akses 20 mata wang asing bersama kadar tetap bagi langkah pembayaran antarabangsa.

Setakat ini lebih 880 syarikat telah mendaftar pada fasa percubaan untuk menikmati manfaat penyelesaian yang disediakan Merchantrade. Menerusi penyertaan tersebut, ini akan mengandakan lagi transaksi nirtunai (tanpa tunai) dalam kalangan pemain ekonomi kecil negara secara meluas.

 

 

Kekal Paras 3.0% OPR – Standard Chartered

Kekal Paras 3.0% OPR – Standard Chartered

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka akan terus mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) di paras 3.00% pada data terbaharu kelak, yang akan diumumkan pada minggu ini.

Langkah ini menurut Stardard Chartered Research didorong berhubung penyesuaian kos semasa pasaran setelah negara melaksanakan penyasaran subsidi diesel pada Jun lalu. Untuk peringkat awal, disasarkan berlakunya kesan sederhana ke atas inflasi negara dengan jangkaan kenaikan 0.1% mata di pasaran.

Prestasi itu turut disokong oleh BNM apabila Mei lalu menyatakan aliran inflasi negara bagi tahun ini akan terus sederhana. Sasaran ini sekaligus mencerminkan pertumbuhan negara kekal stabil dengan tekanan kos yang lebih terkawal berupaya dilaksanakan.

Buat pengetahuan umum, paras OPR 3.00% telah dikuat kuasakan sejak tahun lalu. Sekiranya ia alami perubahan dan dinaikkan – ia sekaligus menamatkan pengekalan OPR yang telah dilaksanakan sebanyak 7 kali bermula Mei 2023.

Screenshot

Sebanyak 65% Pekerja Di Malaysia Berdepan Tekanan Wang – AKPK

Sebanyak 65% Pekerja Di Malaysia Berdepan Tekanan Wang – AKPK

Kesan tekanan kos semasa, kekurangan pengetahuan pengurusan wang kini didapati 65% pekerja di Malaysia akui berdepan tekanan kewangan dan disebabkan itu ia secara langsung menjejaskan prestasi mereka di tempat kerja.

Dapatan laporan Financial Education Well-being Research Centre (FEWRC) Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ini jelas menunjukkan pengurusan wang yang baik berupaya mempengaruhi kesejahteraan semasa individu.

Berdasarkan perincian lanjut, secara purata 70% pekerja dewasa di Malaysia berada pada tahap kesejahteraan wang terendah adalah pekerja yang berprestasi rendah. Manakala 78% daripada kumpulan ini yang memiliki tahap kewangan yang stabil pula memiliki jangkaan produktiviti yang baik ketika bekerja.

Berikutan situasi ini, ia turut mendorong kepada tahap kesetiaan pekerja dalam sesebuah organisasi dan syarikat. AKPK mendapati 91% pekerja dewasa yang tiada masalah pengurusan wang cenderung lebih setia kepada syarikat mereka berbanding 89% yang berdepan masalah tersebut, lebih aktif mencari pekerjaan baharu.

Maka untuk mengatasi isu ini, keperluan pendidikan kewangan harus diperluaskan, ini termasuklah komitmen para majikan. Berlandaskan tuntutan itu, sekitar 74% pekerja negara ingin menambah-baik isu tersebut dengan menghadiri kursus kewangan namun hanya 48% majikan pula menyatakan ketersediaan mereka untuk menganjurkan keperluan tersebut.

 

 

 

BNM Bakal Mengenakan Penalti, Jika Berlaku Gangguan Khidmat Dalam Talian Bank – MOF

BNM Bakal Mengenakan Penalti, Jika Berlaku Gangguan Khidmat Dalam Talian Bank – MOF

Menyedari kebelakangan ini, pengguna negara sering berdepan isu melibatkan gangguan khidmat dalam talian bersama perbankan – Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan situasi ini membolehkan tindakan penalti dan penyeliaan dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Ini selari dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 – bagi mana-mana bank melanggar perundangan sehingga menyebabkan gangguan khidmat berupaya berdepan denda BNM.

Makluman MOF pada sidang Dewan Rakyat minggu ini, menjelaskan setakat ini BNM telah mengarahkan institusi bank yang terlibat untuk laksana langkah pemulihan dan menambahbaik komunikasi bersama pengguna yang terjejas. Tidak hanya itu penilaian secara berkala turut dilaksanakan BNM untuk mengenalpasti punca utama permasalahan gangguan dan kesannya ke atas pengguna.

Inflasi Di Malaysia Naik Semula Sehingga 2.0%

Inflasi Di Malaysia Naik Semula Sehingga 2.0%

Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kepada paras inflasi negara kini memaparkan peningkatan apabila paras setakat Mei 2024 direkodkan 2.0%. Lebih tinggi berbanding April lalu sekitar 1.8%. Lonjakan ini mengikut data Jabatan Perangkaan (DOSM) didorong hasil peningkatan inflasi kalangan kumpulan utama Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain yang mencatatkan 3.2%. Selain itu inflasi bagi Restoran & Perkhidmatan Penginapan juga turut memaparkan paras yang tinggi 3.2% meskipun ia lebih kecil berbanding rekod sebelumnya (3.5%).

Tidak hanya kategori tersebut, segmen inflasi pada Pendidikan turut meningkat kepada 1.5%, diikuti Pengangkutan 0.5%. Sementara pada segmen makanan dan minuman, DOSM turut dapati kos Makanan Di Luar Rumah kekal tinggi dengan paras inflasi 3.4%, manakala kos Makanan Di Rumah pula kekal stabil dengan sedikit peningkatan 0.5%.

 

 

Meskipun paras inflasi negara mulai meningkat namun ia kekal ditakuk yang lebih rendah berbanding sebilangan negara serantau antaranya Indonesia (2.8%) dan Filipina (3.9%).

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?